Jay Chou

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Jay Chou
Jay Chou in Seoul.jpg
Jay Chou di tayangan perdana "Secret" di Seoul, Korea Selatan, 10 Januari 2008
Nama Cina周杰倫 (Tradisional)
PinyinZhōu Jiélún (Mandarin)
AsalRepublik China (Taiwan)
Nama lainPresident Chou (周董)
PekerjaanPenyanyi, pemuzik, komposer, penerbit rakaman, rapper, pengarah filem, dan pelakon
Jenis muzikMandopop, R&B, hip hop, pop rap, C-pop,rock
Alat muzikPiano, Cello, Guitar, Dram, Guzheng, Harmonika, Violin,Erhu, Pipa, gitar bass, gitar elektrik
Syarikat rakamanSony BMG Asia, Alfa Music, JVR Music
Tahun aktif2000–kini
DipengaruhiNan Quan Mama
Laman web rasmijay2u.com
jvrmusic.com

Jay Chou (Cina Tradisional: 周杰倫; Cina Ringkas: 周杰伦; pinyin: Zhōu Jiélún; Wade-Giles: Chou Chieh-lun) (lahir 18 Januari 1979) ialah seorang pemusik, penyanyi, penerbit, pelakon dan pengarah asal Taiwan. Pada tahun 1998, beliau mula menaikkan namanya dengan mempersembahkan kemahiran bermain piano dan penggubahan lagu dalam pertandingan bakat. Dalam masa dua tahun seterusnya, beliau diambil untuk menulis lagu untuk penyanyi-penyanyi Cina terkemuka. Anak seni yang pernah berlatih muzik klasikal ini menggabungkan gaya-gaya musik Cina dan Barat untuk menghasilkan lagu-lagu yang menggabungkan genre-genre R&B, rock, dan pop, meliputi hal ehwal seperti masalah rumahtangga, peperangan, dan pembandaran.

Pada tahun 2000, Chou mengeluarkan album sulungnya berjudul Jay di bawah naungan syarikat rakaman Alfa Music. Semenjak itu, beliau telah menghasilkan satu album setahun, setiap satunya berjaya menjual beberapa juta salinan. Karyanya disambut hangat di seluruh benua Asia, khususnya di negara-negara China, Jepun, Hong Kong, Malaysia, Indonesia, Singapura, Vietnam, Taiwan, dan di komuniti Cina seberang laut, serta meraih lebih 20 anugerah setiap tahun. Beliau telah menjual sebanyak 25 juta album di seluruh dunia. Pada tahun 2007, nama beliau memasuki senarai 50 tokoh paling berpengaruh di China oleh Chatham House di UK. Beliau membintangi filem Initial D (2005) yang mana beliau menggondol anugerah Pelakon Lelaki Baru Terbaik di Pesta Filem dan Anugerah Kuda Emas, dan juga dicalonkan untuk anugerah Pelakon Pembantu Terbaik di Anugerah Filem Hong Kong atas lakonannya di filem Curse of the Golden Flower (2006). Kerjayanya kini ditambah dengan tugas mengarah filem dan mengendali syarikat rakaman sendiri, iaitu JVR Music.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ (Cina) Pejabat Penerangan Kerajaan (R.O.C.) Winners of the 13th Golden Melody Awards. 28 April 2004. Dicapai pada 11 Disember 2007.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Official
Lyrics
Fansites
Other