Perisikan Antara Perkhidmatan
| بین الخدماتی استخبارات | |
Gambaran satelit Ibu Pejabat Perisikan Antara Perkhidmatan di Islamabad, Pakistan | |
| Intisari agensi | |
|---|---|
| Dibentuk | 1 Januari 1948 |
Bidang kuasa | Kerajaan Pakistan |
| Ibu pejabat | Islamabad, Pakistan |
| Moto | خُذُواحِذرُکُم [Quran 4:71] "O you who have believed, be cautious and advance in groups or all together" |
| Kakitangan | Rahsia |
| Belanjawan tahunan | Rahsia |
Eksekutif agensi | |
Agensi induk | Kementerian Pertahanan |
Agensi anak | |
Perisikan Antara Perkhidmatan (Urdu: بین الخدماتی استخبارات,, rumi: bain-al-xidmātī istixbārāt) ialah sebuah agensi perisikan luar negara bagi Pakistan. Ia bertanggungjawab untuk perisikan balas, pengintipan dan pengendalian operasi penyamaran seluruh dunia. Objektif utama agensi tersebut adalah mengumpul dan menganalisis perisikan secara penyamaran dari seluruh dunia yang dilihat relevan kepada keselamatan dan kepentingan negara Pakistan. Agensi tersebut melaporkan kepada pasukan pelaksananya yang diketuai Ketua Pengarah Perisikan Antara Perkhidmatan. Agensi tersebut memfokuskan kepada menyediakan perisikan luar negara kepada Kerajaan Pakistan dan Angkatan Tentera Pakistan. Ia menjadi sebahagian daripada kumpulan perisikan Pakistan.
Agensi tersebut mengandungi pegawai perisikan yang berkhidmat dalam ketenteraan atau awam yang dipinjam daripada tiga perkhidmatan perisikan Angkatan Tentera Pakistan (Darat, Laut, Udara) dan Biro Perisikan, Agensi Perisikan Persekutuan (FIA), dan Jabatan Pencegahan Keganasan (CTD).
Sejak 1971, ia dibentuk secara rasmi yang diketuai oleh seorang panglima berbintang tiga yang berkhidmat dalam Tentera Pakistan, yang dilantik oleh Perdana Menteri Pakistan dengan perbincangan dengan Ketua Staf Tentera, yang mencadangkan tiga orang pegawai untuk jawatan tersebut. Setakat 30 September 2024, agensi tersebut diketuai oleh Lt. Jen. Asim Malik.[1] Ketua Pengarah melaporkan secara langsung kepada kedua-dua Perdana Menteri dan Ketua Staf Tentera.
Biasanya tidak diketahui di luar Pakistan sejak penubuhannya, agensi tersebut mendapat pendedahan dan pengikitrafan antarabangsa pada 1980-an apabila ia menyokong kumpulan mujahidin Afghan menentang Kesatuan Soviet semasa Perang Soviet–Afghan di bekas Republik Demokratik Afghanistan. Sepanjang konflik tersebut, agensi tersebut bekerja dengan penyelarasan rapat dengan Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat dan Perkhidmatan Perisikan Rahsia United Kingdom untuk menjalankan Operasi Siklon, sebuah rancangan untuk melatih dan mendanai mujahidin di Afghanistan dengan sokongan China, Arab Saudi, dan negara orang Islam yang lain.[2][3][4]
Susulan pembubaran Republik Demokratik Afghanistan pada 1992 bersama-sama Kesatuan Soviet, agensi tersebut menyediakan sokongan strategik dan perisikan kepada Taliban menentang Perikatan Utara semasa Perang Saudara Afghan sekitar 1990-an.[5][6][7] Agensi tersebut mempunyai pautan yang kuat dengan kumpulan jihad, terutamanya di Afghanistan dan Kashmir.[8][9][10][11][12][13] Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dalam perakuan julung-julung kali mereka pada 2011 di Mahkamah AS, menyatakan bahawa Perisikan Antara Perkhidmatan (ISI) menaja dan memantau keganasan di Kashmir dengan menyediakan senjata kepada kumpulan pemisah.[12][13]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Siddiqui, Naveed (26 October 2021). "PM Imran appoints Lt Gen Nadeem Anjum as new DG ISI". DAWN.COM.
- ^ Pear, Robert (18 April 1988). "Arming Afghan Guerrillas: A Huge Effort Led by U.S. (Published 1988)". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 July 2021. Dicapai pada 7 February 2021.
- ^ "We created Islamic extremism: Those blaming Islam for ISIS would have supported Osama bin Laden in the '80s". Salon (dalam bahasa Inggeris). 18 November 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 January 2021. Dicapai pada 7 February 2021.
- ^ "9/11 convict: Osama Bin Laden a 'useful idiot' of the CIA". Middle East Monitor (dalam bahasa Inggeris). 22 May 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 December 2020. Dicapai pada 7 February 2021.
- ^ "Rediff.com US edition: India protests airlift of Pakistanis from Kunduz". Diarkibkan daripada yang asal pada 25 May 2020. Dicapai pada 24 December 2018.
- ^ Matt Waldman (June 2010). "The Sun in the Sky: The Relationship between Pakistan's ISI and Afghan Insurgents" (PDF). Crisis States Working Papers. Crisis States Research Centre, London School of Economics and Political Science (series no.2, no. 18): 3. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 26 December 2010. Dicapai pada 16 October 2011.
In the 1980s the ISI was instrumental in supporting seven Sunni Muslim mujahideen groups in their jihad against the Soviets and was the principal conduit of covert US and Saudi funding. It subsequently played a pivotal role in the emergence of the Taliban (Coll 2005:292) and Pakistan provided significant political, financial, military and logistical support to the former Taliban regime in Afghanistan (1996–2001)(Rashid 2001).
- ^ Coll, Steve (2004). Ghost Wars: The Secret History of the CIA, Afghanistan, and Bin Laden, from the Soviet Invasion to 10 September 2001. Penguin Group. m/s. 289–297. ISBN 9781594200076.
Yet ISI's ambition was greater than its purse. Pakistan's army suffered from acute money problems during 1995. The army commanded the lion's share of Pakistan's budget, but with American aid cut over the nuclear issue, there was not much to go around. ... As it had during the 1980s, ISI needed Saudi intelligence, and it needed wealthy Islamist patrons from the Persian Gulf. ... The Pakistanis were advertising the Taliban to the Saudis as an important new force on the Afghan scene. ... The scale of Saudi payments and subsidies to Pakistan's army and intelligence service during the mid-1990s has never been disclosed. Judging by the practices of the previous decade, direct transfers and oil price subsidies to Pakistan's military probably amounted in some years to at least several hundred million dollars. This bilateral support helped ISI build up its proxy jihad forces in both Kashmir and Afghanistan.
- ^ Shah Meer Baloch. "Fear of democracy in Pakistan as ISI gets power over civil service". The Guardian newspaper (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 June 2022. Dicapai pada 2025-06-21.
- ^ Mahmud Ali (9 October 2006). "Pakistan's shadowy secret service, the ISI". BBC News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 January 2008. Dicapai pada 2025-06-21.
- ^ Burke, Jason (2011-04-25). "Guantánamo Bay files: Pakistan's ISI spy service listed as terrorist group". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 2023-02-15.
- ^ Walsh, Declan (2011-05-12). "Whose side is Pakistan's ISI really on?". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 2023-02-15.
- ^ a b "ISI sponsors terror activities in Kashmir, FBI tells US court". Firstpost. 2011-07-21. Dicapai pada 2021-09-22.
- ^ a b "ISI gives arms to Kashmir terrorists: Rana to FBI". Rediff. Dicapai pada 2021-09-22.