Hawker Hoopoe

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hoopoe
Hawker Hoopoe, N237.
Peranan Prototaip pesawat pejuang tentera laut
Negara pengeluar United Kingdom
Pengeluar Hawker Aircraft
Penerbangan pertama 1928
Status Dilupuskan pada tahun 1932
Jumlah dibina 1

Hawker Hoopoe ialah prototaip pesawat pejuang tentera laut British yang direka dan dibina pada tahun 1927 oleh Hawker Aircraft .

Ujian perkhidmatan mendapati pesawat ini tidak memuaskan, dan ia digantikan oleh reka bentuk Nimrod daripada syarikat yang sama.

Reka bentuk dan pembangunan[sunting | sunting sumber]

Pesawat ini dinamakan sempena burung Hoopoe adalah cadangan reka bentuk usaha niaga persendirian bagi memenuhi Spesifikasi N.21/26 walaupun pesawat itu tidak mengikut spesifikasi secara terperinci. Hoopoe ialah pesawat sayap berkembar satu tempat duduk dengan kokpit terbuka dan roda pendaratan tetap. Pelampung juga kemudiannya diuji. [1]

Reka bentuk semula pada bahagian sayap menukar susun atur daripada dua petak kepada konfigurasi satu petak. Tiga jenis enjin telah dipasang semasa tempoh percubaan singkat, iaitu dua varian enjin Bristol Mercury kemudiannya digantikan dengan enjin Armstrong Siddeley Jaguar dan Panther dengan peningkatan dalam prestasi.

Ujian yang dilakukan di Felixstowe pada tahun 1929 dengan pemasangan pelampung menunjukkan bahawa pesawat itu mengalami kekurangan kuasa yang teruk dengan jana kuasa Mercury. Ia kemudiannya ditukar kepada enjin Jaguar. Minat kerajaan pada pesawat jenis ini telah berkurangan menjelang musim luruh tahun 1930.

Hoopoe pada tahun 1929 dengan enjin Mercury tanpa penutup dan sayap dua petak
Hoopoe pada tahun 1929 dengan cincin Townend berkembar di sekeliling enjin Panther dan sayap petak tunggal

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

Data dari [2]

Ciri-ciri umum

  • Krew: 1
  • Panjang: 24 ka 6 in (7.47 m)
  • Rentang sayap: 33 ka 2 in (10.11 m)
  • Luas sayap: 288.5 ka2 (26.80 m2)
  • Berat kosong: 2,785 lb (1,263 kg)
  • Berat kasar: 3,910 lb (1,774 kg)
  • Kapasiti bahan api: 55 imp gal (66 US gal; 250 L)
  • Janakuasa: 1 × Armstrong Siddeley Panther III 14-cylinder radial engine, 560 hp (420 kW)

Prestasi

  • Halaju maksimum: 196.5 mph (316.2 km/j, 170.8 kn) at 12,500 ka (3,800 m)
  • Had khidmat: 23,600 ka (7,200 m)
  • Masa ke altitud: 6 min 40 s to 10,000 ka (3,000 m)

Persenjataan

  • Meriam: 2x 0.303 in (7.7mm) machine guns

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Rujukan[sunting | sunting sumber]

 

  1. ^ Mason 1991, p.187.
  2. ^ Mason 1991, p.190.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]