Vincent Crabbe

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Watak Harry Potter
Crabbe.jpg
Vincent Crabbe
Jantina Lelaki
Rumah Slytherin
Sekolah Hogwarts
Keturunan Sihir tulen
Berpihak kepada Skuad Penyoalsiasat, Death Eater
Dilakonkan oleh Jamie Waylett
Kemunculan pertama Harry Potter and the Philosopher's Stone

Vincent Crabbe (lahir 1980) merupakan salah satu watak rekaan dalam siri Harry Potter karya J. K. Rowling. Crabbe adalah pelajar sekolah Hogwarts dan merupakan ahli Slytherin. Bersama-sama dengan Gregory Goyle, dia hampir selalu dilihat bersama-sama dengan ketua kumpulannya, Draco Malfoy.

Crabbe digambarkan sebagai seorang yang bertubuh besar, dengan tangan seperti gorila, dan mempunyai potongan rambut seperti mangkok puding. Dia adalah seorang yang sangat kejam tetapi juga sangat bodoh, sehingga dia lebih mirip seperti "pengikut" Malfoy berbanding rakannya. Dalam Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix, dia diambil sebagai salah seorang ahli Skuad Penyoalsiasat yang ditubuhkan oleh Profesor Umbridge.

Crabbe merupakan anak Crabbe Sr. yang merupakan Death Eater. Crabbe dan Goyle muncul pernah muncul sebagai ahli baru pasukan Quidditch Slytherin dan bermain sebagai Beater melawan pasukan Quidditch Gryffindor pada tahun kelima mereka di Hogwarts. Setelah Harry menangkap Snitch, dia melepaskan kemarahannya dengan melemparkan Bludger ke belakang Harry yang menyebabkan Harry terjatuh dari penyapunya. Anehnya, dia hanya menerima hukuman ringan iaitu menulis perkataan.

Pada tahun keenamnya, Crabbe bersama dengan Goyle membantu Malfoy melaksanakan misinya di Bilik Keperluan. Buat pertama kalinya, Crabbe bertengkar dengan Malfoy. Ketika Malfoy meninggalkan Hogwarts di akhir penggal, mereka sangat kesepian.

Dalam buku Deathly Hallows, Crabbe berada di pihak Death Eater. Neville menceritakan bahawa dia dan Goyle sangat senang sekali kerana mereka merupakan yang terbaik dalam melakukan Sumpahan Cruciatus di kelas Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam. Neville mengatakan, bahawa saat itu merupakan "buat pertama kali mereka yang terbaik dalam segala hal" . Dalam Peperangan Hogwarts, Crabbe tewas di Bilik Keperluan.

Dalam filem, watak Crabbe dimainkan oleh Jamie Waylett.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.