Isu pembelian Eurocopter

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pembelian helikopter jenama Eurocopter dari Perancis mengejutkan ramai pihak. Lebih mengejutkan apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim membawa surat dari Kapten (B) Datuk Zahar Ibrahim ke Dewan Rakyat pada 13 September 2008. Bagi menjernihkan keadaan, Kabinet bersetuju supaya Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dipengerusikan Datuk Azmi Khalid memperhalusi isu ini.

Persetujuan pembelian[sunting | sunting sumber]

Pada 17 September 2008 Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan , Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menyerahkan jawatan Menteri Kewangan kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan mengambil alih jawatan Menteri Pertahanan daripada Najib. Abdullah pernah menjadi Menteri Pertahanan dari 1986-1987. [1]

Pada 18 Julai 2007, mesyuarat kabinet Malaysia membuat keputusan untuk membuat perolehan bagi menggantikan pesawat Nuri (S61-A4 Sikorsky), setelah prestasi pesawat Nuri mendapat rungutan ramai pihak. Sejak digunakan 39 tahun lalu, sebanyak 14 buah helikopter Nuri dilaporkan terhempas dan mengorbankan 107 nyawa anggota tentera dan Pasukan Gerakan Am (PGA). Kemalangan terbaru ialah di Genting Sempah 2007.

Pada 10 Okt 2007, Unit Perancang Ekonomi memberikan kelulusan untuk membeli pesawat baru menggantikan Nuri.Satu tender terbuka antarabangsa telah diumumkan pada 7 Nov 2007 bagi membolehkan pembuat, pembekal dan ejen mengambil bahagian dalam tender tersebut.Pada 3 September 2008 , Kementerian Pertahanan telah menerima keputusan dan persetujuan daripada Kementerian Kewangan untuk memilih tender Eurocopter dan kementerian itu mengeluarkan Surat Niat kepada Eurocopter pada 15 Sept 2008.

Bantahan dari Mentari Services Sdn Bhd[sunting | sunting sumber]

Mentari Services diwakili oleh Kapten (B) Datuk Zahar Hashim telah menulis bantahan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak membantah surat hasrat (Letter of Intent - LOI) dikeluarkan kepada Eurocopter Malaysia pada 15 September 2008 sedangkan Abdullah mulai memegang Kementerian Pertahanan pada 17 September 2008 . Zahar Hashim menulis surat bantahan itu pada 7 Oktober 2008 dan dibawa ke Dewan Rakyat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 September 2008.

Menteri Services mewakili syarikat Kelowna Flightcraft Limited dari Kanada tidak diberi penjelasan dan peluang adil dan seimbang. Secara perbandingan , perbezaan harga tawaran Eurocopter amat tinggi berbanding dengan Kelowna Flightcraft iaitu RM865 juta. Kerajaan boleh berjimat RM865 juta jika menggunakan helikopter alternatif.

  • Kelowna menawarkan helikopter Kazan MI-172 untuk diujipandu oleh TUDM tetapi ditolak.
  • Sikorsky menawarkan helikopter S92 untuk diujipandu oleh TUDM juga ditolak. Sikorsky dari Amerika Syarikat.
  • Agusta Westland.

Eurocopter Cougar EC725 berharga RM200 juta sebuah - terlalu mahal untuk TUDM Malaysia. Sepatutnya Caugar EC725 dujipandu terlebih dahulu dan bukan beli berdasarkan kertas brosur semata-mata. Hanya tentera Perancis menggunakan Eurocopter Caugar EC725 , itupun hanya 14 buah sahaja.

Helikopter MI-17 pelbagai versi telah terjual 12,000 buah dan digunakan oleh 60 negara. Helikopter Nuri telah digunakan oleh TUDM selama 40 tahun. Helikopter MI-172 KF telah digunakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sejak 1998 tanpa masalah.

Pembelian ikut prosedur[sunting | sunting sumber]

Pada 17 Oktober 2008, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan , Datuk Abu Bakar Abdullah menegaskan harga yang ditawarkan oleh Eurocopter dalam tender menggantikan pesawat Nuri dibuat secara tender terbuka antarabangsa pada 7 Nov, 2007.

Markah keseluruhan tertinggi diberikan berdasarkan penilaian teknikal dan ofset pada harga munasabah.Eurocopter turut menawarkan sistem yang terbukti dan memenuhi spesifikasi ketenteraan.

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memiliki data teknologi helikopter terkini yang sesuai dengan operasi ketenteraan di Malaysia dan kawasan konflik di serata dunia.Apabila tender terbuka antarabangsa dibuka, satu sesi taklimat diadakan pada 6 Disember 2007 iaitu semasa LIMA 2007.

Surat Kementerian Kewangan bertarikh 4 Februari 2005 menetapkan Dasar dan Garis Panduan Program Countertrade/Offset, yang antara lainnya telah menetapkan perolehan peralatan pertahanan yang bernilai Euro10 juta atau lebih hendaklah mengandungi cadangan dagangan bertimbal/ofset.

Tender terbuka antarabangsa ditutup pada 12 Februari 2008 jam . Pada 12 Februari 2008 , jam 12 tgh Jawatankuasa Membuka dan Menjadual Tender (JMMT) Kementerian Pertahanan telah membuka semua dokumen tawaran yang diterima dengan disaksikan oleh wakil-wakil syarikat yang terlibat.

Terdapat tujuh tawaran yang diterima dan senarai harga tawaran (termasuk penghantaran) seperti berikut :

  1. T521/07/A/006) (Euro 233,345,390) - oleh Eurocopter
  2. T521/07/A/001 (Pound Sterling 341,888,123)
  3. T521/07/A/002 (RM663,189,500)
  4. T521/07/A/003 (Euro 104,632,729)
  5. T521/07/A/004 (ASD 220,496,700)
  6. T521/07/A/005 (ASD 708,305,497)
  7. T521/07/A/007 (ASD 348,178,365).

Jawatankuasa Penilaian Teknikal, Jawatankuasa Penilaiaan Offset dan Jawatankuasa Penilaian Harga membahagikan kepada 3 kumpulan. Rumusan dibentangkan dalam Mesyuarat Lembaga Tender A pada 22 Julai 2008 dan seterusnya diperakukan kepada Kementerian Kewangan pada 4 Ogos 2008.

Pada 3 September 2008, Kementerian Pertahanan telah menerima keputusan dan persetujuan dari Kementerian Kewangan untuk memilih tender Eurocopter .Kementerian Pertahanan mengeluarkan Surat Niat (LOI) kepada Eurocopter pada 15 September 2008. LOI boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dan secara kebetulan LOI untuk Eurocopter dikeluarkan pada 15 September 2008. [2]

Kesesuaian Eurocopter EC725 Caugar[sunting | sunting sumber]

Kementah / TUDM setuju dengan tawaran oleh Eurocopter Malaysia Sdn Bhd untuk menggantikan pesawat Nuri .

Marhalim Abas selaku editor bebas majalah Asian Defence Journal menyenaraikan beberapa kelebihan Eurocopter Cougar EC725 :

  • Eurocopter telah membekalkan helikopter Fennec kepada polis dan tentera laut Malaysia dan syarikat Malaysia Helicopter Services.Sistem penerbangan malam yang setanding dengan tentera udara Perancis amar diperlukan.
  • TUDM memerlukan sekurang-kurangnya 40 buah helikopter bagi menggantikan perkhidmatan Nuri. Helikopter EC725 mungkin diubahsuai untuk menjadi helikopter Combat Search and Rescue (CSAR).

Helikopter ini mempunyai kelajuan dan perlindungan yang boleh diharapkan untuk masuk ke zon pertempuran sebagai helikopter CSAR. EC725 akan terus terbang walaupun peluru berjaya menembusi bahagian enjin dan mengeringkan minyak hidraulik. EC725 merupakan model yang ditingkatkan dari helikopter AS532 Cougar dan membuat penerbangan pertamanya pada tahun 2000 untuk memenuhi keperluan CSAR tentera udara Perancis. EC725 boleh memecut sehingga 324 kilometer sejam dan berupaya membawa 28 tentera tidak termasuk anak kapal.

  • EC725 pernah terlibat dalam Operasi Baliste di Lebanon 2006 iaitu mengeluarkan warga Eropah dari serangan Israel ke atas kedudukan Hezbollah. Perancis juga menggunakannya untuk menentang kganasan di Afghanistan.
  • EC725 akan dilengkapi sama dengan helikopter milik Perancis seperti sistem amaran radar, alat umpan peluru berpandu, meriam 20mm, pelancar roket dan mesingan 7.62mm.Ia juga mempunyai perlindungan dari tembakan mesingan ke atas bahagian penumpang.[3]
  • Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menggunakan helikopter Eurocopter E-C 155 bagi operasi menyelamat (SAR) dan mengesan helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada 15 Julai 2007.

Latar belakang Eurocopter Sdn Bhd[sunting | sunting sumber]

Eurocopter Malaysia merupakan anak syarikat European Aeronautic, Defense and Space (EADS) yang berpangkalan di Perancis, ditubuhkan pada 1992 hasil usahasama Franco-German-Spanish Eurocopter Group.Eurocopter Malaysia Sdn Bhd beroperasi Subang Terminal 2, di Kerteh, Terengganu, Miri dan Kuching, Sarawak. Pengarah Pemasaran dan Strategi Korporat Eurocopter Malaysia ialah Mohamed Raziff Abdul Hamid.

Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (LIMA 2007) di Langkawi , syarikat Eurocopter Malaysia membawa model helikopter terbarunya iaitu EC725 Super Puma . Setakat ini Eurocopter Malaysia menjual 20 pesawat sejak 2003 untuk kegunaan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Panguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan syarikat gas dan minyak.

Khidmat membaiki pesawat secara berjadual dan tidak berjadual, melatih juruterbang dan melakukan pengubahsuaian pesawat mengikut kehendak pelanggan turut disediakan.Pelbagai pesawat dijual seperti jenis Dauphin, Super Puma, Ecureuil, Cougar, Fennec dan Panther.Lebih 80 buah pesawat telah dijual kepada kerajaan Malaysia dan syarikat korporat. [4]

Naib presiden Eurocopter di Asia Tenggara, Philippe Lubrano menyatakan bahawa Eurocopter merupakan syarikat helikopter pertama dunia mendirikan kemudahan penyenggaraan dan sokongan yang lengkap di Terminal 2 Subang dan Kerteh, Terengganu serta Miri dan Kuching, Sarawak. Kemudahan seluas 38,000 kaki persegi di Subang kepada tambahan 30,000 kaki persegi. [5]

Laporan polis oleh SAMM[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Oktiber 2008, Ketua Pemuda Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) Badrul Hisham Shaharin hari ini mengetuai sekumpulan lima orang dari "Sekretariat Anak Muda Malaysia" (SAMM) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini kira-kira 1.30 tengah hari.Mereka menyerahkan kepada Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamed Zulkarnain Abd Rahman dokumen 21 muka surat bagi menyokong dakwaan bahawa Najib terlibat dalam rasuah pembelian kelengkapan tentera.[6]

Pembelian ditangguhkan[sunting | sunting sumber]

Pada 28 Oktober 2008 , Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Pertahanan mengumumkan bahawa kerajaan menangguhkan pembelian helikopter itu yang berharga RM1.679 bilion sehingga keadaan ekonomi dunia stabil. Mungkin pada 2011. [7]

LOI ialah Surat Hasrat, ia hanya hasrat bukan satu tempahan. Hanya berhasrat untuk membelinya. Hanya selepas rundingan mengenai harga dan segala-galanya telah dibuat, setelah anda beri surat hasrat, ambil masa untuk berunding. Kita belum lagi sampai pada peringkat itu.

PAC puas hati[sunting | sunting sumber]

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan penubuhan Suruhanjaya Bebas bagi menyiasat isu pembelian helikopter Eurocopter EC725 Cougar itu.

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) yang dipengerusikan oleh Datuk Azmi Khalid puas hati dengan isu ini kerana menepati prosedur pembelian Kementerian Pertahanan. Sepatutnya Bahagian Teknikal dari Kementerian Pertahanan melakukan pemeriksaan fizikal ke atas 12 helikopter Eurocopter EC725 Cougar .[8] Pada 30 Oktober 2008, mesyuarat PAC ditangguhkan kerana Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) Kewangan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah tidak dapat hadir.[9] Ketua Setiausaha kementerian Pertahanan Datuk Abu Bakar Abdullah dan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jen Tan Sri Azizan Ariffin telah memberi taklimat teknikal pada 29 Oktober 2008 kepada PAC. [10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Eurocopter Dapat Tender Ganti Nuri[pautan mati kekal]
  2. ^ "Pemerolehan Eurocopter Ikut Peraturan, Tidak Dipengaruhi Pihak Lain". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2008-10-17.
  3. ^ Kemasukan EC725 Eurocopter Gandakan Keupayaan CSAR TUDM[pautan mati kekal]
  4. ^ Eurocopter Bawa EC 725 Super Puma Sempena LIMA'07[pautan mati kekal]
  5. ^ Eurocopter Akan Labur RM40 Juta Untuk Kemudahan Di Subang [pautan mati kekal]
  6. ^ "Laporan Polis Dibuat Desak Kertas Siasatan Kes Pembunuhan Altantuya Dibuka Semula". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-07. Dicapai pada 2008-10-22.
  7. ^ Eurocopter Purchase Put On Hold - Abdullah[pautan mati kekal]
  8. ^ PAC clears gov't on Eurocopter deal
  9. ^ "KSU Tidak Hadir, PAC Tangguh Mesyuarat". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2008-11-03.
  10. ^ Tangguh Pembelian Eurocopter Tidak Bermakna Membatalkan, Kata Pengerusi PAC[pautan mati kekal]