Idris Omar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Idris Omar
Ketua Pembangkang
Dewan Negeri Pahang
Dalam jawatan
1999–2004
Didahului olehLeong Ngah Ngah
Digantikan olehLeong Ngah Ngah
Kawasan pilihan rayaSemantan
Anggota Dewan Undangan Negeri Pahang
untuk Semantan
Dalam jawatan
1999–2004
Didahului olehMohd Sarit Yusoh
Digantikan olehKerusi dibubarkan
Jawatan dalam parti politik
Timbalan Mursyidul Am
Parti Islam Se-Malaysia
Dalam jawatan
1994–2004
PemimpinNik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am
Didahului olehNik Abdul Aziz Nik Mat
Digantikan olehHaron Din
Pesuruhjaya PAS Pahang ke-10
Dalam jawatan
1994–2004
Didahului olehMuhammad Baki Osman
Digantikan olehTuan Ibrahim Tuan Man
Butiran peribadi
LahirIdris bin Omar
(1935-10-18)18 Oktober 1935
Kampung Tebal, Seberang Temerloh, Pahang
Meninggal dunia16 Februari 2024(2024-02-16) (umur 88)
Serdang, Selangor
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia (sejak 1966)

Haji Idris bin Omar ialah seorang pendakwah dan ahli politik di Malaysia. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Negeri Pahang bagi DUN Semantan pada 1999 hingga 2004[1][2].

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Idris dilahirkan pada 18 Oktober 1935 di Kampung Tebal, Seberang Temerloh. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di Pondok Jambu Panji, Kota Bharu dan Pondok Guai. Kedua-duanya di Kelantan. Kemudian beliau meyambung pengajian di Kolej Islam Malaya, Klang sebelum melanjutkan pengajian ke Universiti al-Azhar, Mesir.[3]

Di Universiti al-Azhar, beliau memperolehi ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang keluarga dan sarjana dalam usul fiqh.[3]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau ialah Ketua Pendakwa Syari’e pertama di Bahagian Pendakwaan dan Bahagian Penguatkuasaan di Jabatan Agama Islam Pahang[4][3] dan pernah menganggotai Jawatankuasa Fatwa Pahang.[5] Dalam dunia akademik, beliau pernah berkhidmat sebagai pensyarah, Ketua Jabatan Syariah dan dekan di Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)[5]

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau mula aktif dalam PAS sejak 1966. Beliau pernah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Pahang pada 1999-2004. Selain itu, beliau pernah menjadi Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan dan Yang Dipertua PAS Titiwangsa.[6]

Kerusi yang ditandingi Idris Omar
Tahun Kawasan Nama Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
1999 DUN Semantan, Pahang Idris Omar PAS 6,165 Abdul Malik Ismail BN (UMNO) 4,851 1,314

Anugerah dan pencapaian[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah menerima Anugerah Ummah sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Pahang pada 2019.[7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Bekas Adun PAS Penor meninggal dunia". Berita PAS. 2 Julai 2018. Dicapai pada 15 Februari 2024.
  2. ^ Halim, Izwan Abdul (2021-09-17). "Setengah abad DUPNP di persada perjuangan". Harakahdaily (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-15.
  3. ^ a b c Temerloh, Penerangan Urusan Ulamak (2014-05-26). "penerangan urusan ulamak temerloh: US.HJ.IDRIS OMAR". penerangan urusan ulamak temerloh. Dicapai pada 2024-02-15.
  4. ^ "Mantan Ketua Pendakwa Sharie". Jabatan Pendakwaan Syariah Pahang (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-15.
  5. ^ a b "IDRIS OMAR KETUA PEMBANGKANG DI DUN PAHANG". ris202012.tripod.com. Dicapai pada 2024-02-15.
  6. ^ YUSOF, AZMI (2019-06-19). "Pahang tuan rumah pertama kali setelah 68 tahun PAS ditubuhkan". Harakahdaily (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-16.
  7. ^ "Bekas Timbalan Pengarah JAIP terima Anugerah Daie". Berita Harian. 10 November 2019. Dicapai pada 15 Februari 2024.