Piotr Trochowski

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Piotr Trochowski
Maklumat peribadi
Nama penuh Piotr Artur Trochowski[1]
Tarikh lahir (1984-03-22) 22 Mac 1984 (umur 39)
Tempat lahir Tczew, Poland
Ketinggian 1.69 m (5 ka 7 in)
Posisi permainan Pemain tengah menyerang
Kerjaya remaja
1993–1995 SpVgg Billstedt Horn
1995–1997 Concordia von 1907
1997–1999 St. Pauli
1999–2002 Bayern Munich
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2002–2005 Bayern Munich II 38 (8)
2003–2005 Bayern Munich 13 (1)
2005–2011 Hamburger SV 180 (20)
2011–2014 Sevilla 59 (3)
Pasukan kebangsaan
2001 Jerman B18 5 (1)
2003 Jerman B20 13 (5)
2004–2006 Jerman B21 15 (2)
2006–2010 Jerman 35 (2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 18 Mei 2014

Piotr Artur Trochowski (lahir 22 Mac 1984) merupakan pemain bola sepak profesional Jerman yang bermain di posisi pemain tengah menyerang.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Trochowski telah dilahirkan di Tczew, Poland. Keluarganya meninggalkan Hamburg semasa sebelum Trochowski dilahirkan.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Trochowski memulakan kerjayanya bersama Billstedt Horn dan kemudian bermain untuk SC Concordia dan FC St. Pauli di Hamburg. Pada tahun 1999, beliau berpindah ke kelab FC Bayern Munich dan memulakan aksi di pasukan junior sebelum beliau bermain untuk pasukan amatur.

Pada Januari 2005, beliau pulang semula ke Hamburg untuk bermain bersama Hamburger SV. Pasukan bimbingan Thomas Doll memberikan Trochowski peluang untuk bermain. Selama dua musim, beliau telah menjaringkan lima gol dan membuat satu hantaran dan pada musim 2005-06, beliau berjaya menghantar Hamburg ke Liga Juara-Juara Eropah.

Sevilla[sunting | sunting sumber]

Pada 5 April 2011, ejen Trochowski Roman Grill mengesahkan bahawa kliennya akan berpindah ke Sevilla apabila kontraknya tamat di Hamburg pada penghujung musim. Trochowski hanya bermain 11 perlawanan pada separuh kedua musim Bundesliga selepas musim sejuk. Pada musim pertamanya di Sevilla, Trochowski bermain 35 perlawanan La Liga dan beliau menjaringkan satu gol dan membuat dua hantaran. Sevilla dengan keputusan tidak menambahkan hasil hanya duduk di tangga kesembilan liga.

Pada September 2014, kontrak Trochowski akan ditamatkan dengan persetujuan bersama. Trochowski tidak bersetuju dan ingin mengancam saman ke atas Sevilla.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Trochowski bermain untuk Jerman pada 2008.

Sejak Trochowski dilahirkan di Poland, beliau telah layak bermain untuk Poland. Ibu beliau kemudian menghantar surat kepada [[Persatuan Bola Sepak Poland (PZPN), yang memberitahu anaknya ingin mewakili pasukan kelahirannya itu. PZPN bagaimanapun tidak berminat lalu mengecewakan Trochowski dan ibunya lalu Trochowski memilih untuk mewakili Jerman.

Trochowski bermain untuk pasukan bawah-20 Jerman di Kejohanan Remaja Dunia FIFA 2003. Setahun selepas beliau berpindah ke Hamburg, ketua jurulatih kebangsaan, Joachim Löw memanggil Trochowski buat pertama kali dan membuat penampilan pertama antarabangsa pada 7 Oktober 2006 pada perlawanan persahabatan menentang Georgia. Selepas enam kali tampil dalam kempen kelayakan Euro 2008, Trochowski dipilih dalam senarai akhir 23 pemain ke Euro 2008. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk pasukan kebangsaan Jerman pada 15 Oktober 2008 pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2010 menentang Wales.

Pada Mei 2010, beliau termasuk dalam senarai akhir 23 pemain ke Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan.

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasuka lawan Skor Keputusan Kejohanan
1 15 Oktober 2008 Mönchengladbach, Jerman  Wales 1–0 1–0 Kelayakan Piala Dunia 2010
2 2 Jun 2009 Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu  Emiriah Arab Bersatu 3–0 7–2 Persahabatan

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Bayern Munich
Hamburger SV
Sevilla

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Jerman

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "List of Players" (PDF). FIFA. Dicapai pada 8 November 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]