Formula Satu musim 2013

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Grand Prix Jepun 2013)
Kejuaraan Dunia FIA Formula Satu musim 2013
Sebelum: 2012 Seterusnya: 2014
Indeks: Perlumbaan mengikut negara | Perlumbaan mengikut musim

Formula Satu musim 2013 ialah Kejuaraan Dunia Formula Satu musim ke-64, iaitu kejuaraan lumba kereta untuk kereta Formula Satu kereta yang diiktiraf oleh badan induk sukan tersebut, iaitu Fédération Internationale de l'Automobile (FIA), sebagai kelas yang tertinggi dalam perlumbaan kereta roda terbuka. Sebelas pasukan dan dua puluh dua pemandu bertanding dalam 19 Grand Prix pada musim 2013 ini,[1] dengan pemandu dan pasukan yang menjadi juara keseluruhan akan dinobatkan sebagai Juara Pemandu dan Pengeluar Dunia. Musim ini bermula di Australia pada 17 Mac dan berakhir di Brazil pada 24 November.

Musim 2013 merupakan tahun terakhir di mana Formula Satu menggunakan konfigurasi enjin V8 2.4 liter, dan enjin turbo V6 1.6 akan digunakan pada tahun 2014.[2]

Sebastian Vettel memulakan musim ini sebagai Juara Pemandu, selepas memenangi kejuaraan dunia ketiganya berturut-turut di Grand Prix Brazil 2012, iaitu perlumbaan terakhir bagi musim 2013.[3] Pasukannya, Red Bull Racing ialah Juara Pengeluar Dunia bertahan, selepas merangkul kejuaraan tersebut di Grand Prix Amerika Syarikat 2012.[4]

Selepas dua-belas perlumbaan, Vettel mendahului kejuaraan dengan 43 mata, di hadapan juara tahun 2005-2006, Fernando Alonso. Red Bull-Renault mendahului Kejuaraan Pengeluar dengan 104 mata, di hadapan Ferrari.

Pasukan dan pemandu[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah pasukan dan pemandu yang berlumba bagi musim 2013, dan tertakluk kepada Perjanjian Concorde yang baru.

Pada 30 November 2012, FIA menerbitkan senarai kemasukan sementara bagi musim 2013.[5]

Pasukan Pengeluar Casis Enjin Tayar No. Pemandu Pusingan Pemandu ujian bebas
Austria Infiniti Red Bull Racing[6] Red Bull-Renault RB9[7] Renault RS27-2013 P 1 Jerman Sebastian Vettel[8] 1–12
2 Australia Mark Webber[9] 1–12
Itali Scuderia Ferrari Ferrari F138[10] Ferrari Type 056 P 3 Sepanyol Fernando Alonso[11] 1–12
4 Brazil Felipe Massa[12] 1–12
United Kingdom Vodafone McLaren Mercedes McLaren-Mercedes MP4-28[13] Mercedes FO 108Z P 5 United Kingdom Jenson Button[14] 1–12
6 Mexico Sergio Pérez[15] 1–12
United Kingdom Lotus F1 Team Lotus-Renault E21[16] Renault RS27-2013 P 7 Finland Kimi Räikkönen[17] 1–12
8 Perancis Romain Grosjean[18] 1–12
Jerman Mercedes AMG Petronas F1 Team Mercedes F1 W04[19] Mercedes FO 108Z P 9 Jerman Nico Rosberg[20] 1–12
10 United Kingdom Lewis Hamilton[21] 1–12
Switzerland Sauber F1 Team Sauber-Ferrari C32[22] Ferrari Type 056 P 11 Jerman Nico Hülkenberg[23] 1–12
12 Mexico Esteban Gutiérrez[24] 1–12
India Sahara Force India F1 Team Force India-Mercedes VJM06 Mercedes FO 108Z P 14 United Kingdom Paul di Resta[25] 1–12 United Kingdom James Calado[26]
15 Jerman Adrian Sutil[27] 1–12
United Kingdom Williams F1 Team Williams-Renault FW35[28] Renault RS27-2013[29] P 16 Venezuela Pastor Maldonado[30] 1–12
17 Finland Valtteri Bottas[30] 1–12
Itali Scuderia Toro Rosso Toro Rosso-Ferrari STR8[31][32] Ferrari Type 056 P 18 Perancis Jean-Éric Vergne[33] 1–12
19 Australia Daniel Ricciardo[33] 1–12
Malaysia Caterham F1 Team Caterham-Renault CT03[34] Renault RS27-2013 P 20 Perancis Charles Pic[35] 1–12 Republik Rakyat China Ma Qinghua[36]
Finland Heikki Kovalainen[37]
Amerika Syarikat Alexander Rossi[38]
21 Belanda Giedo van der Garde[39] 1–12
Rusia Marussia F1 Team Marussia-Cosworth MR02[40] Cosworth CA2013[41] P 22 Perancis Jules Bianchi[42] 1–12 Venezuela Rodolfo González[37]
23 United Kingdom Max Chilton[43] 1–12

Pertukaran pasukan[sunting | sunting sumber]

Lima pelumba membuat kemunculan sulung mereka dalam Formula Satu pada tahun 2013, termasuk (mengikut arah jam dari kiri atas): Esteban Gutiérrez (Sauber),[24] Valtteri Bottas (Williams),[30] Max Chilton dan Jules Bianchi (kedua-dua untuk Marussia).[42][43] Giedo van der Garde (Caterham) tiada dalam gambar.[39]

Pada bulan November 2012, pemilik HRT F1 mengumumkan bahawa mereka akan menjual pasukan mereka,[44] dan telah berjumpa dengan beberapa pembeli.[45] Pasukan tersebut harus mencari pembeli sebelum 30 November — iaitu tarikh di mana yuran bagi musim 2013 perlu dijelaskan — jika tidak, pasukan tersebut perlu berundur dari Formula Satu.[46] HRT gagal untuk mencari pembeli sebelum tarikh tersebut dan gagal memasuki senarai kemasukan musim 2013. Pasukan itu kemudiannya dilaporkan berada dalam pembubaran,[47] dan walaupun terdapat tawaran untuk membeli dan memulihkan pasukan tersebut di bawah nama baru,[48] aset mereka akhirnya dijualkan kepada Teo Martín, seorang pemilik firma yang pakar dalam pengkitaran semula bahagian-bahagian automotif.[49]

Pertukaran pemandu[sunting | sunting sumber]

Lewis Hamilton—dilihat di sini di Grand Prix Bahrain 2012—meninggalkan McLaren untuk menyertai pasukan kerja Mercedes pada tahun 2013.

Michael Schumacher kembali berlumba dalam Formula Satu pada tahun 2010, dengan menandatangani kontrak tiga tahun bersama Mercedes AMG.[50] Selepas kontraknya tamat pada akhir musim 2012, Schumacher telah diberi pilihan untuk memperbaharui kontraknya dengan mereka untuk musim 2013.[51] Walau bagaimanapun, selepas mengharungi tiga musim yang mengecewakan bersama Mercedes, Schumacher menjadi ragu-ragu mengenai masa depannya, yang menyebabkan Mercedes mula mencari untuk pemandu baru. Berikutan tempoh rundingan yang panjangan,[52][53] Juara Dunia musim 2008, Lewis Hamilton mengumumkan bahawa beliau akan menyertai Mercedes, setelah menandatangani kontrak tiga tahun.[54] Dengan ini, berakhirlah hubungan empat belas tahunnya bersama McLaren.[55] Schumacher akhirnya mengumumkan bahawa beliau akan bersara daripada Formula Satu pada akhir musim 2012.[56]

Setelah Hamilton meninggalkan McLaren, pemandu Sauber, Sergio Pérez, menggantikan Hamilton dalam pasukan tersebut. Pérez merupakan salah seorang ahli Akademi Pemandu Ferrari, dan telah dianggap sebagai calon utama untuk menyertai Ferrari jika terdapat kekosongan dalam pasukan itu,[15] tetapi mengaku bahawa beliau telah berbincang dengan Ferrari tetapi Pérez tidak pernah dianggap sebagai satu cadangan yang realistik, dengan menambah, McLaren ialah pasukan yang terbaik baginya.[57]

Nico Hülkenberg meninggalkan Force India selepas hanya satu musim, walaupun pada mulanya beliau menandatangani perjanjian untuk berlumba bersama mereka untuk beberapa tahun, bermula pada tahun 2012. Pada musim 2013, Hülkenberg menyertai Sauber.[23] Hulkenberg telah disertai oleh Esteban Gutiérrez, yang sebelum ini merupakan pemandu ujian dan simpanan Sauber pada tahun 2011 dan 2012.[24] Tempat Hülkenberg di Force India telah diambil oleh Adrian Sutil, yang kembali kepada pasukan tersebut selepas tidak bertanding selama satu musim.[27]

Dengan Hülkenberg dan Gutiérrez menyertai Sauber, Kamui Kobayashi telah ditinggalkan tanpa sebarang pasukan untuk berlumba selepas bertanding selama tiga musim dengan pasukan Switzerland itu.[58] Dalam usaha untuk mendapatkan kerusi perlumbaan, Kobayashi menerima derma daripada peminat untuk mengumpul wang dana sebanyak yang mungkin.[59] Walau bagaimanapun, sejurus selepas Lotus F1 mengumumkan bahawa mereka akan mengekalkan Romain Grosjean,Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; nama-nama tidak sah, misalnya terlalu banyak Beliau kemudiannya menyertai pasukan AF Corse dalam FIA World Endurance Championship.[60]

Williams menjadikan pemandu ujian dan simpanan mereka, Valtteri Bottas, sebagai pemandu kedua, dengan menggantikan Bruno Senna.[30] Berhadapan dengan risiko kehilangan kerusi perlumbaannya, Bruno Senna pada mulanya memohon untuk memandu bersama Force India,[61] tetapi sebaliknya bertanding dalam World Endurance Championship, dengan berlumba untuk Aston Martin Racing.[62]

Charles Pic menyertai pasukan Caterham dari Marussia,[35], dan menyertai bekas rakan sepasukannya dari kejuaraan GP2 Series, Giedo van der Garde. Pic dan van Garde der pernah berlumba bersama-sama antara satu sama lain sebagai rakan sepasukan pada tahun 2011, bersama pasukan Barwa Addax.[39] Apabila Pic menyertai Marussia pada musim 2012, van Garde der menjadi pemandu ujian Caterham dan bertanding dalam kejuaraan GP2 Series untuk pasukan GP2 mereka, sebelum menyertai Formula Satu.[63] Oleh itu, pemandu Caterham pada tahun 2012, Heikki Kovalainen dan Vitaly Petrov, kehilangan kerusi perlumbaan mereka bagi musim 2013. Ketua pasukan Caterham, Cyril Abiteboul, kemudiannya menyatakan hubungan pasukannya dengan Kovalainen mula tegang ketika menghampiri penghujung musim 2012, dan menyebabkan beliau meninggalkan pasukan tersebut,[64] manakala Petrov kehilangan kerusi perlumbaannya disebabkan kekurangan penaja.[65] Kovalainen kemudiannya kembali untuk mengambil bahagian pada sesi latihan bebas sekali sekala.[66]

Timo Glock pada mulanya menandatangani kontrak untuk bersaing bersama Marussia sehingga akhir musim 2014,[67] tetapi kemudiannya mengumumkan bahawa beliau akan meninggalkan pasukan tersebut.[68] Ketua pasukan Marussia, John Booth, berkata bahawa "keadaan ekonomi yang sukar" menyebabkan pasukan terpaksa melepaskan Glock.[69] Glock kemudiannya bertanding dalam kejuaraan Deutsche Tourenwagen Masters, dan menyertai pasukan BMW.[70] Selepas pemergian Glock, pasukan memilih untuk mengambil dua pemandu rookie: Max Chilton[43] dan Luiz Razia.[71] Walau bagaimanapun, Razia telah dibuang daripada barisan pemandu Marussia untuk ujian pra-musim kedua di Barcelona,[72] yang membawa kepada spekulasi bahawa masa depannya bersama pasukan itu tidak menentu. Ia kemudiannya dilaporkan bahawa penaja beliau telah tidak membayar wang penajaan kepada pasukan, dan ia menyebabkan beliau dihalang untuk beraksi pada acara tersebut menggantung program ujian itu.[73] Kontraknya dengan Marussia ditamatkan hanya dua puluh tiga hari selepas ia telah diumumkan, dan Razia digantikan oleh juara Formula 3 Euro Series musim 2009 dan naib juara Formula Renault 3.5 Series, Jules Bianchi.[42]

Selepas HRT menarik diri daripada kejuaraan, Pedro de la Rosa dan Narain Karthikeyan telah ditinggalkan tanpa kerusi perlumbaan. De la Rosa kemudiannya menyertai Ferrari untuk membantu mereka dalam membangunkan sistem simulator mereka dan disahkan sebagai salah seorang pemandu ujian dan simpanan mereka sebelum ujian pra-musim ini bermula di Jerez,[74] manakala Karthikeyan bertanding dalam kejuaraan Auto GP World Series secara sambilan.[75]

Kalendar[sunting | sunting sumber]

Negara-negara yang menjadi hos untuk Grand Prix Formula Satu pada tahun 2013.
Pusingan Tajuk perlumbaan Grand Prix Litar Tarikh
1 Rolex Australian Grand Prix GP Australia Australia Albert Park, Melbourne 17 Mac
2 Petronas Malaysia Grand Prix GP Malaysia Malaysia Litar Antarabangsa Sepang, Kuala Lumpur 24 Mac
3 UBS Chinese Grand Prix GP China Republik Rakyat China Litar Antarabangsa Shanghai, Shanghai 14 April
4 Gulf Air Bahrain Grand Prix GP Bahrain Bahrain Litar Antarabangsa Bahrain, Sakhir 21 April
5 Gran Premio de España GP Sepanyol Sepanyol Circuit de Catalunya, Montmeló 12 Mei
6 Grand Prix de Monaco GP Monaco Monaco Circuit de Monaco, Monte Carlo 26 Mei
7 Grand Prix du Canada GP Kanada Kanada Circuit Gilles Villeneuve, Montreal 9 Jun
8 Santandar Grand Prix British GP British United Kingdom Litar Silverstone, Silverstone 30 Jun
9 Großer Preis Santander von Deutschland GP Jerman Jerman Nürburgring, Nürburg 7 Julai
10 Magyar Nagydíj GP Hungary Hungary Hungaroring, Budapest 28 Julai
11 Shell Belgian Grand Prix GP Belgium Belgium Circuit de Spa-Francorchamps, Francorchamps 25 Ogos
12 Gran Premio d'Italia GP Itali Itali Autodromo Nazionale Monza, Monza 8 September
13 SingTel Singapore Grand Prix GP Singapura Singapura Litar Jalan Marina Bay, Teluk Marina, Singapura 22 September
14 Korean Grand Prix GP Korea Korea Selatan Litar Antarabangsa Korea, Yeongam 6 Oktober
15 Japanese Grand Prix GP Jepun Jepun Litar Suzuka, Suzuka 13 Oktober
16 Airtel Indian Grand Prix GP India India Litar Antarabangsa Buddh, Greater Noida 27 Oktober
17 Etihad Airways Abu Dhabi Grand Prix Abu Dhabi GP Emiriah Arab Bersatu Litar Yas Marina, Abu Dhabi 3 November
18 United States Grand Prix Grand Prix Amerika Syarikat Amerika Syarikat Circuit of the Americas, Austin 17 November
19 Grande Prêmio do Brasil GP Brazil Brazil Autódromo José Carlos Pace, São Paulo 24 November
Sumber:[76][77][78]

Perubahan kalendar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Noble, Jonathan; Rencken, Dieter (21 September 2012). "GP Singapura: Kalendar F1 musim 2013 dikeluarkan". Autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada 21 September 2012.
  2. ^ Strang, Simon (29 Jun 2011). "FIA menggunakan enjin v6 1.6-liter pada tahun 2014". Autosport. Haymarket Publications. Dicapai pada 26 Oktober 2011.
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Vettel 3 times tidak disediakan
  4. ^ Collantine, Keith (18 November 2012). "Red Bull win third constructors' title in a row". Keith Collantine. Dicapai pada 18 November 2012. Text "work-F1 Fanatic" ignored (bantuan)
  5. ^ "2013 FIA Formula One World Championship Entry List" (PDF). FIA.com. Fédération Internationale de l'Automobile. 30 November 2012. Dicapai pada 1 December 2012.
  6. ^ "RBR renamed Infiniti Red Bull Racing in new deal". 25 November 2012. Dicapai pada 25 November 2012.
  7. ^ Benson, Andrew (3 Januari 2013). "Red Bull's Adrian Newey says title wins affecting 2013 preparation". BBC F1. BBC. Dicapai pada 4 Januari 2013.
  8. ^ Beer, Matt (14 Mac 2011). "Horner pleased to end Vettel rumours". Autosport. Haymarket Publications. Dicapai pada 14 Mac 2011.
  9. ^ Beer, Matt (10 Julai 2012). "Webber will stay with Red Bull Racing for the 2013 Formula 1 season". Autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada 10 Julai 2012.
  10. ^ Elizalde, Pablo (30 Januari 2013). "Ferrari's 2013 Formula 1 car to be named the F138". Autosport.com. Heymarket Publications. Dicapai pada 30 Januari 2013.
  11. ^ "Fernando Alonso signs new Ferrari contract". BBC Sport. BBC Sport. 8 Mac 2012. Dicapai pada 19 Mei 2012.
  12. ^ "Massa signs new Ferrari deal for 2013". ESPN. 16 Oktober 2012. Dicapai pada 16 Oktober 2012.
  13. ^ "McLaren to launch 2013 car on January 31". formula1.com. Kumpulan Formula Satu. Dicapai pada 20 Disember 2012.
  14. ^ Elizalde, Pablo (5 Oktober 2011). "Button secures new multi-year contract at McLaren". Autosport.com. [Haymarket Publications. Dicapai pada 5 Oktober 2011.
  15. ^ a b Collantine, Keith (28 September 2012). "Perez takes place of Mercedes-bound Hamilton at McLaren". f1fanatic.co.uk. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Perez McLaren" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  16. ^ "@Lotus_F1Team: 16 January". Twitter. Twitter, Inc. 16 Januari 2013. Dicapai pada 17 Januari 2013.
  17. ^ "Kimi Raikkonen re-signs with Lotus for 2013". Autosport.com. Haymarket Publications. 29 Oktober 2012. Dicapai pada 29 Oktober 2012.
  18. ^ "Romain Grosjean will stay at Lotus for 2013 F1 season". Autosport.com. Haymarket Publications. 17 Disember 2012. Dicapai pada 17 Disember 2012.
  19. ^ "Hamilton: This is a marathon, not a sprint". formula1.com. Kumpulan Formula Satu. Dicapai pada 25 Januari 2013.
  20. ^ "Mercedes GP Petronas and Nico Rosberg agree to contract extension". Mercedes GP. 10 November 2011. Dicapai pada 10 November 2011.
  21. ^ Cary, Tom (28 September 2012). "Lewis Hamilton to join Mercedes in $100m move from McLaren, signing a three-year deal". Telegraph.co.uk. The Daily Telegraph. Dicapai pada 28 September 2012.
  22. ^ Elizalde, Pablo (12 Disember 2012). "Sauber reveals 2013 F1 car has passed all mandatory crash tests". Autosport.com. [Haymarket Publications. Dicapai pada 12 Disember 2012.
  23. ^ a b "Sauber F1 Team signs on Nico Hulkenburg for 2013". Sauber F1 Team. 31 Oktober 2012. Dicapai pada 31 Oktober 2012.
  24. ^ a b c "Sauber F1 Team signs Esteban Gutiérrez as its race driver, Robin Frijns becomes test and reserve driver". Sauber F1 Team. 23 November 2012. Dicapai pada 23 November 2012.
  25. ^ "Paul Di Resta". forceindiaf1.com. Force India. 31 Januari 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-17. Dicapai pada 31 Januari 2013.
  26. ^ "James Calado: Force India name Englishman as reserve driver". BBC Sport. 2 September 2013. Dicapai pada 4 September 2013.
  27. ^ a b "Adrian Sutil completes Sahara Force India's 2013 line-up". forceindiaf1.com. Force India. 28 Feburary 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-02. Dicapai pada 28 Feburari 2013. Check date values in: |accessdate= dan |date= (bantuan)
  28. ^ "No 'step nose' on Williams' 2013 car – Bottas". TopCar.za. 9 January 2013. Dicapai pada 10 January 2013.
  29. ^ Beer, Matt (4 Julai 2011). "Williams to run Renault engines again from 2012". Autosport. Haymarket Publications. Dicapai pada 4 Julai 2011.
  30. ^ a b c d Collantine, Keith (28 November 2012). "Bottas joins Maldonado at Williams for 2013". F1 Fanatic. Keith Collantine. Dicapai pada 29 November 2012.
  31. ^ Nugnes, Franco (29 Disember 2012). "Toro Rosso: niente doppio fondo e sospensione pull". Omnicorse.it (dalam bahasa Bahasa Itali). Dicapai pada 29 Disember 2012. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  32. ^ "2013 starts now". Red Bull. 25 November 2012. Dicapai pada 10 Januari 2013.[pautan mati kekal]
  33. ^ a b Collantine, Keith (31 Oktober 2012). "Toro Rosso resigns Ricciardo and Vergne for 2013". f1fanatic.co.uk.
  34. ^ Collantine, Keith (21 Januari 2013). "Caterham CT03 to debut at start of Jerez test". F1 Fanatic. Keith Collantine. Dicapai pada 21 Januari 2013.
  35. ^ a b "Marussia driver Charles Pic switches to Caterham for 2013". BBC Sport. BBC Sport. 23 November 2012. Dicapai pada 23 November 2012.
  36. ^ Collantine, Keith (12 April 2013). "Mercedes comfortably quickest in first practice". F1 Fanatic. Keith Collantine. Dicapai pada 12 April 2013.
  37. ^ a b Beer, Matt (19 April 2013). "Bahrain GP: Felipe Massa tops opening practice session". Autosport.com. Haymarket Productions. Dicapai pada 19 April 2013.
  38. ^ "Di Resta tops damp Montreal opener". Formula1.com. Formula One Administration. 7 Jun 2013. Dicapai pada 7 Jun 2013.
  39. ^ a b c "Van der Garde to race for Caterham". GPUpdate.net. GPUpdate. 1 February 2013. Dicapai pada 1 Februari 2013.
  40. ^ "Marussia to keep Cosworth in F1 2013". crash.net. Crash Media Group Ltd. Dicapai pada 29 Ogos 2012.
  41. ^ "Marussia to keep Cosworth in F1 2013". crash.net. Crash Media Group Ltd. Dicapai pada 3 Februari 2013.
  42. ^ a b c "Jules Bianchi to race". marussiaf1team.com. Marussia F1. 1 Mac 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-04. Dicapai pada 6 Mac 2013.
  43. ^ a b c "To the Max — Max Chilton will make his Formula 1 racing debut with us in 2013". marussiaf1team.com. Marussia F1. 18 Disember 2012. Dicapai pada 18 Disember 2012.
  44. ^ Collantine, Keith (12 November 2012). "HRT menjual pasukan mereka". F1 Fanatic. Keith Collantine. Dicapai pada 13 November 2012.
  45. ^ "HRT berbincang dengan pembeli". Formula1.com. Kumpulan Formula Satu. 12 November 2012. Dicapai pada 14 November 2012.
  46. ^ Noble, Pablo (22 November 2012). "Pedro de la Rosa mengaku bahawa kerjayanya di HRT tidak menentu". Autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada 24 November 2012. Unknown parameter |las2t= ignored (bantuan); |first1= missing |last1= (bantuan)
  47. ^ Wise, Mike (10 Disember 2012). "A supplier to HRT has accused them of presenting "misleading information"". Sky Sports F1. BSkyB. Dicapai pada 11 Disember 2012.
  48. ^ Noble, Jonathan (29 Januari 2013). "HRT F1 entry and assets being pursued by new Scorpion Racing". Autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada 15 Februari 2013.
  49. ^ Romojaro, Raul (14 Februari 2013). "HRT termina en el desguace". Diario AS (dalam bahasa Spanish). Ignacio Díez. Dicapai pada 15 Februari 2013. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  50. ^ English, Steven (20 Januari 2010). "Schumacher takes No. 3 from Rosberg". autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada 2 Januari 2013. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  51. ^ "Schumacher delay led to Hamilton chase". Autosport.com. Haymarket Publications. 28 September 2012. Dicapai pada 1 Oktober 2012.
  52. ^ Allen, James (11 September 2012). "Hamilton set to move to Mercedes". James Allen on F1. James Allen. Dicapai pada 28 September 2012.
  53. ^ Weaver, Paul (14 September 2012). "Lewis Hamilton's future at McLaren could be decided within days". The Guardian. Guardian Media Group. Dicapai pada 28 September 2012.
  54. ^ Elizalde, Pablo (28 September 2012). "Lewis Hamilton replaces Michael Schumacher at Mercedes". Autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada 28 September 2012.
  55. ^ Wolff, Alexander (12 Jun 2007). "'Better Than Sex'". SI.com. Time Inc. Associated Press. Dicapai pada 1 Oktober 2012.
  56. ^ "Michael Schumacher to retire from Formula 1 at end of season". BBC Sport. BBC Sport. 4 Oktober 2012. Dicapai pada 10 Januari 2013.
  57. ^ Collantine, Keith (4 September 2012). "Perez: Ferrari was "never an option"". F1 Fanatic. Keith Collantine. Dicapai pada 4 September 2012.
  58. ^ Collantine, Keith (23 November 2012). "Kamui Kobayashi loses Sauber seat for 2013". F1 Fanatic. Keith Collantine. Dicapai pada 23 November 2012.
  59. ^ Collantine, Keith (30 November 2012). "Kobayashi's 2013 seat fund set to pass £1m". F1 Fanatic. Keith Collantine. Dicapai pada 1 Disember 2012.
  60. ^ Watkins, Gary (11 Mac 2013). "Kamui Kobayashi confirms Ferrari WEC deal with AF Corse". Autosport. Haymarket Publications. Dicapai pada 11 Mac 2013.
  61. ^ "F1 : Senna slams Indian Formula 1 team after talks – STR may switch engines". F1sa.com. 21 Februari 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-29. Dicapai pada 23 Februari 2013.
  62. ^ Watkins, Gary (5 Februari 2013). "Bruno Senna leaves F1 for Aston Martin Le Mans and WEC drive". Autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada 5 Februari 2013.
  63. ^ "Caterham signs Giedo van der Garde as reserve driver". Autosport. Haymarket Publications. 4 Februari 2012. Dicapai pada 3 Februari 2013.
  64. ^ "Abiteboul admits to foul attitudes between Caterham team and Formula 1 driver". F1sa. 12 Februari 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-02-19. Dicapai pada 13 Februari 2013.
  65. ^ "F1 : Russian Formula 1 ace Petrov resigns to sabbatical year with foray into rallying". F1sa.com. 8 Mac 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-29. Dicapai pada 9 Mac 2013.
  66. ^ Collantine, Keith (17 April 2013). "Kovalainen returns to Caterham for practice sessions". F1 Fanatic. Keith Collantine. Dicapai pada 22 April 2013.
  67. ^ Strang, Simon (24 Julai 2011). "Timo Glock has re-signed with Virgin on a new three-year deal". autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada 24 Julai 2011.
  68. ^ "Joint Statement from the Marussia F1 Team and Timo Glock". marussiaf1team.com. Marussia F1. 21 Januari 2013. Dicapai pada 21 Januari 2013.
  69. ^ "Glock: Petrov's pass set alarm bells ringing". Crash.net. Dicapai pada 29 January 2012.
  70. ^ "BMW confirms Glock for 2013 season". autosport.com. Haymarket Publications. 25 Januari 2013. Dicapai pada 25 Januari 2013.
  71. ^ "Razia Returns". marussiaf1team.com. Marussia F1. 6 Februari 2013. Dicapai pada 6 Februari 2013.
  72. ^ Collantine, Keith (22 Februari 2013). "Chilton happy to test more as Razia sits out Barcelona". F1 Fanatic. Keith Collantine. Dicapai pada 28 Februari 2013.
  73. ^ "F1 : Brazilian Luiz Razia faces disappointment as Formula 1 Marussia drive withers". F1sa.com. 28 Februari 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-04. Dicapai pada 28 Februari 2013.
  74. ^ Collantine, Keith (16 Januari 2013). "Ferrari recruit de la Rosa and confirm car launch date". F1 Fanatic. Keith Collantine. Dicapai pada 16 Januari 2013.
  75. ^ "Karthikeyan to contest Auto GP opener". Autosport.com. Haymarket Publications. 21 Mac 2013. Dicapai pada 21 Mac 2013.
  76. ^ "FIA Formula One calendar". FIA.com. Fedération Internationale de l'Automobile. Dicapai pada 21 Februari 2013.
  77. ^ "2013 Formula One calendar". Formula1.com. Formula One World Championship Ltd. Dicapai pada 21 Februari 2013.
  78. ^ Elizalde, Pablo (8 Mac 2013). "2013 Formula 1 calendar to stay at 19 races as FIA ends 20th GP hunt". Autosport.com. Haymarket Media Group. Dicapai pada 8 Mac 2013.
  79. ^ Elizalde, Pablo (6 Disember 2012). "Austin seeks new date for 2013 United States Grand Prix". autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada 6 Disember 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]