Oliver Neuville

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Oliver Neuville
Genève Indoors 2014 - 20140114 - Oliver Neuville 3.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuh Oliver Patric Neuville[1]
Tarikh lahir (1973-05-01) 1 Mei 1973 (umur 44)
Tempat lahir Locarno, Switzerland
Ketinggian 1.71 m (5 ka 7 in)
Posisi permainan Penyerang
Kerjaya remaja
1979–1990 US Gambarogno
1991–1992 Locarno
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
1992–1996 Servette 108 (41)
1996–1997 Tenerife 33 (5)
1997–1999 Hansa Rostock 50 (22)
1999–2004 Bayer Leverkusen 165 (42)
2004–2010 Borussia M'gladbach 151 (42)
2010 Arminia Bielefeld 12 (2)
Jumlah 519 (154)
Pasukan kebangsaan
1998–2008 Jerman 69 (10)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja .
† Kemunculan (Gol).

Oliver Patric Neuville (lahir 1 Mei 1973) merupakan pemain bola sepak bersara Jerman yang bermain di posisi penyerang.

Neuville telah mengumpul 69 kaps untuk Jerman sepanjang 10 tahun beliau bermain untuk pasukan itu. Beliau juga telah bermain dalam dua edisi Piala Dunia dan Euro 2008.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Neuville telah dilahirkan di Locarno, Switzerland. Bapa beliau merupakan orang Jerman yang berasal dari Aachen manakala ibu beliau pula merupakan orang Itali dari daerah Calabria. Neuville memulakan kerjaya profesionalnya bersama kelab Servette FC. Pada musim keduanya di divisyen teratas Switzerland, eliau menjaringkan 16 gol dan membantu kelabnya untuk menjuarai kejuaraan liga selepas penantian sembilan tahun.

Pada musim 1996-97, Neuville bermain untuk CD Tenerife di Sepanyol. Beliau menjaringkan lima gol dalam 1,885 minit dan berjaya membantu pasukan Kepulauan Canary itu ke tempat kejohanan Eropah. Malah, pasukannya layak ke separuh akhir dalam Piala UEFA. Selepas itu, beliau berpindah ke Jerman untuk menandatangani kelab FC Hansa Rostock dan menjaringkan lapan gol dalam musim debutnya di Bundesliga. Pasukan dari Jerman Timur itu menduduki tempat keenam liga.

Neuville menandatangani kelab Bayer Leverkusen pada musim panas 1999 dan menjadi penyerang sensasi kelab. Beliau menjaringkan 28 gol dari tahun 2000 sehingga 2002 dan lima gol dalam kemunculan Liga Juara-Juara 2001-02. Leverkusen di tempat naib juara di belakang Real Madrid.

Pada usia 31 tahun, Neuville sertai Borussia Mönchengladbach untuk musim 2004-05 secara percuma. Pada 17 Oktober 2004, beliau menjaringkan gol kontroversi melalui tangan pada perlawanan menang 2-0 ke atas 1. FC Kaiserslautern. Disebabkan itu, beliau digantung dua perlawanan. Beliau menjaringkan 22 gol dalam dua musim pertamanya. Namun, untuk musim ketiganya, Monchengladbach telah turun ke 2. Bundesliga selepas gagal menunjukkan prestasi terbaik di Bundesliga. Pada musim itu juga, beliau mengalami kecederaan.

Neuville kembali ke skuad pada musim 2007-08 dengan menjaringkan 15 gol untuk membantu Borussia maju ke Bundesliga. Beliau membuat kemunculan terakhir Bundesliga pada musim 2009-10 menentang pasukan lama, Bayer Leverkusen.

Neuville merancang apabila beliau ingin menjadi jurulatih remaja Borussia Mönchengladbach. Walau bagaimanapun, beliau ingin bermain setahun lagi dan menandatangani kelab Arminia Bielefeld di 2. Bundesliga. Namun, hanya selepas sebulan bermain, beliau mengumumkan bersara pada usia 37 tahun.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Neuville membuat debut antarabangsa untuk pasukan kebangsaan Jerman pada 2 September 1998 pada perlawanan persahabatan menentang Malta. Beliau menggantikan Mario Basler pada 15 minit terakhir, Jerman menang 2-1.

Sebelum Neuville menuju untuk mengumpul 69 kaps bersama 10 gol, beliau sebahagian daripada skuad yang merupakan naib juara Piala Dunia FIFA 2002. Selain itu, beliau menjaringkan gol kemenangan Jerman pada pusingan 16 menentang Paraguay, 1-0.

Selepas terlepas daripada pemilihan skuad UEFA Euro 2004, Neuville yang menggantikan Lukas Podolski menjaringkan gol pada masa kecederaan pada perlawanan kedua peringkat kumpulan Piala Dunia 2006 menentang Poland. Beliau menerima hantaran lintang oleh David Odonkor terus merembat lalu mengalahkan penjaga gol lawan, Artur Boruc. Beliau tidak menjaringkan gol lagi untuk Jerman sehingga 31 Mei 2008, beliau menjaringkan gol pada perlawanan persahabatan menentang Serbia. Selepas kejohanan Euro 2008, beliau mengumumka persaraan daripada bola sepak antarabangsa pada usia 35 tahun.

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1. 31 Mac 1999 Nuremberg, Jerman  Finland 2–0 2–0 Kelayakan Euro 2000
2. 14 November 2001 Dortmund, Jerman  Ukraine 2–0 4–1 Kelayakan Piala Dunia 2002
3. 27 Mac 2002 Rostock, Jerman  Amerika Syarikat 2–1 4–2 Persahabatan
4. 15 Jun 2002 Seogwipo, Korea Selatan  Paraguay 1–0 1–0 Piala Dunia FIFA 2002
5. 8 Oktober 2005 Istanbul, Turki  Turki 1–2 1–2 Persahabatan
6. 22 Mac 2006 Dortmund, Jerman  Amerika Syarikat 2–0 4–1 Persahabatan
7. 27 Mei 2006 Freiburg, Jerman  Luxembourg 6–0 7–0 Persahabatan
8. 7–0
9. 14 Jun 2006 Dortmund, Jerman  Poland 1–0 1–0 Piala Dunia FIFA 2006
10. 31 Mei 2008 Gelsenkirchen, Jerman  Serbia 1–1 2–1 Persahabatan

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Servette
Bayer Leverkusen
Borussia Mönchengladbach

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Jerman

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "FIFA World Cup Germany 2006 – List of players" (PDF). FIFA. p. 12. Dicapai pada 26 July 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]