H.J.G. Mosley

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

H.J.G. Moseley (18871915) merupakan seorang ahli fizik British yang membuat kajian unsur-unsur kimia melalui spektrum sinar-X pada tahun 1914.

Kemudian beliau memplotkan graf punca kuasa dua bagi frekuensi sinar-X yang dibebaskan oleh unsur-unsur melawan nombor atomnya dan satu garis lurus diperolehi. Melalui kajian ini, beliau berpendapat bahawa nombor atom yang menentukan kedudukan unsur dalam Jadual Berkala dan bukan jisim atomnya.

Oleh itu, Moseley menyusun unsur-unsur mengikut tertib nombor atom yang menaik dalam Jadual Berkala. Penyusunan serta pengelasan unsur-unsur oleh Moseley telah menghasilkan satu bentuk kekalaan yang hampir sama dengan bentuk kekalaan apabila unsur-unsur disusun mengikut tertib jisim atom menaik oleh Dmitri Mendeleev. Dalam susunan mengikut tertib nombor atom yang dibuat oleh Moseley, disahkan bahawa Telurium (Te) terletak di hadapan iodin (I) dan kobalt (Co) terletak di hadapan nikel (Ni) seperti yang diramalkan oleh Mendeleev.

Mosley telah terkorban semasa berusia 28 tahun dalam Perang Dunia I di Gallipoli pada tahun 1915. Kematiannya menyebabkan kerajaan British menghentikan tindakan mengerah ahli sains untuk bertempur di medan perang.