Hialuronidase

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Struktur Hialuronidase-10JN

Hialuronidase (EC 3.2.1.35) ialah sebuah kumpulan enzim yang mengurai asid hialuronik.

Dalam tubuh manusia, terdapat enam gen, termasuk HYAL1, HYAL2, HYAL3, dan PH-20/SPAM1.[1]

Penggunaan sebagai ubat[sunting | sunting sumber]

Melalui proses pemangkinan hidrolisis hialuran, satu daripada juzuk matriks luar sel (extracellular matrix, (ECM)), hiluronidase mengurangkan kelikatan hialuran, dan dengan itu meningkatkan kebolehtelapan tisu. Justeru, ia digunakan dalam perubatan bersama-sama ubatan lain bagi mempercepatkan penyampaian dan peresapan ubatan tersebut. Penggunaan enzim ini biasa terjumpa dalam bidang pembedahan oftalmologi, digabungkan dengan anestetik setempat. Ia juga meningkatkan kadar penyerapan bendalir parenteral yang dilakukan melalui infusi subkutaneus atau hypodermoclysis, dan juga sebagai adjung dalam urografi subkutaneus untuk menambah erapan semula agen-agen radiolegap. Hialuronidase juga digunakan untuk proses pengekstravasatan larutan hiperosmolar.

Peranan dalam barah[sunting | sunting sumber]

Peranan hialuronidase dalam rawatan barah adalah sesuatu yang dipenuhi kontroversi. Data yang terhad mendokong peranan hialuronidase lisosom dalam metastasis, sementara data lain pula menyokong peranann hialuronidase dalam penyekatan tumor. [2] As previously mentioned, there are six hyaluronidase genes in the human genome, three of which can express active hyaluronidases (HYAL1, HYAL2 and PH20).

Peranan dalam patogenesis[sunting | sunting sumber]

Beberapa bakteria, seperti Staphylococcus aureus, Streptococcus pyogenes,[3] dan Clostridium perfringens,[4] mengeluarkan hialuronidase sebagai satu cara menggunakan hialuran sebagai sumber karbon. Sering dispekulasi bahawa patogen Streptococcus dan Staphylococcus menggunakan hialuronidase sebagai faktor virulens bagi memusnahkan polisakarida yang menuntukan keutuhan sel haiwan, dan dengan itu memudahkan perebakan patogen. Namun, tiada data uji kaji yang mendokong hipotesisi ini.

Peranan dalam penyuburan[sunting | sunting sumber]

Dalam banyak penyuburan mamalia, hialuronidase dikeluarkan akrosom (struktur halus pada kepala spermatozoa[5] sperma selepas ia sampai pada oosit, dengan mencerna hialuran yang terdapat pada korona radiata (lapisan sel yang mengelilingi telur mamalia[6] dan dengan ini membolehkan proses penghamilan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Csoka AB, Frost GI, Stern R (2001). "The six hyaluronidase-like genes in the human and mouse genomes". Matrix biology : journal of the International Society for Matrix Biology. 20 (8): 499–508. doi:10.1016/S0945-053X(01)00172-X. PMID 11731267.  Parameter |month= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  2. ^ <Int J Cancer. 2002 Feb 10;97(5):601-7>[1]
  3. ^ Starr CR, Engleberg NC (2006). "Role of hyaluronidase in subcutaneous spread and growth of group A streptococcus". Infection and immunity. 74 (1): 40–8. doi:10.1128/IAI.74.1.40-48.2006. PMC 1346594Boleh diakses secara percuma. PMID 16368955.  Parameter |month= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  4. ^ Zukaite V, Biziulevicius GA (2000). "Acceleration of hyaluronidase production in the course of batch cultivation of Clostridium perfringens can be achieved with bacteriolytic enzymes". Letters in applied microbiology. 30 (3): 203–6. doi:10.1046/j.1472-765x.2000.00693.x. PMID 10747251.  Parameter |month= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  5. ^ Takrif DBP PRPM
  6. ^ Takrif DBP PRPM

Pautan luar[sunting | sunting sumber]