Hari Antarabangsa untuk Memperingati Perdagangan Hamba dan Pemansuhannya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Pemberontakan hamba di Haiti - Pertempuran untuk Santo Domingo, oleh January Suchodolski, 1845)

Hari Antarabangsa untuk Memperingati Perdagangan Hamba dan Pemansuhannya ialah hari antarabangsa yang disambut pada 23 Ogos setiap tahun, hari yang ditetapkan oleh UNESCO untuk memperingati perdagangan hamba transatlantik.

Tarikh itu dipilih sewaktu penerimaan resolusi 29 C/40 oleh Persidangan Agung Pertubuhan UNESCO pada sesi ke-29 nya. Pekeliling CL/3494 pada 29 Julai 1998, melalui Ketua Pengarah menjemput menteri-menteri kebudayaan di seluruh dunia untuk mempromosikan hari tersebut.[1] Tarikh tersebut penting kerana pada malam 22 Ogos sehingga 23 Ogos 1791, sebuah pemberontakan bermula di pulau Saint Domingue (kini dikenali sebagai Haiti) diikuti beberapa peristiwa berikutan, yang menjadi faktor utama kepada pemansuhan pemerdagangan hamba transatlantik.

Negara-negara Anggota UNESCO menganjurkan acara setiap tahun pada tarikh tersebut dengan menjemput penyertaan dari golongan muda, golongan pendidik, golongan seniman dan golongan intelektual. Sebagai sebahagian daripada matlamat projek UNESCO yang merentas budaya melalui "Projek Perjalanan Hamba" (dikenali sebagai The Slave Route Project dalam bahasa Inggeris), ia merupakan satu peluang untuk pengiktirafan kolektif dan memberi tumpuan kepada "punca sejarah, kaedah dan akibat" perhambaan. Selain itu, tarikh ini juga menjadi pentas untuk analisis dan dialog interaksi soal penimbulan perdagangan transatlantik manusia merentasi benua Afrika, Eropah, Amerika dan Karibia.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]