Iszuree Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Tuan Iszuree Ibrahim adalah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Di peringkat parti, beliau merupakan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang. Di peringkat kerajaan negeri, beliau merupakan bekas Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Dipecat dari semua jawatan di Pulau Pinang[sunting | sunting sumber]

Pada 27 September 2014, Iszuree Ibrahim dipecat daripada semua jawatan dalam kerajaan tempatan di Pulau Pinang selepas mengkritik projek pembangunan di Pulau Pinang. Ini berikutan ucapan kritikal beliau pada Muktamar PAS 2014. Beliau menerima surat yang ditandatangani oleh setiausaha MPPP Ang Aing Thye . Semua peruntukan untuk beliau daripada majlis itu turut dibekukan tanpa sebarang rundingan , pertanyaan dan perbicaraan lanjut.

Pemecatan itu segera dikritik oleh Pemuda PAS Pulau Pinang yang menyifatkan tindakan itu sebagai pendendam walaupun ia satu kritikan membina. Dalam Facebooknya dia menulis:"Kebebasan suara mati di Pulau Pinang, apa guna Speakers Conner di Padang Kota. Pemerintahan Mao Tze Tong...penuh hasad dan dendam."

Pada 19 September 2014, selaku perwakilan di Muktamar PAS ke-60 di Batu Pahat, Iszuree mempersoalkan tentang pengusiran penduduk kampung tradisional untuk memberi laluan kepada projek-projek pembangunan baru di negeri ini. Pemimpin Pakatan Rakyat kini lebih mesra dengan pemaju berbanding mendengar suara rakyat. Kononnya kerajaan PR Pulau Pinang mempunyai dasar untuk meluluskan sesuatu projek pembangunan yang diduduki oleh setinggan, tambahan lagi ada usaha untuk membina lebih banyak rumah mampu milik.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi menyifatkan penyingkiran Iszuree sebagai “sangat drastik”. Kritikan membina dibalas racun tuba sekali gus merosakkan teladan Khalifah Umar Abdul Aziz yang selalu menjadi rujukan Lim Guan Eng. Lebih tragis, tindakan ke atas Iszuree diambil tanpa sebarang surat tunjuk sebab apatah lagi dipanggil untuk memberi penjelasan.

Kelihatan tindakan DAP mutakhir ini seperti meniru gaya dan pendekatan PAP di Singapura iaitu mengambil "tindak balas" segera terhadap pengkritik mereka dengan menggunakan kuasa yang mereka miliki antaranya memberi tekanan dan menyaman pengkritik mereka. Ia sebagai satu langkah untuk menakut dan menggerunkan pihak yang mahu menegur dan mengkritik. Langkah itu sangat malang untuk Pakatan Rakyat (PR) yang selama ini memperjuangkan demokrasi dan kebebasan bersuara. Tindakan sedemikian seolah-olah kerajaan negeri menaruh dendam terhadap PAS. Seperti tersimpan satu dendam yang hanya menanti detik untuk dilunaskan. Akhirnya Iszuree terpaksa membayar "harga yang tidak sedikit."

Nasrudin juga mempersoalkan kerajaan DAP yang bersikap cuba menyembunyikan sesuatu di sebalik tindakan tersebut. Mungkin kerajaan DAP di Pulau Pinang mahu menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan umum? Nasruddin yakin isu yang dibangkitkan Iszuree berkait isu penempatan, kampung dan tanah umat Islam Pulau Pinang ada asas dan faktanya yang sangat jelas. [1]

Nasruddin meminta agar Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Mujahid Yusof Rawa campur tangan dalam isu tersebut demi kepentingan umat Islam. Contohnya 102 unit rumah sewaan di Kampung Selut, Georgetown berkeluasan 4.8 hektar yang menjadi sasaran pembangunan . Sejak 1962 lagi penduduk kampung itu memohon dijadikan perkampungan tersusun . Penduduknya kini berjumlah 2000 orang. Nenek moyang mereka menetap di sana sejak 1850 lagi. Jabatan Audit Negara pernah membangkitkan hal itu.[2]

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng enggan mengulas lanjut tentang tanah kampung Melayu Pulau Pinang itu. Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dato Mohd Rashid Hasnon patut mempertimbangkan tuntutan dan hak penduduk demi memelihara warisan tanah Melayu.

Iszuree pula menjelaskan bahawa kandungan ucapannya berdasarkan kepada memorandum yang dihantar Biro Tanah PAS Pulau Pinang, yang beliau pengerusikan, kepada Lim Guan Eng pada bulan Julai 2014. Ucapannya menggesa agar semua negeri yang ditadbir kerajaan PR perlu menghentikan sikap “menutup sebelah mata” terhadap isu bandar, terutama di Pulau Pinang di mana pembangunan dengan kelas menjejaskan penduduk tempatan yang tinggal di kawasan berkenaan sejak lebih 20 tahun. Kampung yang didiami umat Islam dan bukan Islam berdepan tindakan pengusiran dan menjadi mangsa di mahkamah. Oleh itu patut ada polisi baru sebagai kaedah yang boleh diambil kerajaan PR untuk prosedur standard operasi terhadap mana-mana perancangan pembangunan yang menjejaskan kewujudan penduduk tempatan.[3]

Sebenarnya beliau ulang semula apa yang terkandung dalam memorandum Pas Pulau Pinang yang diserahkan sendiri Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Mohamad Sabu kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada majlis berbuka puasa anjuran Pas negeri Julai 2014.Banyak kampung tradisional lain menjadi kerakusan pemaju seperti Kampung Selut, Kampung Ceti dan Kampung Mutiara Polisi perumahan kerajaan Pulau Pinang tidak memihak kepada penduduk.Tawaran wang pampasan yang diputuskan oleh mahkamah biasanya tidak setimpal. Jadi lebih baik kiranya wang pampasan diganti dengan rumah. Jangan gunapakai polisi perumahan BN. [4] [5] Jika dibangunkan, nama asal kampung akan hilang, kariah umat Islam tidak wujud, masjid kosong dan sekaligus kampung Melayu di bandar akan pupus.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]