Hugh Capet dari Perancis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pemerintahan beraja Perancis
– Dinasti Capet
(cabang Capet langsung)
France Ancient.svg

Hugh Capet
Putera-puteri
   Robert II
Robert II
Putera-puteri
   Henry I
   Robert I, Duke Burgundy
Henry I
Putera-puteri
   Philip I
   Hugh, Count Vermandois
Philip I
Putera-puteri
   Louis VI
Louis VI
Putera-puteri
   Louis VII
   Robert I dari Dreux
Louis VII
Putera-puteri
   Mary, Countess Champagne
   Alix
   Marguerite
   Alys, Countess dari Vexin
   Philip II
   Agnes, Raja Permaisuri Constantinople
Philip II
(Philip Augustus)
Putera-puteri
   Louis VIII
Louis VIII
Putera-puteri
   Louis IX
   Robert I, Count Artois
   Alphonse, Count Poitou dan Toulouse
   Isabel dari Perancis
   Charles I dari Anjou dan Sicily
Louis IX
Putera-puteri
   Philip III
   Robert, Count Clermont
   Agnes, Duchess Burgundy
Philip III
Putera-puteri
   Philip IV
   Charles III, Count Valois
   Louis d'Evreux
   Margaret dari Perancis
Philip IV
Putera-puteri
   Louis X
   Philip V
   Isabella dari Perancis
   Charles IV
Louis X
Putera-puteri
   Joan II dari Navarre
   John I
John I
Philip V
Charles IV

Hugh Capet (bahasa Perancis: Hugues Capet) (93824 Oktober 24 996) ialah Raja Perancis dari tahun 987 hingga tahun 996. Capet merupakan nama samaran yang bermaksud "memakai mantel tanpa lengan", tetapi asal nama ini tidak dapat dipastikan.


Biografi ringkas[sunting | sunting sumber]

Dilahirkan di Paris kepada Hugh Agung dan Hedwige dari Saxony, keluarga Hugh Capet adalah berkuasa serta berpengaruh, dan daripada golongan bangsawan Germanik di Perancis. Dua ahli keluarganya telah dipilih sebagai Raja Perancis pada abad ke-9 dan ke-10. Datuk nenek sebelah ayahnya ialah Robert I dari Perancis dan Beatrix dari Vermandois (anak perempuan Herbert I dari Vermandois), manakala datuk nenek sebelah ibunya ialah Henry si Pemburu Burung dan Matilda dari Ringelheim.

Pada tahun 956, Hugh mewarisi harta pusaka ayahnya dan menjadi bangsawan yang paling berkuasa pada masanya. Dari tahun 978 hingga tahun 986, Hugh Capet bersekutu dengan maharaja-maharaja Jerman, Otto II dan Otto III, serta dengan Ketua Biskop Adalberon dari Reims untuk menguasai Lothair, raja Carolingian yang lemah. Menjelang tahun 985, beliau telah menjadi raja tanpa gelaran sahaja. Selepas Lothair dan puterinya mangkat pada awal tahun 987, Adalbero (ketua biskop dari Reims) meyakinkan perhimpunan bangsawan supaya memilih Hugh Capet sebagai raja. Hugh Capet dimahkotai di Noyon, Picardie pada 31 Julai 987, dan merupakan raja pertama dinasti Capet untuk memerintah Perancis.

Hugh Capet memiliki sedikit harta tanah dekat Chartres dan Anjou, dan di antara Paris dan Orleans, baginda memiliki bandar-bandar dan ladang-ladang seluas lebih kurang 400 batu persegi (1,000 km²). Kuasanya terhad kepada kawasan ini sahaja dan jika Hugh Capet berani keluar dari kawasan ini, baginda akan menghadapi bahaya diculik dan ditahan untuk mendapatkan wang tebusan atau juga dibunuh.

Pada tahun 993, biskop dari Laon dan Odo I dari Blois berkomplot untuk menangkap Hugh Capet supaya dibawa dalam tahanan Otto III. Komplot itu gagal, tetapi fakta bahawa tiada sesiapa yang dihukum menggambarkan betapa lemah kuasa Hugh Capet. Di luar asas kuasanya, masih terdapat banyak kanun dan tanah feudal. "Negara" Hugh Capet beroperasi dengan 150 jenis mata wang yang berbeza dan sekurang-kurangnya sedozen bahasa. Menyatukan kesemua ini menjadi satu unit yang padu merupakan satu tugas yang sukar dilaksanakan, dan terdapatnya satu perebutan yang berterusan antara mereka yang memakai mahkota dengan golongan bangsawan feudal. Oleh itu, pemerintahan Hugh Capet mengalami banyak perebutan kuasa dengan negeri-negeri lindungannya di sempadan Seine dan Loire.

Di luar kawasan Hugh Capet, istiadat permasyhuran dan kemudiannya penggulingan Arnulf (anak saudara lelaki kepada duke Lorraine) sebagai ketua biskop untuk Reims mengakibatkan pertikaian antara baginda dan biskop-biskopnya dengan Paus John XV. Pertikaian itu masih tidak dapat diselesaikan pada kemangkatan Hugh Capet dalam tahun 996. Sedangkan kuasa ketenteraan Hugh Capet terhad dan baginda terpaksa meminta bantuan ketenteraan daripada Richard I dari Normandy, pemilihannya sebagai raja dengan undi sebulat suara memberikannya kuasa moral dan pengaruh yang amat besar.

Hugh Capet mangkat pada 24 Oktober 996 di Paris, dan dikebumikan di Gereja Santo Denis. Baginda diwarisi oleh puteranya, Robert II.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Hugh Capet berkahwin dengan Adelaide dari Aquitaine (952-1004), anak perempuan Duke William III dari Aquitaine. Putera-puteri mereka ialah:

Didahului oleh
Hugh Agung
Duke Perancis
956987
Diikuti oleh:
menjadi Raja Perancis
Didahului oleh
Louis V
Raja Perancis
987996
Diikuti oleh:
Robert II