Jata negara Sepanyol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rekaan terkini jata negara Sepanyol sejak tahun 1983.

Jata negara Sepanyol (Bahasa Sepanyol: Escudo de España) tertera pada bendera Sepanyol dan digunakan oleh kerajaan negara tersebut, parlimen ia, Mahkamah-Mahkamah Perlembagaan dan Agung serta institusi penting lain dalam negara ini. Rekaan ia terdiri daripada penggabungan jata-jata negeri dan kerajaan terdahulu yang dimasukkan lalu meluaskan negara Sepanyol itu sendiri.

Komponen[sunting | sunting sumber]

Perisai[sunting | sunting sumber]

Arms of Castile.svg Kerajaan Castilla - sebuah istana (Bahasa Sepanyol: castilla atau castillo) kuning berbidang merah
Arms of León- Coat of Arms of Spain Template.svg Kerajaan León - seekor singa (Bahasa Sepanyol: león) ungu bermahkota
Arms of the Former Crown of Aragon-Coat of Arms of Spain Template.svg Kerajaan Aragon
Arms of Navarre-Coat of Arms of Spain Template.svg Kerajaan Navarra - dipercayai memperingati Pertempuran Las Navas de Tolosa in 1212 di mana pasukan pimpinan Sancho VII berjaya menumpaskan askar hamba (digambarkan rantai-rantai) upahan Sultan kerajaan Muwahhidun Muhammad An-Nasir lalu berjaya menerobosi kubu baginda - batu zamrud di tengah merupakan harta paling berharga ditawan pasukan Sancho.
Arms of Granada- Coat of Arms of Spain Template.svg Kerajaan Granada - buah delima (Bahasa Sepanyol: granada atau granado)

Mahkota[sunting | sunting sumber]

Mahkota yang besar terletak pada perisai jata merupakan Mahkota Diraja (La Corona Real) yang merupakan alat kebesaran diraja Sepanyol melambangkan kebesaran penguasa tersebut.

Tiang[sunting | sunting sumber]

Dua-dua tiang ini melambangkan Selat Gibraltar yang didampingi puncak gunung Calpe Mons (nama purba Batu Gibraltar) di sebelah utara dan Abila Mons yang merujuk sama ada Monte Hacho di Ceuta atau Jebel Musa di Maghribi.[1] Kedua-dua puncak ini diberi gelaran "Tiang Hercules" (Bahasa Latin: Columnae Herculis, Bahasa Sepanyol: Columnas de Hércules, Bahasa Inggeris: Pillars of Hercules).

Tiang-tiang tersebut dililit suatu reben yang bertulis cogan kata rasmi Sepanyol, Plus Ultra - ungkapan bahasa Latin bermaksud "Lagi ke hadapan", mahkota kecil mirip yang dipakai Raja Charles I turut menghiasi tiang-tiang ini.

Sejarah rekaan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Strabo summarizes the dispute in Geographia 3.5.5.
  • Centro de Estudios Políticos y Constitucionales, Símbolos de España (Madrid, 2000).
  • Hubert De Vries, Wapens van de Nederlanden (Amsterdam, 1995).

Pautan luar[sunting | sunting sumber]