Mursyidul Am
Mursyidul Am (Arab: المرشد العام ) merupakan jawatan tertinggi bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Mursyidul Am ialah pengerusi bagi Majlis Syura Ulamak PAS yang merupakan badan tertinggi bagi menentukan dasar parti Islam tersebut[1]. Jawatan ini dimodelkan mengikut jawatan serupa dalam al-ikhwān al-Muslimūn. Jawatan Mursyidul Am sebelum ini pernah disandang oleh Tuan Guru Yusuf Rawa (1987-1995), Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz bin Nik Mat (1995-2015), dan Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din (2015-2016). Kini, jawatan tersebut disandang oleh Tuan Guru Dato' Hj. Hashim Jasin.
Sejarah[sunting | sunting sumber]
Bagi menjamin kepimpinan Ulama di peringkat PAS Pusat, pindaan Perlembagaan PAS telah dibuat dalam Muktamar Tahunan Agung PAS yang ke-29 pada 29 April 1983 bagi menubuhkan Majlis Syura Ulama. Pindaan ini kemudian diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 18 Mac 1987 bagi membolehkan seorang Mursyidul Am dilantik (Perlembagaan PAS, Fasal 7, 1987:4-9) dan Presiden PAS ketika itu, Tuan Guru Yusuf Rawa dipilih sebagai Mursyidul Am PAS yang pertama pada November 1987.
Penyandang jawatan[sunting | sunting sumber]
Nama | Tempoh perkhidmatan | Timbalan Mursyidul Am | Tempoh perkhidmatan | Presiden |
---|---|---|---|---|
Tuan Guru Haji Yusuf Rawa | 1987 - 1992 | Dato' Ustaz Haji Fadzil Mohd Noor (tidak rasmi) | 1987-1989 | Tuan Guru Yusuf Rawa (1987-1989) |
Dato' Ustaz Haji Fadzil Mohd Noor (1989-2002) | ||||
YBhg. Dato' Bentara Setia, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat (tidak rasmi) | 1989-1994 | |||
1992 - 1994 | ||||
Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat | 1992-1994 | |||
YBhg. Dato' Bentara Setia, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat | 1994 - 1997 | Ustaz Idris Omar | 1994-2005 | |
1997 - 2000 | ||||
2000 - 2005 | ||||
2005 - 2010 | Tuan Guru Dato' Dr. Haji Haron Din | 2005-2015 | ||
Tuan Guru Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang (2002-Kini) | ||||
2010 - 2015 | ||||
Tuan Guru Dato' Dr. Haji Haron Din | 2015 - 2016 | YAB Datuk Bentara Kanan, Dato' Haji Ahmad Yakob | 2015-kini | |
Tuan Guru Dato' Haji Hashim Jasin | 2016 - kini |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Riduan Mohamad Nor (Jun 22, 2020). "Sejarah Majlis Syura Ulamak, perjawatan Mursyidul Am". Harakahdaily. Dicapai pada 26 November 2021.