Nik Abdul Aziz Nik Mat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Nik Abdul Aziz Nik Mat

PSM; SJMK (Kelantan); KMN; JP (Kelantan)
نئ عبدالعزيز نئ مت
Menteri Besar Kelantan ke-17
Dalam jawatan
22 Oktober 1990 – 6 Mei 2013
TimbalanMohd Rozali Isohak (1990 hingga 1996)
Abdul Halim Abdul Rahman (1990 hingga 2004)
Ahmad Yakob (2004 hingga 2013)
SultanSultan Ismail Petra
Sultan Muhammad V
Didahului oleh Mohamed Yaacob
Digantikan oleh Ahmad Yakob
Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia
Dalam jawatan
1995–2015
TimbalanHaron Din (2005-2015)
Idris Omar (1995-2005)
Didahului olehYusuf Rawa
Digantikan olehHaron Din
Ketua Dewan Ulamak Parti Islam Se-Malaysia
Dalam jawatan
1968–1995
Didahului olehHussin Rahimi Saman
Digantikan olehHarun Taib
Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan
untuk Chempaka
Dalam jawatan
1995 – 12 Februari 2015
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan oleh Ahmad Fathan Mahmood
Anggota Dewan Undangan Negeri Kelantan
untuk Semut Api
(digantikan dengan Chempaka)
Dalam jawatan
1986–1995
Didahului olehWan Mamat Wan Yusoff
Digantikan olehKonstituensi dimansuh
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Pengkalan Chepa
Dalam jawatan
1974–1986
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan oleh Nik Abdullah Arshad
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Kelantan Hilir
(digantikan dengan Pengkalan Chepa)
Dalam jawatan
1967–1974
Didahului oleh Ahmad Abdullah
Digantikan olehKonstituensi dimansuh
Butiran peribadi
Lahir(1931-01-10)10 Januari 1931
Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan, Tanah Melayu (kini Malaysia)
Meninggal dunia12 Februari 2015(2015-02-12) (umur 84)
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Kg.Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PasanganPuan Sri Datin Hajah Tuan Sabariah binti Tuan Ishak
Anak-anakNik Aini
Nik Omar
Nik Adli
Nik Abdul Rahim
Nik Mohamad Abduh
Nik Adilah
Nik Mohamad Asri
Nik Amani
Nik Amalina
Nik Asma' Salsabila
Ibu bapaNik Mat Raja Banjar
Aminah Abdul Majid
Alma materUniversiti Al-Azhar
AnugerahSenarai
Laman web rasmiBlog Tok Guru

Tuan Guru Tan Sri Dato' Bentara Setia Dato' Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat (Jawi: نئ عبدالعزيز بن نئ مت; 10 Januari 1931 – 12 Februari 2015) merupakan ahli politik Malaysia dan bekas Menteri Besar Kelantan. Imej beliau lebih terserlah sebagai seorang ulama, di samping merupakan Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.[1]

Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia dan disenaraikan dalam buku berjudul The 500 Most Influential Muslims.[2]

Latar belakang

Kehidupan peribadi

Dilahirkan pada hari Sabtu 10 Januari 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, Tuan Sabariah binti Tuan Ishak, mereka dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).

Tuan Guru Nik Aziz sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya.[3] Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.

Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau merupakan seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih dikenali dengan gelaran 'Tuan Guru' atau 'Tok Guru' di kalangan rakyat Malaysia. Ketika masih sihat, beliau aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam solat subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa meter sahaja dari rumahnya.

Pendidikan

Nik Aziz mendapat pendidikan awal dari bapanya sendiri, Tuan Guru Haji Nik Mat Raja Banjar di kediamannya di Pulau Melaka. Beliau memiliki kelulusan dalam bidang Sarjana Perundangan Islam daripada Universiti al-Azhar di Mesir.[4] Ketika belajar, beliau pernah menjadi saksi kepada Perang Arab-Israel.[perlu rujukan]

Beliau juga pernah belajar di:

Beliau juga mampu berkomunikasi selain Bahasa Melayu seperti bahasa Arab, Urdu, Inggeris dan Tamil.[4]

Kerjaya politik

Tuan Guru mula menjadi ahli PAS pada tahun 1967, beliau adalah Mursyidul Am bagi parti tersebut sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 2015. Semenjak tahun 1990, beliau telah memegang tampuk kepimpinan sebagai Menteri Besar Kelantan. Beliau juga adalah seorang ADUN bagi kawasan N.06 Chempaka, Kelantan. Pada pilihan raya ke-11, Nik Aziz menyandang kerusi tersebut setelah mengalahkan Ruhani Mamat (BN) dengan majoriti undi sebanyak 3,694.[5]

Pada pilihan raya umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama. Secara peraturannya, Nik Aziz sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan calon. Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut.[6] Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249.[7]

Beliau bersedia untuk melepaskan jawatan sebagai seorang Menteri Besar selepas pilihan raya yang terbaru ini.[8] Penggantinya itu akan dipilih melalui satu proses undian sulit. Namun jika undian yang dibuat kelak menyaksikan beliau terus dipilih, beliau sedia meneruskan tanggungjawab itu walaupun sudah terbabit dalam politik Pas sejak 42 tahun lalu.[9]

Beliau dituduh mengamalkan kronisme dengan melantik menantunya Ariffahmi sebagai CEO PMBK, tetapi beliau menyatakan perlantikan itu berdasarkan kelayakan pendidikan tinggi dan pengalaman luas dalam bidang kejuruteraan. Ariffahmi akhirnya meletak jawatan.[10][11][12]

Kesihatan

Beliau mempunyai masalah kesihatan jantung, darah tinggi dan gastrik. Pada akhir tahun 2004, beliau dimasukkan ke hospital setelah mendapat serangan sakit jantung.[13] Pada tahun 2007, beliau dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) kerana keletihan.

Beliau sendiri mengakui bahawa kesihatannya semakin terganggu sejak akhir-akhir ini. Namun itu semua tidak menghalangnya untuk terus berbakti kepada masyarakat.

Saya akui pada zahirnya, tubuh saya ada mengalami masalah berkaitan jantung tetapi pemikiran saya masih tajam untuk berfikir dan membuat penilaian atau keputusan.[14]

Persaraan dan kematian

Nik Aziz bersara sebagai Menteri Besar Kelantan pada pilihan raya 2013. PAS telah dipilih semula dan timbalan Nik Aziz, Ahmad Yaakob, mengambil tempatnya. Sepanjang dua tahun yang lalu, Nik Aziz menjadi semakin sakit dengan kanser prostat, dan meninggal dunia pada 12 Februari 2015 (umur 84) pada jam 9.40 pagi. Waktu Piawai Malaysia (UTC+ 08:00); di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu. Keesokan harinya, lebih daripada 10,000 orang menghadiri pengebumian di Masjid Tok Guru, masjid tempatannya.[15] Kematiannya mencetuskan kerusi DUN Kelantan pada pilihan raya kecil Chempaka 2015.[16]

Penulisan Buku

Beliau juga aktif dalam bidang penulisan buku. Antara karya beliau adalah:

  • Kenapa saya tidak masuk Kristian? (Pustaka Aman Press, 1967) [17] [18]
  • Insan, Ingatlah! Sebuah panduan menuju hati yang tenang (Nufair Street Sdn Bhd, 2006) [19]
  • Nik Abdul Aziz Nik Mat (1994). Air Mata di Mahsyar. Dewan Muslimat Sdn Bhd. ISBN 9839103024.

Keputusan pilihan raya

Parlimen Malaysia
Tahun Kerusi Undi Peratusan Pembangkang Undi Peratusan Buang undi Majoriti Keluar
1967 Kelantan Hilir Nik Abdul Aziz Nik Mat (PAS) 11,855 57.97% Tengku Noor Asiah Tengku Ahmad (UMNO) 8,596 42.03% 20,737 3,259 74.84%
1969 Nik Abdul Aziz Nik Mat (PAS) 13,635 60.73% Mohamed Salleh Ibrahim (UMNO) 8,817 39.27% 23,183 4,818 74.64%
1974 Pengkalan Chepa Nik Abdul Aziz Nik Mat (PAS) 13,243 73.88% Umar Ibrahim (IND) 4,682 26.12% 19,278 8,561 62.10%
1978 Nik Abdul Aziz Nik Mat (PAS) 11,897 54.53% Muhammad Noor Ali (UMNO) 9,919 45.47% 1,978
1982 Nik Abdul Aziz Nik Mat (PAS) 16,759 59.48% Hassan Harun (UMNO) 11,417 40.52% 28,907 5,342 78.73%
1986 Bachok Nik Abdul Aziz Nik Mat (PAS) 16,347 49.59% Mohd. Zain Abdullah (HAMIM) 16,617 50.41% 33,627 270 80.08%
Dewan Undangan Negeri Kelantan
Tahun Kerusi Undi Peratusan Lawan Undi Peratusan Buang undi Majoriti Keluar
1986 Semut Api Nik Abdul Aziz Nik Mat (PAS) 6,233 60.36% Hafsah Osman (UMNO) 4,094 39.64% 10,754 2,139 74.97%
1990 Nik Abdul Aziz Nik Mat (PAS) 9,504 79.10% Wan Mat (UMNO) 2,511 20.90% 12,341 6,993 76.22%
1995 Chempaka Nik Abdul Aziz Nik Mat (PAS) 7,851 72.80% Yusuf Isa (UMNO) 2,934 27.20% 11,413 4,917 74.80%
1999 Nik Abdul Aziz Nik Mat (PAS) 8,649 74.48% Ropli Ishak (UMNO) 2,302 19.82% 11,801 6,347 78.26%
2004 Nik Abdul Aziz Nik Mat (PAS) 7,889 65.10% Ruhani Mamat (UMNO) 4,195 34.62% 12,407 3,694 81.47%
2008 Nik Abdul Aziz Nik Mat (PAS) 9,514 64.13% Nik Mohd Zain Omar (UMNO) 5,265 35.49% 15,077 4,249 84.62%
2013 Nik Abdul Aziz Nik Mat (PAS) 12,310 67.92% Wan Razman Wan Abdul Razak (UMNO) 5,810 32.06% 18,360 6,500 85.94%

Anugerah dan pengiktirafan

Darjah dan gelaran kebesaran

Kontroversi

Sanggup berkawan dengan Syaitan[21]

Menjelang PRU 1999, Nik Aziz mengemukakan kiasan “Tak salah berkawan dengan syaitan” untuk menjustifikasikan "perkahwinan" parti PAS dengan DAP.[22] Beliau juga menyifatkan "orang UMNO sama sahaja dengan orang utan". Beliau juga pernah mengeluarkan kenyataan ‘‘Tuhan pun mencarut’’, "Tuhan gedebe", "istikharah", "nak pilih UMNO atau PAS sama dengan istikharah nak zina ke nak kahwin" selain ungkapan UMNO tidak Islam seperti yang sering dikatakannya.[23], [24],[25]

Kalau DAP ikhlas nak bantu PAS, kita terima. Kita usahkan DAP, kalau syaitan nak bantu, bantu pun kita terima.

Bantahan terhadap kerajaan perpaduan

Pada 22 Jun 2009, Nik Aziz menarik balik desakan meletakkan jawatan terhadap Nasharudin Mat Isa berhubung idea kerajaan perpaduan. Pada 19 Jun 2009,beliau mendesak Nasharuddin meletakkan jawatan Timbalan Presiden PAS dan ahli parlimen Bachok.Polemik kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang diputuskan oleh Presiden PAS bersama pimpinan Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di Parlimen yang menolak idea kerajaan perpaduan.[26]

UMNO dan Ayah Pin

Pada 21 Jun 2009, Nik Aziz dalam satu majlis ceramah politik di Manek Urai, Kelantan menyamakan perjuangan UMNO dengan ajaran sesat "Ayah Pin" dan komunis.[27] Baginya itu adalah satu kiasan sahaja dan mengajak Datuk Seri Najib Tun Razak berdebat secara terbuka [28].

Muktamar Khas PAS

Pada 23 Oktober 2009, Mursyidul Am PAS mencadangkan parti itu mengadakan muktamar khas bagi membincangkan isu "dua tiga kerat pemimpin bermasalah", termasuk presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Desakan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu dibuat ekoran kemarahannya terhadap beberapa lagi pemimpin parti, antaranya Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali berhubung isu kerajaan perpaduan.[29],[30]

Dakwa UMNO Parti Murtad[31]

Dalam majlis Muktamar PAS 2012, Nik Aziz mendakwa parti kerajaan, UMNO, sebagai murtad kerana menolak dan memperlekehkan Islam dalam dasar parti itu. Kenyataan Nik Aziz telah dikerat dalam akhbar Utusan bertarikh 19 November 2012.

Bila UMNO buang Islam daripada dasar hidup dia, maka UMNO agama apa? Agama Islam itu al-Quran, bila UMNO tolak Islam, dalam dasar parti maka Kristian ke, Buddha ke atau tidak ada agama?

Timbul masalah murtad. Murtad ini khabarnya orang Kristian, paderi-paderi dia. Saya nak kata tidak, yang jadi orang Melayu murtad ini kerana orang Melayu sendiri perlekeh Islam.

UMNO tolak Islam maka nampak dia memperlekeh Islam, dia buang Islam macam benda sudah habis tempoh, macam ubat sudah habis tempoh, buang.

Tidak kira siapa pun, tidak kira tok guru sekalipun kalau murtad, murtadlah. Usahkan UMNO, tok guru berserban berjanggut kalau dia tolak Islam dia murtad walaupun tiada mufti beritahu, tiada hadis, tapi kalau ia tolak Islam dengan sengaja maka dia murtad.

Kalau serangga pun kita bunuh. Macam nyamuk, pacat, serangga tapi kita racun kita bunuh. Ini menyebabkan akidah, akidah salah bila UMNO tolak Islam, takkan kita nak mulia.

Tak salahlah. Dalam al-Quran sendiri sebut cerita Nabi Noh berdoa. Ya Allah aku berdoa siang malam kata Nabi Noh, dengan secara sulit dengan secara terang aku berdoa tapi orang benci pada aku, tolak aku.

Dia pergi turut orang lain yang harta banyak dan penyokong ramai. Akhirnya Nabi Noh berdoa, ya Allah musnahkan orang itu kalau kamu tidak musnahkan orang ini, dia beranak, anak lawan aku pula, dia cucu, cucu lawan aku pula, maka jangan tinggal seorang pun.

Dalam laman Facebook beliau, Nik Aziz mendakwa rencana akhbar Utusan berkenaan sebagai fitnah besar. Nik Aziz mengemukakan saman ke atas Utusan.

Penerima BR1M Umpama "Haiwan"[32]

Tidak cukup dengan dakwaan UMNO parti murtad. Semasa rakyat menerima bantuan rakyat 1Malaysia (BR1M), Nik Aziz justeru mendakwa penerima bantuan berkenaan sebagai haiwan yang menerima makanan.

Orang yang menawarkan wang kepada orang, sama seperti kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bagi jerami.

“Tapi kalau nak beri Islam, kita nak panggil ayam cakap nak ceramah, mana ayam datang, nak panggil lembu, mana datang, jadi kalau kita beri barang kepada orang, beri RM10, RM50.

“Ini bukan cara Islam, (cara) Islam ialah beri ilmu kepada manusia.

Lihat juga

Bacaan lanjut

  • Nik Aziz antara keharusan mencarut dan berkawan dengan syaitan Diarkibkan 2015-07-13 di Wayback Machine, Wan Zahidi Wan Teh.
  • Kemilau Peribadi Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Shukur Haron & Annual Bakri Haron
  • Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mohd Aizat Mohd Salleh al-Hafiz, PTS Millennia Sdn Bhd, ISBN 139789670142401
  • Pendirian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Anual Bakri Haron, Dian Darulnaim, ISBN 9834019051 /ISBN13: 9789834019051
  • Bicara Ini Demi Ilahi, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Karya Bestari Sdn Bhd, ISBN 139789678604130
  • Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Anbakri Publika, ISBN 139789675249037
  • Kezuhudan Umar Abdul Aziz, Kesederhanaan Nik Abdul Aziz: Dua Tokoh Unik di Dua Zaman, Wan Ji Wan Hussin, Saifulamri M. Hussain, Rijal Media, ISBN 139789675515019
  • Bertemu Janji Allah: Menyingkap Kisah Mashyar yang Menyayat Hati, Nik Abdul Aziz Nik Mat, Anbakri Publika, ISBN 9834374879
  • Tundukkan Hati: Rahsia Keikhlasan Hidup Di Dunia Fana, Nik Abdul Aziz Nik Mat, AnBakri Publika, ISBN 9834374801

Rujukan

  1. ^ "Nik Aziz terima anugerah MB Paling Bersih". Tranungkite.
  2. ^ "Nik Aziz antara 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia". The Malaysian Insider. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-02-13. Dicapai pada 2009-11-22.
  3. ^ "Nik Aziz akui tutup lampu ketika solat di pejabat". HarakahDaily.
  4. ^ a b "Kenali Menteri Besar Anda" (PDF). PAS. 25 Mac 2008. m/s. m/s 3. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-01-27. Dicapai pada 2008-03-30.
  5. ^ "Nik Zain Is Not Afraid Of Nik Aziz". Bernama. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-28. Dicapai pada 2008-03-07.
  6. ^ "Terserlah keperibadian Nik Aziz, minta calon BN 'sign' borang". HarakahDaily.[pautan mati kekal]
  7. ^ "Keputusan Undi DUN Chempaka di akhbar Utusan Malaysia". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-12. Dicapai pada 2021-09-01.
  8. ^ "Pengumuman undur Nik Aziz sarat maslahat politik?". HarakahDaily.
  9. ^ "Tok Guru Mahu Bersara". Pakcik.net.
  10. ^ "PMBK: Menantu Nik Aziz letak jawatan Mac depan". Malaysiakini.
  11. ^ "Nik Aziz pertahan lantik menantu". Malaysiakini.
  12. ^ "Nik Aziz setuju nasihat Ariffahmi letak jawatan". Harakahdaily. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-08. Dicapai pada 2010-10-28.
  13. ^ Tuan Guru Nik Aziz Masuk Hospital, Tranungkite.
  14. ^ Tok Guru Nik Aziz masih dirawat di hospital, Kelantankini.
  15. ^ Lim Sue Goan (14 February 2014). "Pakatan sans Anwar, Nik Aziz". Sin Chew Jit Poh. Dicapai pada 11 March 2015.
  16. ^ "PAS spiritual leader Nik Aziz dies, by-election looms". Malay Mail. 13 February 2015. Dicapai pada 12 February 2015.
  17. ^ http://addienblog.blogspot.com/2015/02/biografi-tuan-guru-nik-abdul-aziz-nik.html
  18. ^ https://books.google.com.my/books/about/Kenapa_saya_tidak_masuk_Kristian.html?id=94phGwAACAAJ&redir_esc=y
  19. ^ Syed Ahmad Fathi. (17 February 2009) Insan, Ingatlah! Sebuah panduan menuju hati yang tenang. Archive.
  20. ^ Lebih 70 bergelar Datuk esok
  21. ^ "Nik Aziz terima bantuan Syaitan"
  22. ^ "Semalam cakap lain, esok cakap lain" Diarkibkan 2015-02-24 di Wayback Machine.
  23. ^ Semalam cakap lain, esok cakap lain’.
  24. ^ "SEMALAM CAKAP LAIN, ESOK CAKAP LAIN". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-19. Dicapai pada 2013-04-20.
  25. ^ "'Semalam cakap lain, esok cakap lain'". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-26. Dicapai pada 2008-02-26.
  26. ^ Rais: Tindakan Nik Aziz minta Nasharuddin letak jawatan tidak wajar
  27. ^ Nik Aziz banding Umno dengan Ayah Pin, al-Arqam.
  28. ^ Kemelut politik: Nik Aziz ajak PM berdebat secara terbuka
  29. ^ [ "Muktamar khas PAS pecat Hadi?", Malaysiakini.com, 23 Oktober 2009.]
  30. ^ "Muktamar khas PAS pecat Hadi?",Malaysiakini.com, 23 Oktober 2009.
  31. ^ "Nik Aziz Dakwa UMNO Murtad" Diarkibkan 2015-06-24 di Wayback Machine - Utusan, 19 November 2012
  32. ^ Penerima Bantuan Umpama Haiwan Diarkibkan 2015-06-27 di Wayback Machine - Utusan, 21 Februari 2013
Sastera

Pautan luar

Jawatan politik
Didahului oleh
Mohamed Yaacob
Menteri Besar Kelantan
22 October 1990 – 6 May 2013
Diikuti oleh:
Ahmad Yakob
Kerusi dewan
Didahului oleh
Ahmad Abdullah
Ahli Parlimen Kelantan Hilir
1967–1974
Diikuti oleh:
Perlembagaan digugurkan
Didahului oleh
Perlembagaan baru
Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
1974–1986
Diikuti oleh:
Nik Abdullah Arshad
Didahului oleh
Perlembagaan baru
Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk Chempaka
1995 – 12 Februari 2015
Diikuti oleh:
Ahmad Fathan Mahmood
Didahului oleh
Wan Mamat Wan Yusof
Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk Semut Api
1986–1995
Diikuti oleh:
Perlembagaan digugurkan
Jawatan parti politik
Didahului oleh
Yusof Rawa
Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia
1991 – 12 Februari 2015
Diikuti oleh:
Haron Din
Didahului oleh
'
Ketua Sayap Ulama Parti Islam Se-Malaysia
1971–1995
Diikuti oleh:
'
Didahului oleh
'
Pesuruhjaya Parti Islam Se-Malaysia Kelantan
1978–2013
Diikuti oleh:
Ahmad Yakob