Heiko Westermann

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Heiko Westermann
Heiko Westermann 2012.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhHeiko Westermann[1]
Tarikh lahir (1983-08-14) 14 Ogos 1983 (umur 36)
Tempat lahirAlzenau, Jerman Barat
Ketinggian1.90 m (6 ka 3 in)
Posisi permainanBek tengah
Maklumat kelab
Kelab terkiniHamburger SV
Nombor4
Kerjaya remaja
1988–1994SG Schimborn
1994–19981. FC Hösbach
1998–2000FC Bayern Alzenau
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2000–2003Greuther Fürth II37(1)
2002–2005Greuther Fürth83(2)
2005–2007Arminia Bielefeld67(5)
2007–2010Schalke 0492(12)
2010–Hamburger SV143(9)
Pasukan kebangsaan
2003–2004Jerman B203(0)
2003–2004Jerman B212(0)
2008–Jerman27(4)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 30 November 2014.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 19 November 2013 (UTC)

Heiko Westermann (lahir 14 Ogos 1983) merupakan pemain bola sepak Jerman yang kini bermain untuk kelab Hamburger SV dan pasukan kebangsaan Jerman di posisi bek tengah.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Greuther Fürth[sunting | sunting sumber]

Westermann memulakan kerjaya profesionalnya bersama kelab 2. Bundesliga, Greuther Fürth. Beliau sertai skuad senior pada Julai 2002 tetapi tidak membuat kemunculan sulung sehingga pada 26 Januari 2003 pada perlawanan kemenangan 1-0 ke atas MSV Duisburg. Beliau telah bermain sebanyak 92 perlawanan dalam tiga musim sambil telah menjaringkan tiga gol.

Arminia Bielefeld[sunting | sunting sumber]

Selepas musim 2004-05, Westermann menandantangani sebuah kontrak bersama kelab Bundesliga, Arminia Bielefeld. Dalam musim pertamanya, beliau bermain setiap perlawanan untuk Bielefeld termasuk 34 perlawanan liga dan lima perlawanan DFB-Pokal. Pada musim berikutnya, Westermann hanya terlepas satu perlawanan sahaja.[2]

Schalke 04[sunting | sunting sumber]

Beliau berpindah ke FC Schalke 04 pada tahun 2007 dengan bayaran 2.8 juta euro. Beliau bermain pada perlawanan pertamanya untuk Schalke pada 24 Julai pada perlawanan Ligapokal menentang 1. FC Nürnberg, Schalke menang 4-2. Selepas terlepas dua perlawanan liga pertama berikutan kecederaan, Westermann akhirnya membuat debut untuk Schalke pada 26 Ogos 2007 pada pusingan ketiga perlawanan menentang VfL Wolfsburg. Untuk perlawanan baki musim, Westermann bermain 31 perlawanan liga. Beliau juga bermain pada setiap minit perlawanan Schalke di Liga Juara-Juara Eropah.

Selepas Fred Rutten mengambil alih sebagai jurulatih baru Schalke untuk musim 2008-09, Westermann diletakkan di posisi pemain tengah. Pada musim itu, beliau banyak menjaringkan gol.

Hamburg[sunting | sunting sumber]

Pada Julai 2010, Westermann setuju untuk berpidnah ke Hamburger SV dengan bayaran yang dilaporkan sebanyak 7.5 juta euro. Beliau telah dinamakan sebagai kapten pasukan oleh jurulatih Armin Veh. Pada 9 April 2013, berikutan keputusan memalukan iaitu tewas 92 kepaad FC Bayern Munich, Rafael van der Vaart diumumkan sebagai pengganti Westermann selaku jawatan kapten pasukan Hamburg.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Westermann bermain untuk Jerman pada tahun 2009.

Westermann membuat debut untuk pasukan kebangsaan Jerman pada Februari 2008 menentang Austria, Jerman menang 3-0. Westermann sebahagian daripada skuad Jerman yang menduduki tempat naib juara di UEFA Euro 2008. Pada 2 Jun 2009, Westermann menjaringkan gol pertamanya untuk Jerman pada perlawanan menentang Emiriah Arab Bersatu, Jerman menang 7-2.

Beliau sebahagian daripada pemilihan skuad Jerman ke Piala Dunia 2010 tetapi dikeluarkan akibat kecederaan yang menimpanya pada perlawanan persahabatan menentang Hungary. Beliau telah bermain sebanyak 27 kali untuk Jerman dan telah menjaringkan empat gol sejak 2008.

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Gol Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1. 6 September 2008 Vaduz, Liechtenstein  Liechtenstein 6–0 6–0 Kelayakan Piala Dunia 2010
2. 2 Jun 2009 Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu  Emiriah Arab Bersatu 1–0 7–2 Persahabatan
3. 7 September 2010 Cologne, Jerman  Azerbaijan 1–0 6–1 Kelayakan Euro 2012
4. 2 Jun 2013 Washington, Amerika Syarikat  Amerika Syarikat 1–2 3–4 Persahabatan

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Jerman

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "H. Westermann". Soccerway. Dicapai 7 December 2013. 
  2. ^ "Heiko Westermann match log". soccerway.com. March 2012. Dicapai 24 March 2012. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Kedudukan sukan
Didahului oleh
Mladen Krstajić
Kapten Schalke 04
2009-2010
Diikuti oleh:
Manuel Neuer
Didahului oleh
David Jarolím
Kapten Hamburg
2010-2013
Diikuti oleh:
Rafael van der Vaart