Markas rantau dan wilayah laut Kriegsmarine

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Markas rantau dan wilayah laut adalah pentadbiran pesisir rasmi bagi Kriegsmarine Jerman Nazi semasa Perang Dunia II. Pentadbiran pesisir Kriegsmarine dibahagikan kepada 4 markas rantau utama, yang secara bergilir-gilir menjadi subordinat kepada operasi para panglima Markas Kumpulan yang memerintah semua angkatan laut dan pantai di dalam kawasan geografi tertentu.[1] Di dalam setiap rantau tentera terdapat beberapa wilayah subordinat yang bertanggungjawab bagi semua kegiatan tentera laut pantai di kawasan tanggungjawab mereka, yang paling ketara ialah di banyak pelabuhan Jerman dari taklukan Eropah.

Markas rantau tentera laut[sunting | sunting sumber]

Markas rantau tentera laut (Marineoberkommando) ialah markas pesisir paling utama dalam kawasan geografi yang tertentu dan menjadi subordinat kepada para panglima Markas Kumpulan Tentera Laut. Sejumlah 4 rantau tentera ditubuhkan di taklukan Eropah semasa Perang Dunia Kedua. Timbalan panglima, dikenali sebagai "2. Admiral" (Laksamana 2) memerintah unit staf dan mengawasi hal ehwal pentadbiran serantau. Secara khusus, timbalan panglima markas rantau mengawasi Schiffs–Stamm-Abteilung (Jabatan Pentadbiran Kapal) yang menjadi penghubung bagi markas pelabuhan dan juga bertugas sebagai pihak berkuasa utama bagi anggota yang sedang transit atau ditempatkan di garison pantai tentera. Bagi mereka yang kekal ditugaskan ke jabatan kapal, sebuah pasukan subordinat Schiffs–Stamm-Regiment diwujudkan sebagai markas perantara.[2]

Pasukan subordinat utama lain bagi markas serantau ialah Befehlshaber der Sicherung (Panglima Keselamatan), Inspektion des Schiffsmaschinewesens (Inpektorat Kejuruteraan Kapal), Artilleriearsenalinspektionen (Inspektorat gudang senjata dan artileri), dan Sanitätsamt der Marinestation (Jabatan Kesihatan). Sebuah detasmen semboyan serantau (Marine–Nachrichten–Abteilung) juga diwujudkan bagi menyelaras arahan dan perutusan antara pelbagai markas subordinat.

Semua rantau ketenteraan ditugaskan dengan sebuah unit tempur pesisir tentera laut. Biasanya unit ini dikenali sebagai Marine–Schützen–Bataillon; sebuah formasi yang lebih besar dikenali sebagai Marine–Bordflak–Brigade juga wujud. Unit kejuruteraan dan jurutera tentera laut dimasukkan kedalam Marine–Festungspionier–Bataillon. Markas serantau juga bertanggungjawab bagi operasi semua penjara tentera laut. Kem tawanan perang tentera laut berada dibawah bidang kuasa pegawai kanan yang dikenali sebagai Kommandantur des Marine–Kriegsgefangenen– und Interniertenlagers.

Semua rantau ketenteraan terus mengekalkan jabatan undang-undang dan pasukan wartawan perang (Marinekriegsberichterkompanie). Semua pusat kemasukan dan rekrut beroperasi melalui sebuah pejabat yang dipanggil Marine–Abrechnungs– und Vorprüfungsamt manakala Dienststelle für Eignungsprüfung mengurus peperiksaan sijil bagi laskar. Setiap rantau tentera laut juga memiliki bahagian perumahan tentera, dikenali sebagai Abwicklungsamt.

Markas Rantau Laut Utara (Marineoberkommando Nordsee)[sunting | sunting sumber]

Senarai panglima (Kommandierender Admiral)

Markas Rantau Laut Baltik (Marineoberkommando Ostsee)[sunting | sunting sumber]

Senarai panglima

Markas Rantau Laut Selatan (Marineoberkommando Süd)[sunting | sunting sumber]

Senarai panglima

Markas Rantau Laut Norway (Marineoberkommando Norwegen)[sunting | sunting sumber]

Senarai panglima

Markas wilayah tentera laut[sunting | sunting sumber]

Markas wilayah laut adalah angkatan operasi langsung bagi semua unit-unit pesisir Kriegsmarine dan ditugaskan dengan kawasan tanggungjawab pantai serta markas operasi setiap flotila kapal selam atau kapal yang ditugaskan secara tetap (walaupun bersifat pentadbiran, unit ini berada dibawah berbagai panglima kapal). Kebanyakan markas wilayah laut juga mengekalkan sebuah unit ibupejabat staf, unit semboyan, pasukan wartawan perang, serta klinik perubatan.

Wilayah laut adalah subordinat pengoperasian kepada Panglima Kumpulan Tentera Laut dan disusun mengikut kawasan geografi atau negara taklukan. "Admiral Deutsche Bucht" beribupejabat di Wilhelmshaven dan memerintah pelabuhan-pelabuhan Jerman di sepanjang Laut Utara. "Admiral z.b.V. Südost" memimpin jalan air pedalaman, unit sungai, dan beribupejabat di Traunstein.

Perancis dan Negara-Negara Pamah[sunting | sunting sumber]

Senarai Panglima Tentera Laut di Perancis (Kommandierender Admiral Frankreich)

Tiga wilayah tentera laut di Perancis telah ditubuhkan pada hujung tahun 1942 apabila Jerman menakluki keseluruhan negara Perancis (Kes Anton):

  • Admiral Atlantikküste (Barat Perancis)
  • Admiral Kanalküste (Selat Inggeris)
  • Admiral französischen Südküste (Selatan Perancis)

Sebuah wilayah khas tentera laut juga di tubuhkan bagi Bandaraya Paris dan dikenali sebagai Höheres Kommando der Marinedienststellen in Groß-Paris (Ibupejabat Angkatan Laut di Kawasan Paris Raya).

Kelengkapan-kelengkapan pelabuhan Jerman di jajahan Belgium tidak pernah dijadikan sebuah pusat pemerintahan bebas dan telah menjadi subordinat kepada markas rantau dan wilayah ketenteraan yang lain. Badan berkuasa pantai di negara Belanda pada asalnya adalah pegawai subordinat kepada Admiral West (Laksamana Barat) dan dikenali sebagai Marinebefehlshaber in den Niederlanden (Panglima Tentera Laut di Belanda). Pada Februari 1943, jawatan ini dinamakan semula Kommandierender Admiral in den Niederlanden dan pada Februari 1945 jawatan ini dimansuhkan selepas tentera Jerman berundur dari Belanda.

Denmark dan Norway[sunting | sunting sumber]

Wilayah Ketenteraan Laut Baltik[sunting | sunting sumber]

Wilayah Ketenteraan Laut Utara dan Laut Hitam[sunting | sunting sumber]

Wilayah Ketenteraan Laut Aegean dan Laut Adriatik[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lohmann W. & Hildebrand H., Die Deutsche Kriegsmarine, Verlag Hans-Henning Podzun, Bad Nauheim (1956)
  2. ^ Goerlitz, Walter. History of the German General Staff, 1657-1945. Boulder and London: Westview Press (1985)