Azmi Khalid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berbahagia Tan Sri Haji
Azmi Khalid
D.P.M.P., S.M.P., P.J.K.
AzmiKhalid.jpg
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Dalam jawatan
2006–2008
Digantikan oleh Douglas Uggah Embas
Menteri Dalam Negeri
Dalam jawatan
2004–2006
Digantikan oleh Mohd Radzi Sheikh Ahmad
Menteri Pembangunan Luar Bandar
Dalam jawatan
1999–2004
Didahului oleh Annuar Musa
Digantikan oleh Abdul Aziz Shamsuddin
Ahli Parlimen Padang Besar, Perlis
Didahului oleh Perlembagaan diwujudkan
Digantikan oleh Zahidi Zainul Abidin
Butiran peribadi
Lahir Baseri' @ Azmi bin Khalid
(1940-12-13) 13 Disember 1940 (umur 77)
Perlis, British Malaya (kini Malaysia)
Parti politik Barisan Nasional Logo.svg Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO
Pasangan Yasmin Abdullah (meninggal dunia)
Normala Shamsuddin
Pekerjaan Ahli politik

Tan Sri Dato' Seri Hj Azmi bin Khalid (lahir 13 Disember 1940) merupakan bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar. Selepas pilihan raya umum 2008, beliau menjadi pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Malaysia 2008 di parlimen Malaysia.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Kangar, Perlis, memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera jurusan ekonomi dari Universiti Malaya pada tahun 1965. Selain itu, beliau juga memiliki diploma kepakaran dalam bidang kewangan dan perancangan strategik dari beberapa buah institusi pengajian terkemuka seperti Universiti Kebangsaan Singapura dan Institut Pengajian Sosial di The Hague, Belanda.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau yang mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan, memulakan kkerjaya sebagai Penolong Pegawai Daerah Kuala Selangor sebelum dilantik sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai Penolong Setiausaha, kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Setiausaha sebelum dilantik ke jawatan Pengurus Besar.

Parlimen Padang Besar diwakili oleh Y.B. Tan Sri Dato' Seri Haji Azmi bin Khalid, telah dipilih mewakili Parlimen berkenaan sejak tahun 1995.

Beliau memiliki pengalaman yang luas dalam politik dan telah menjadi ahli UMNO sejak empat dekad yang lalu. Karier politik beliau semakin menyerlah setelah dilantik sebagai Bendahari UMNO Bahagian Kangar pada tahun 1979 sebelum dipilih mengetuai bahagian berkenaan pada tahun 1989.[1]

Penyertaan kali pertama beliau dalam pilihan raya bermula pada tahun 1995 dan berjaya memenangi kerusi Parlimen Padang Besar dengan menewaskan calon daripada parti PAS.ref>"PM unveils new cabinet after election landslide". Sydney Morning Herald. Fairfax Media. 28 March 2004. Dicapai 22 March 2010. </ref>

Ekoran kejayaan berkenaan, beliau diberi kepercayaan memegang jawatan sebagai Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.[2]

Beliau yang juga pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri telah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Luar Bandar selepas berjaya mempertahankan kerusi berkenaan pada pilihanraya tahu 1999.[3]

Pada Pilihan Raya Umum ke-11, beliau berjaya mempertahankan penguasaan Barisan Nasional di Parlimen Padang Besar setelah menewaskan pencabarnya dari parti PAS.

Jawatan politik[sunting | sunting sumber]

Wakil Rakyat[sunting | sunting sumber]

Dalam keputusan pilihan raya 2004 Parlimen Padang Besar , Perlis :

  1. Datuk Azmi Khalid yang mewakili parti Barisan Nasional - UMNO )telah diisytiharkan menang .
  2. Wan Kharizal Wan Khazim dari Parti Islam Se-Malaysia mendapat 9,058

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau yang pernah terpilih sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 2000 telah mendirikan rumahtangga bersama Datin Seri Yasmin Abdullah (meninggal dunia pada 24 Mac 2005) dan dikurniakan empat orang cahaya mata. Pada 25 Ogos 2005, beliau berkahwin dengan personaliti terkenal, Puan Sri Normala Samsudin.[4]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia: Padang Besar, Perlis[5]
Tahun Kerajaan Undi Pct Pembangkang Undi Pct
1995 Azmi Khalid (UMNO) 17,013 66% Hisharudin Hasan (PAS) 6,943 27%
1999 Azmi Khalid (UMNO) 14,386 57% Mohd Anuar Mohd Tahir (PKR) 9,867 38%
2004 Azmi Khalid (UMNO) 18,323 64% Wan Kharizal Wan Khazim (PAS) 9,058 32%
2008 Azmi Khalid (UMNO) 16,991 58% Zolkharnain Abidin (PAS) 11,643 40%

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "A stronger, more confident line-up reflected in the Cabinet". New Straits Times. New Straits Times Press. 11 December 1999. Dicapai 22 March 2010. 
  2. ^ Tan, Joceline (15 February 2006). "PM has eye on the big picture". The Star. Diarkibkan daripada original pada 22 June 2011. Dicapai 22 March 2010. 
  3. ^ "PM breaks away from Cabinet he inherited". AsiaOne. Singapore Press Holdings. 20 March 2008. Dicapai 22 March 2010. 
  4. ^ "Azmi: Normala a blessing". The Star. 13 October 2005. Diarkibkan daripada original pada 11 December 2005. Dicapai 22 March 2010. 
  5. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia]. Diarkibkan daripada original pada 6 September 2011. Dicapai 21 March 2010.  Percentage figures based on total turnout.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Lihat juga (Senarai Majlis Tertinggi UMNO 2000-2003)