Conrad Albrecht

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Conrad Albrecht
Bundesarchiv Bild 102-09531, Konteradmiral zur See Albrecht.jpg
Kelahiran(1880-10-07)7 Oktober 1880
Bremen
Meninggal dunia18 Ogos 1969(1969-08-18) (umur 88)
Hamburg
Kesetiaan Empayar Jerman (hingga 1918)
 Republik Weimar (hingga 1933)
 Jerman Nazi
PerkhidmatanBendera tentera laut Empayar Jerman Kaiserliche Marine
Bendera tentera laut Republik Weimar Reichsmarine
Bendera tentera laut Jerman Nazi Kriegsmarine
Tahun perkhidmatan1899–1939
PangkatGeneraladmiral
ArahanMarinegruppenbefehlshaber Ost
PertempuranPerang Dunia I
Perang Dunia II
AnugerahOrder of the Red Eagle

Conrad Albrecht (7 Oktober 1880 di Bremen – 18 Ogos 1969 di Hamburg) adalah seorang Laksamana Jerman semasa Perang Dunia II.

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Albrecht memasuki Kaiserliche Marine (Tentera Laut Imperial Jerman) pada 10 April 1899 sebagai Seekadett. Beliau menjalani latihan asas di atas kapal SMS Stosch. Pada Mac 1909 beliau telah dinaikkan pangkat ke Kapitänleutnant. Dengan meletusnya Perang Dunia I beliau menjadi Ketua flotila bot torpedo di Flanders. Pada Oktober 1916 beliau telah dinaikkan pangkat ke Korvettenkapitän. Pada Januari 1917 beliau menjadi Ketua Zerstörer-Flotille Flandern, kekal di jawatan itu sehingga 31 Oktober 1918.

Kerjaya tentera[sunting | sunting sumber]

Albrecht berkhidmat dalam staf Marinestation der Ostsee (Stesen Marin Laut Baltik) sehingga 12 Mac 1920. Pada September 1920 beliau mengambil alih pemerintahan Flotila Kapal Penyapu Ranjau Laut Baltik dan kemudian, sehingga 27 Mac 1923, Flotila I. Beliau telah dinaikkan pangkat ke Fregattenkapitän pada 28 Mac 1923 dan menjadi Komandan Gudang Senjata Kiel. Pada 1 Mei 1925 beliau dinaikkan pangkat ke Kapitän zur See dan telah tugaskan ke Stesen Marin Laut Baltik sebagai Ketua Staf. Pada Disember 1928 beliau menjadi Marineoffizierspersonalabteilung (pegawai staf pentadbiran tentera laut) di Markas Tentera Laut. Beliau dinaikkan ke Konteradmiral pada 1 April 1930 dan pada 29 September Albrecht dinamakan Panglima Angkatan Peninjau Tentera Laut.

Pada 1 Oktober 1932 beliau mendapat pangkat Vizeadmiral dan dilantik Ketua Stesen Marin Laut Baltik. Bertugas di jawatan itu sehingga 4 Julai 1935; pada 1 Disember 1935 Albrecht dinaikkan pangkat ke Admiral dan menjadi Panglima Wilayah Laut Baltik. Pada April 1939 beliau mendapat pangkat berprestij Generaladmiral; salah satu daripada 11 orang sahaja. Beliau memimpin operasi Kriegsmarine semasa Pencerobohan Poland sebagai Panglima Kumpulan Tentera Laut Timur (Marinegruppenbefehlshaber Ost).[1] Beliau bersara pada 31 Disember 1939.

Tarikh kenaikkan pangkat[sunting | sunting sumber]

Anugerah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Haar, Geirr H. The Gathering Storm 47.
  2. ^ a b c Marinekabinett (Hrsg.): Rangliste der Kaiserlich Deutschen Marine. E.S. Mittler & Sohn, Berlin 1914, S. 132.
  3. ^ a b c d e f Reichswehrministerium (Hrsg.): Rangliste der Deutschen Reichsmarine. E.S. Mittler & Sohn, Berlin 1929, S. 39.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]