Hogsmeade

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Perkampungan Hogsmeade, atau lebih dikenali sebagai Hogsmeade merupakan sebuah kawasan desa rekaan di dalam siri Harry Potter oleh J. K. Rowling. Hogsmeade dikatakan hanya satu-satunya perkampungan di England yang kesemua penduduknya merupakan ahli sihir. Perkampungan ini terletak di timur laut Hogwarts.

Hogsmeade

Para pelajar Hogwarts yang berada di tahun ketiga dan keatas dibenarkan untuk melawat perkampungan ini semasa lawatan berkala, untuk ke kedai-kedai yang ada ataupun untuk bergaul dengan rakan-rakan tanpa penjaga, selagi mereka mempunyai surat kebenaran dari ibu bapa atau penjaga mereka. Kebanyakan pelajar-pelajar ini sering mengunjungi bahagian kawasan ini yang mempunyai banyak kedai atau kedai minuman. Jika tidak, mereka sekadar berjalan-jalan untuk melihat Gubuk Menjerit.

Hogsmeade pertama kali dimasukkan ke dalam filem ialah semasa filem ketiga Harry Potter Harry Potter and the Prisoner of Azkaban pada tahun 2004. Ia kemudiannya muncul semula dalam filem kelima, Harry Potter and the Order of the Phoenix pada tahun 2007. Di dalam kedua-dua filem, kawasan ini digambarkan sebagai kawasan yang diliputi salji.[1]

Bangunan[sunting | sunting sumber]

Gubuk Menjerit[sunting | sunting sumber]

Bahagian dalam Gubuk Menjerit.

Gubuk Menjerit merupakan sebuah rumah rekaan di dalam siri Harry Potter. Rumah ini terletak di bahagian luar yang agak terpinggir dari Hogsmeade dan dikatakan sebagai rumah yang paling berhantu di England. Rumah ini dapat dimasuki melalui pintu rahsia yang terletaka di bawah Dedalu Perkasa (Whomping Willow) dan sering digunakan oleh Remus Lupin semasa beliau masih belajar di Hogwarts sebagai tempat persembunyian beliau semasa bulan mengambang kerana beliau merupakan seorang Serigala Jadian dengan tujuan untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini daripada berlaku. Untuk ke sini, beliau sering ditemani oleh rakan-rakan beliau seperti James Potter, Sirius Black, dan Peter Pettigrew yang akan menjelma menjadi Animagi masing-masing; James akan menjadi rusa jantan, Sirius akan mejadi seekor anjing hitam dan Peter akan menjadi seekor tikus. Disebabkan bunyi yang aneh sering datang dari kawasan tersebut dan para penduduk pula menyangka bahawa ia merupakan bunyi semangat jahat, Profesor Albus Dumbledore sengaja mengapi-apikan khabar angin tersebut dengan menceritakan bahawa rumah ini merupakan sebuah rumah berhantu demi menjaga keselamatan kempat-empat mereka itu tadi.

Di dalam Harry Potter dengan Banduan Azkaban , Gubuk Menjerit telah menjadi kawasan utama Sirius kembali ke Hogwarts. Beliau telah menarik Ronald Weasley dan tikus peliharaanya iaitu Scabbers dengan tujuan untuk membunuh Scabbers. Kemudian didedahkan bahawa Scabbers sebenarnya ialah Peter Pettigrew yang telah menyamar menjadi tikus setelah beliau mengkhianti sahabat beliau sendiri, James Potter dan Lily Potter yang juga menyebabkan Sirius Black telah dituduh dengan jenayah yang beliau tidak pernah lakukan. Di dalam rumah inilah juga Severus Snape telah dibunuh oleh ular Voldemort, Nagini.[HP7]

Hog's Head[sunting | sunting sumber]

Kumpulan Tentera Dumbledore yang berada di dalam Hog's Head.

Kedai Minuman Hog's Head merupakan sebuah kedai munuman rekaan di dalam siri Harry Potter. Ia merupakan sebuah kedai minuman yang menarik pelanggan-pelanggan yang agak aneh kerana kebanyakan pelanggannya sering memakai kelubung, hinggakan Harry pernah menyangka bahawa orang yang sedang menikmati minuman di kedai itu merupakan Dementor hinggalah Harry terdengar loghat Yorkshire mereka yang pekat.[HP5] Papan tanda kedai ini merupakan sebuah papan tanda yang mempunyai lukisan sebuah kepala khinzir yang telah disembelih yang menitiskan darah di atas sehelai kain putih yang berada di bawahnya. Di dalam kedai minuman ini sangat kotor sehingga terdapat lapisan tebal tanah, dan cermin tingkapnya pula sangat kotor sehingga cahaya yang masuk kelihatan samar-samar menerangi. Di bahagian lantai bawah terdapat sebuah bilik, walau bagaimanapun, di bahagian tingkat atas terdapat beberapa buah bilik lagi dan ruang kedai ini dikatakan agak hamis dengan bau kambing. Pekedai kedai minuman ini ialah Aberforth Dumbledore, adik kepada Albus Dumbledore. Walaupun reputasinya yang agak menjijikkan, kedai minuman ini telah beberapa kali menjadi tempat utama dalam sejarah. Contohnya, kedai minuman ini pernah menjadi ibu pejabat bagi Pemberontakan Goblin 1612. Beberapa bulan sebelum kelahiran Harry, seorang peramal, Sybill Trelawney telah membuat satu ramalan di sini mengenai hubungan antara Voldemort dan Harry Potter, semasa temuramah Profesor Dumbledore dan Sybill mengenai posisi Sybill sebagai guru peramalan di Hogwarts. Di kedai inilah juga Hagrid telah memenangi telur naga yang akhirnya ditetaskan dan diberi nama Norbert (sebelum ditukarkan nama menjadi Norberta oleh Charlie Weasley setelah mendapat tahu bahawa naga ini merupakan naga betina) melalui kemenangan beliau dalam permainan kad pakau. Di sini jugalah tempat bermesyuarat pertama kali Tentera Dumbledore selain mejadi tempat pemindahan pelajar dari Hogwarts ke Hogsmeade melalui Bilik Keperluan sebelum menembusi terowong yang tersembunyi di bahagian belakan potret Ariana Dumbledore, adik bongsu kepada Aberforth dan Albus Dumbledore. Semasa pertempuran di Hogwarts, kedai ini telah menjadi pusat berkumpulnya Kumpulan Phoenix dan Tentera Dumbledore.[HP7]

Honeydukes[sunting | sunting sumber]

Honeydukes

Honeydukes merupakan sebuah kedai rekaan di dalam siri Harry Potter yang menjual pelbagai manisan dan gula-gula sihir. Di dalam kedai ini digambarkan sebagai mempunyai bertingkat-tingkat gula-gula paling gemuk dan berair dapat dibayangkan; ketulan nougat berkrim, gula-gula tofi berwarna madu yang gemuk, dan beratus-ratus jenis coklat yang tersusun kemas. Terdapat juga sebuah tong besar Kacang Pelbagai Rasa dan setong Lebah Bersiung Berbusa, bebola serbat terapung-apung. Di sepanjang tembok lain pula terdapat gula-gula 'Kesan Khas', gula-gula getah terbaik Drooble (yang memenuhi bilik dengan gelembung putih-biru dan tidak meletup selama berhari-hari), Gula-gula Pudina Untai Pemflos Gigi aneh yang kesat dan kasar, Imp Lada Hitam yang kecil ('mengeluarkan nafas api kearah rakan-rakan anda'), Tikus Ais ('dengar gigi anda bergelatukan dan berdecit!'), krim pudina yang berbentuk kodok ('melompat-lompat di dalam perut!'), pena bulun pelepah antih gula yang getas, serta gula-gula meletup. Di kedai ini juga turut dijual lolipop berperisa darah yang dikatakan Hermione sebagai sesuai untuk pontianak dan juga Gugusan/Kelompok Lipas. Pemilik kedai ini, Ambrosius Flume dan isterinya tinggal di bahagian atas kedai ini. Melalui patung perempuan bermata satu di tingkat tiga di Hogwarts, terdapat sebuah jala rahsia yang menuju ke sebuah pintu kolong di tingkat bawah Honeydukes yang merupakan sebuah jalan rahsia yang menghubungi Hogwarts dan Hogsmeade. Melalui kedai inilah Harry telah keluar secara rahsia pada tahun ketiga ketika borang beliau untuk melawat Hogsmeade tidak ditandatangani oleh Pakcik Vernon.[HP3]

Kedai Barangan Lelucon Zonko

Kedai Barangan Lelucon Zonko[sunting | sunting sumber]

Kedai Barangan Lelucon Zonko atau Kedai Barangan Jenaka Zonko merupakan sebuah kedai rekaan di dalam siri Harry Potter yang menjual pelabagai jenis permainan sihir dan pelbagai jenis barang yang digunakan untuk mengusik kawan-kawan. Kedai ini dikatakan merupakan kedai kegemaran bagi Fred dan George Weasley dan juga sahabat baik mereka Lee Jordan. Semasa bahagian hampir penutup buku Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan, kedua-dua beradik kembar ini ada bercadang untuk membeli kedai ini untuk menambahkan lagi cawan Kedai Barangan Sihir Weasley. Walau bagaimanapun, cadangan itu terpaksa dimansuhkan akibat kebangkitan semula Voldemort.

Puan Puddifoot[sunting | sunting sumber]

Kedai Teh Puan Puddifoot merupakan sebuah kedai minuman rekaan di dalam siri Harry Potter yang menawarkan perkhidmatan menjual minuman yang menjadi tarikan terutamanya untuk para kekasih yang berpacaran dari Hogwarts. Kedai ini terletak sedikit ke sisi di bahagian High Street. Pada Hari Kekasih, Puan Puddifoot mengupah kerubian-kerubian untuk menaburkan kertas konfeti ke atas para kekasih yang sedang menikmati minuman di kedai ini. Di kedai inilah Harry telah menyambut Hari Kekasihnya dengan Cho Chang.[HP5]

Stesen Hogsmeade[sunting | sunting sumber]

Stesen Hogsmeade merupakan sebuah stesen kereta api yang paling hampir dengan Hogwarts; kereta api yang berlepas dari Stesen King Cross/King's Cross akan berhenti di sini. Babak yang membabitkan stesen ini telah dirakamkan di Stesen kereta api Goathland di North Yorkshire Moors Railway yang telah dibina pada 1865 dengan tujuan untuk menghubungkan Goathland dan North Yorkshire Moors. Mengikut ilustrasi J. K. Rowling, Stesen kereta api Hogsmeade ini sebenarnya tidak terletak di Hogsmeade, tetapi di seberang tasik Hogwarts.[2]

Tiga Penyapu[sunting | sunting sumber]

Puan Rosmerta (yang paling kiri) yang menguruskan Kedai Minuman Tiga Penyapu.

Kedai Minuman Tiga Penyapu atau Kedai Minuman Tiga Penyapu Terbang merupakan sebuah kedai minuman yang agak popular di kawasan Hogsmeade, di mana ia diuruskan oleh Puan Rosmerta yang tinggal di atas kedai minuman ini. Hermione pernah mengusik Ron, bahawa Puan Rosmerta merupakan seorang wanita yang agak menarik. Kedai ini pada musim sejuk digambarkan penuh sesak dengan para pelanggan terutamanya para pelajar dan staf Hogwarts yang datang untuk menikmati minuman yang disediakan seperti Bir Butter, Air Gilly, Firewhisky (Wiski Api), Mead Matang Oak, Mead Mull, Rum Kismis Merah, sirap ceri dan soda dan lain-lain lagi. Di kedai inilah juga Harry telah terdengar perbualan antara Profesor McGonagall, Menteri Sihir Cornelius Fudge, Profesor Flitwick dan Rubeus Hagrid tentang Sirius Black yang telah difitnah oleh Peter Pettigrew. Walau bagaiamanapun, pada penghujung Harry Potter dengan Banduan Azkaban, terbukti fitnah itu tidak benar dan Sirius Black terbukti tidak bersalah. Di dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan di kedai inilah Draco telah mengenakan Sumpahan Imperius ke atas Puan Rosmerta supaya menghantar Loket Baiduri yang telah disumpah kepada Profesor Dumbledore, walau bagaimanapun, loket itu telah sampai ke tangan Katie Bell dan hampir meragut nyawa Katie.

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa kedai lain yang hanya disebut secara samar-samar seperti Kedai Pakaian Ahli Sihir Gladrags (menjual pakaian ahli sihir dan mempunyai cawagan di London dan Paris dan di kedai inilah Harry dan kawan-kawannya telah membeli stokin untuk Dobby sempena perayaan Krismas), Kedai Pelepah Scrivenshaft (yang menjual pelbagai jenis pena pelepah dan terletak di jalan High Street), Kedai Peralatan Sihir Dervish dan Banges (yang menjual dan membaiki peralatan-peralatan sihir, dan kedai ini terletak berdekatan jalan High Street), dan Pejabat Pos (dipenuhi kira-kira 200-300 ekor burung hantu dari jenis Burung Hantu Kelabu yang Besar hinggalah ke Burung hantu Skup {penghantaran domestik sahaja}. Setiap pondok burung tersebut dikodkan dengan warna, di mana setiap warna melambangkan tempoh masa penghantaran untuk sampai).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Siri Harry Potter rekaan J. K. Rowling

The Sorcerer's/Philosopher's Stone buku filem
The Chamber of Secrets buku filem
The Prisoner of Azkaban buku filem
The Goblet of Fire buku filem
Order of the Phoenix buku filem  
The Half-Blood Prince buku filem  
The Deathly Hallows buku filem pertama dan kedua  

WatakTempatSihirSubjek - Objek - Makhluk - Buku