Cho Chang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Watak Harry Potter
Cho Chang
Cho Chang, dilakonkan oleh Katie Leung.
Cho Chang
Jantina Perempuan
Warna rambut Hitam
Warna mata Perang Tua
Rumah Ravenclaw
Sekolah Hogwarts
Dilakonkan oleh Katie Leung
Kemunculan pertama Harry Potter and the Goblet of Fire (filem)
Harry Potter dengan Banduan Azkaban (buku)

Cho Chang (lahir 1979) ialah salah satu watak ciptaan J. K. Rowling bagi siri novel remaja, Harry Potter. Dia ialah pelajar dari rumah Ravenclaw dan setahun lebih tua daripada Harry. Dia digambarkan sebagai orang yang rendah dan cantik dengan rambut hitam yang panjang. Dia amat popular dan sering diikuti oleh sekumpulan kawan-kawan. Cho bermain di posisi Seeker untuk pasukan Quidditch Ravenclaw dan pasukan Quidditch kegemarannya adalah Tutshill Tornadoes. Namanya menunjukkan bahawa dia berketurunan Asia dan berkemungkinan daripada bangsa Cina, Korea, Thai atau Vietnam. Dia terkenal sebagai orang pertama yang disukai, dicium, dan diputuskan hubungan oleh Harry. Dia digambarkan "sangat cantik" dengan rambut hitam panjang, dan biasa ditemani dengan sekelompok murid-murid Ravenclaw lainnya.

Peranan dalam siri[sunting | sunting sumber]

Dalam Harry Potter and the Goblet of Fire, Harry berusaha untuk mengajak Cho menghadiri Majlis Tari-menari bersamanya, tetapi Cho meminta maaf kepadanya kerana dia telah diajak oleh Cedric Diggory. Cho juga sangat baik kepada Harry. Pada buku keempat, dia mempunyai hubungan dengan Cedric hinggalah Cedric dibunuh oleh Peter Pettigrew ketika tugasan ketiga dalam Kejohanan Ahli Sihir Trio.

Cho juga merupakan salah seorang oelajar yang percaya pernyataan Harry tentang kembalinya Lord Voldemort dalam Order of the Phoenix. Ketika diminta untuk menyertai Tentera Dumbledore, Cho mengaku bahawa orang tuanya berharap dia tidak mengambil bahagian dalam gerakan menentang Kementerian Sihir, tetapi dia tetap bergabung kerana ia ingin melawan Voldemort. Cho berciuman dengan Harry dibawah pohon mistletoe setelah sesi terakhir TD sebelum cuti krismas.

Ketika Hari Valentine, Harry bertemu janji dengan Cho di Kedai Puan Puddifoot, tetapi pertemuan itu gagal kerana Cho cemburu dengan hubungan Harry dan Hermione dan disebabkan kurangnya pengetahuan Harry tentang perempuan. Hubungan mereka agak renggang setelah pertemuan itu dan berakhir setelah rakannya dipercayai memberitahukan tentang TD pada Dolores Umbridge.

Walaupun begitu, dalam siri terakhir Harry Potter, Cho memperlihatkan kesetiaannya kepada TD. Dia bergabung dengan para anggota TD di Bilik Keperluan dan turut serta dalam peperangan di Hogwarts melawan Voldemort. Pada saat bertemu dengan Harry, dia masih ramah dan mahu memberikan maklumat tentang mahkota Ravenclaw (salah satu dari Horcrux Voldemort) dan menawarkan kepada Harry untuk menemaninya memasuki rumah Ravenclaw untuk mencari petunjuk, tetapi Ginny, yang cemburu, segera mencadangkan agar Luna Lovegood menemani Harry.

Di dalam filem Harry Potter and the Goblet of Fire dan Harry Potter and the Order of the Phoenix, watak Cho Chang dilakonkan oleh Katie Leung.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]