Telurium

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Hablur telurium yang sangat tulen

Telurium adalah sejenis unsur kimia dengan simbol Te dan nombor atom 52. Unsur metaloid ini berbentuk pepejal dan berkilau, berwarna putih keperak-perakan, digunakan untuk membuat aloi dan semikonduktor.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Nama unsur ini diambil daripada perkataan Latin, tellus yang bererti Bumi. Unsur ini pertama kalinya ditemui oleh Franz-Joseph Müller von Reichenstein pada tahun 1782 dan dinamakan oleh Martin Heinrich Klaproth pada tahun 1796.[1]

Isotop[sunting | sunting sumber]

Telurium memiliki lapan isotop alami, di mana enam daripadanya merupakan isotop stabil manakala dua lagi, 128Te and 130Te adalah sedikit radioaktif,[2] dan memiliki separuh hayat yang amat lama, dengan kedua-dua isotop memiliki separuh hayat 2.2 × 1024 dan 8.2 ×1020 tahun masing-masing. Oleh hal yang demikian, isotop 128Te merupakan radioisotop dengan separuh hayat yang paling lama.[3] Secara keseluruhannya, telurium mempunyai 39 buah isotop.

Isotop telurium stabil hanya memenuhi 33.2% jumlah simpanan telurium alami.

Penghasilan[sunting | sunting sumber]

Simpanan telurium global dianggarkan sebanyak 38,000 tan dengan negara-negara deposit terbesar termasuklah Amerika Syarikat (6,000 tan), Peru (1,600 tan) dan Kanada (1,500 tan).[4] Negara-negara pengeluar utama telurium ialah Amerika Syarikat, Peru, Jepun dan Kanada.[5]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Telurium biasanya digunakan dalam bidang metalurgi, di mana 0.01% - 0.1% telurium ditambah terhadap aloi-aloi logam untuk memudahkan pembentukan aloi serta meningkatkan ketahanan aloi terhadap hakisan.[6] Contoh penggunaan ini ialah penambahan telurium terhadap aloi plumbum yang membantu meningkatkan ketahanan, kekuatan dan mengurangkan kesan hakisan asid sulfurik.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hiromu, Sakurai (1998). 元素111の新知識 (dalam bahasa Jepun). Kodansha. m/s. 238. ISBN 4-06-257192-7. 
  2. ^ Audi, G.; Bersillon, O.; Blachot, J.; Wapstra, A. H. (2003). "The NUBASE Evaluation of Nuclear and Decay Properties". Nuclear Physics A. Atomic Mass Data Center. 729 (1): 3–128. Bibcode:2003NuPhA.729....3A. doi:10.1016/j.nuclphysa.2003.11.001. 
  3. ^ "Noble Gas Research". Laboratory for Space Sciences, Washington University in St. Louis. 2008. Diarkibkan daripada asal pada September 28, 2011. Dicapai 2013-01-10. 
  4. ^ Kogyo Binran (dalam bahasa Jepun). Research Institute of Economy, Trade and Industry. 2003. m/s. 222. ISBN 4-8065-1659-7. 
  5. ^ Addicks, Lawrence (2008). "By-Products". Copper Refining. Read books. m/s. 111–114. ISBN 978-1-4437-3230-7. 
  6. ^ "33. テルル (Te)" (PDF). JOGMEC (dalam bahasa Jepun). Dicapai 16 Jun 2019. 
  7. ^ Guo, W. X.; Shu, D.; Chen, H. Y.; Li, A. J.; Wang, H.; Xiao, G. M.; Dou, C. L.; Peng, S. G.; Wei, W. W.; Zhang, W.; Zhou, H. W.; Chen, S. (2009). "Study on the structure and property of lead tellurium alloy as the positive grid of lead-acid batteries". Journal of Alloys and Compounds. 475 (1–2): 102–109. doi:10.1016/j.jallcom.2008.08.011. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Kategori berkenaan Telurium di Wikimedia Commons
  • Takrifan kamus telurium di Wikikamus