James Potter

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Watak Harry Potter
James Potter
James Potter, dilakonkan oleh Adrian Rawlins.
James Potter
Jantina Lelaki
Warna rambut Hitam
Warna mata Perang
Rumah Gryffindor
Sekolah Hogwarts
Keturunan Sihir
Sekutu Kumpulan Phoenix
Dilakonkan oleh Adrian Rawlins (dewasa)
Robbie Jarvis(remaja)
Kemunculan pertama Harry Potter and the Sorcerer's Stone (buku & filem)

James Potter merupakan bapa kepada Harry Potter dan suami kepada Lily Evans. Berbeza dengan Lily, James adalah berketurunan sihir tulen. James Potter dilahirkan pada tahun 1959 di England.

James juga bersekolah di Hogwarts dari tahun 1970 dan tamat pada tahun 1977. Sama seperti Harry, James juga masuk ke rumah Gryffindor. Di Hogwarts, James bersahabat dengan Sirius Black, Remus Lupin, dan Peter Pettigrew. Bersama Sirius, James juga terkenal sebagai pelajar yang aktif dan tidak kurang juga nakal. Mereka berdua sering diibaratkan seperti adik-beradik kembar kerana sering bersama. James turut menumpangkan Sirius di rumahnya ketika cuti musim panas dan ketika SIrius melarikan diri daripada rumah. Kedua-duanya sering dikenakan hukuman dan tahanan. walau bagaimanapun, mereka masih berhubung walaupun dikenakan tahanan di tempat yang berbeza dengan menggunakan cermin dua arah. Antara tiga orang sahabatnya, James lebih rapat dengan Sirius. Sirius juga merupakan pengapit James ketika berkahwin dengan Lily dan merupakan pemegang rahsia keluarga Potter (sebelum diberikannya kepada Peter Pettigrew untuk mengaburi Lord Voldemort).

James seorang pemain Quidditch di sekolah dan menjadi Seeker bagi pasukan Gryffindor. Dia kelihatan sering bermain dengan Snitchnya. James Potter juga merupakan animagus yang tidak berdaftar. Dia mampu bertukar kepada bentuk rusa jantan sehingga diberi nama samaran "Prongs" oleh ketiga-tiga sahabatnya. Mereka turut yang menciptakan (Peta Penjarah) yang dapat memperlihatkan seluruh kawasan Hogwarts dan sekitarnya, termasuk kedudukan semua orang di dalam Hogwarts.

James bergambar dengan ahli lain ketika menyertai Kumpulan Phoenix.

Ketika zaman peperangan dengan Lord Voldemort dan Death Eaternya, James dan Lily menganggotai Kumpulan Phoenix yang diketuai oleh Albus Dumbledore. Kedua-duanya diceritakan berjaya melepaskan diri daripada Lord Voldemort sebanyak 3 kali.

James Potter tinggal di Godric's Hollow bersama isteri dan anaknya dan dia bersama pasagannya kemudian dibunuh di sana pada 31 Oktober 1991 oleh Lord Voldemort sendiri yang menyebabkan Harry menjadi yatim piatu.



Salasilah keluarga James Potter[sunting | sunting sumber]

 
 
Keluarga Dursley
 
 
 
 
 
Keluarga Evans
 
 
 
Keluarga Potter
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Marjorie Dursley
 
Vernon Dursley
 
Petunia Evans
 
Lily Evans
 
James Potter
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Dudley Dursley
 
 
 
 
 
Harry Potter
 
 


Lihat juga[sunting | sunting sumber]