Pergi ke kandungan

Valon Behrami

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Valon Behrami
Behrami bersama Switzerland pada tahun 2008
Maklumat peribadi
Nama penuh Valon Behrami[1]
Tarikh lahir (1985-04-19) 19 April 1985 (umur 39)
Tempat lahir Titova Mitrovica, Yugoslavia
Ketinggian 1.86 m (6 ka ​1 316 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Genoa
Nombor 85
Kerjaya remaja
1993–1997 Stabio
1997–2000 Chiasso
2000–2002 Lugano
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2002–2003 Lugano 2 (0)
2003–2005 Genoa 24 (0)
2004–2005Verona (pinjam) 32 (3)
2005–2008 Lazio 65 (4)
2008–2011 West Ham United 58 (4)
2011–2012 Fiorentina 48 (0)
2012–2014 Napoli 54 (0)
2014–2015 Hamburg 22 (0)
2015–2017 Watford 43 (0)
2017–2019 Udinese 39 (2)
2019 Sion 4 (0)
2020– Genoa 7 (0)
Pasukan kebangsaan
2005–2018 Switzerland 83 (2)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 20 Mac 2020

Valon Behrami (lahir 19 April 1985) ialah pemain bola sepak profesional Switzerland yang bermain sebagai pemain tengah untuk kelab Itali, Genoa.

Karier kelab

[sunting | sunting sumber]

Awal karier

[sunting | sunting sumber]

Behrami memulakan karier bola sepaknya bersama kelab Switzerland, FC Stabio, FC Chiasso dan FC Lugano. Selepas beberapa penampilan cemerlang bersama Lugano, dia ditandatangani oleh kelab Itali, Genoa pada musim 2003–04 dan bermain untuk Genoa dalam Serie B. Pada musim 2004–05, Genoa membeli hak Udinese untuk pemain itu dan meminjamkannya kepada Verona dalam Serie B.

Selepas musim cemerlang bersama Verona, Lazio menandatanganinya pada 25 Julai 2005 dengan perjanjian milikan-bersama bernilai €2.7 juta.[2] Lazio membelinya pada bulan Januari 2006 dengan harga yang sama.[3]

West Ham United

[sunting | sunting sumber]

Pada 23 Julai 2008, West Ham United menandatangani Behrami dari Lazio dengan pemain itu menandatangani kontrak lima tahun dan yuran sebanyak £5 juta.[4] Behrami membuat penampilan sulungnya untuk West Ham ketika kemenangan 2–1 ke atas Wigan Athletic pada 16 Ogos 2008.[5] Dia menjaringkan gol pertamanya untuk West Ham ketika kemenangan 1–0 ke atas Sunderland pada 23 November 2008.[6] Ketika perlawanan menentang Manchester City pada 1 Mac 2009,[7] dia mengalami kecederaan[8]. Behrami kembali beraksi pada 12 September 2009 dalam perlawanan menentang Wigan Athletic.[9]

Fiorentina

[sunting | sunting sumber]

Pada 26 Januari 2011, Behrami berpindah ke Fiorentina dengan yuran yang tidak didedahkan, menandatangani kontrak tiga tahun setengah.[10][11] Dia membuat penampilan sulungnya untuk Fiorentina pada 29 Januari 2011, dalam perlawanan Serie A menentang Lazio.

Pada 17 Julai 2012, Behrami dan rakan sepasukannya di Fiorentina, Alessandro Gamberini ditandatangani oleh Napoli dengan yuran yang tidak didedahkan.[12]

Pada 31 Julai 2014, Behrami terbang ke Jerman untuk melengkapkan ujian medikal sempena perpindahan bernilai €4.5 juta ke Hamburg. Pada 2 Ogos 2014, perpindahan itu dilengkapkan.[13]

Pada 11 Julai 2015, Behrami memerhati ketika rakan sepasukannya seri 2-2 dengan AFC Wimbledon. Kemudiannya tengah hari itu, kelab itu mengesahkan bahawa Behrami telah menandatangani kontrak tiga tahun bersama Watford.[14]

Karier antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Behrami telah beraksi untuk Switzerland di peringkat bawah-18, bawah-19 dan senior. Dia telah beraksi untuk mereka dalam Piala Dunia FIFA 2006, Piala Dunia FIFA 2010 dan Piala Dunia FIFA 2014.

Gol antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
# Tarikh Venue Lawan Skor Keputusan Pertandingan
1 12 Nov 2005 Stade de Suisse, Bern, Switzerland  Turki 2–0 Menang Kelayakan Piala Dunia FIFA 2006
2 24 Mei 2008 Stadio Cornaredo, Lugano, Switzerland  Slovakia 2–0 Menang Persahabatan
Napoli
  1. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA. 11 June 2014. m/s. 30. Dicapai pada 25 June 2014.
  2. ^ "SS Lazio draft 2005–06 annual report" (PDF). SS Lazio (dalam bahasa Italian). Dicapai pada 10 August 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ "SS Lazio 2005–06 third quarter report" (PDF). SS Lazio (dalam bahasa Italian). Dicapai pada 10 August 2011.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "Valon Behrami signs 5-year deal with West Ham United FC". Whufc.com. Dicapai pada 28 April 2010.
  5. ^ McIntyre, David (16 August 2008). "West Ham 2–1 Wigan". BBC News. Dicapai pada 28 April 2010.
  6. ^ McKenzie, Andrew (23 November 2008). "Sunderland 0–1 West Ham". BBC News. Dicapai pada 28 April 2010.
  7. ^ Stevenson, Jonathan (1 March 2009). "West Ham 1–0 Man City". BBC News. Dicapai pada 28 April 2010.
  8. ^ Wilson, Steve (11 March 2009). "West Ham's Valon Behrami ruled out for six months". London: Telegraph. Dicapai pada 19 October 2010.
  9. ^ Shea, Julian (12 September 2009). "Wigan 1 – 0 West Ham". BBC News. Dicapai pada 23 May 2010.
  10. ^ "Transfer round-up: Behrami to Fiorentina". Uefa.com. 26 January 2011. Dicapai pada 26 January 2011.
  11. ^ "Behrami departs". whufc.com. 26 January 2011. Dicapai pada 26 January 2011.
  12. ^ "Napoli take Behrami and Gamberini from Viola". UEFA. 17 July 2012. Dicapai pada 9 May 2014.
  13. ^ "Napoli, ceduto Behrami all'Amburgo". S.S.C. Napoli (dalam bahasa Italian). 2 August 2014. Dicapai pada 2 August 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)
  14. ^ "Watford sign Valon Behrami from Hamburg". Sky Sports (dalam bahasa English). 11 July 2015. Dicapai pada 11 July 2015.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]