Jenayah maritim di Perairan Pengerang
Jenayah maritim di Perairan Pengerang semakin meningkat semenjak APMM ditubuhkan bagi memantau perairan Johor terutama di perairan Pengerang.
Perairan Pengerang
[sunting | sunting sumber]Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Tan Sri Joseph Kurup mahu jenayah maritim di perairan Pengerang diselesaikan secara tuntas. Perairan Pengerang dekat dengan beberapa buah pulau milik Indonesia seperti pulau Natuna, Pulau Batam, Karimun dan Bintan.Pantai Pengerang luas, panjang dan agak sunyi dari perhatian penduduk. Kawasan perkampungan nelayan ini menjadi 'lubuk' bagi kapal asing seja puluhan tahun . Denda dan kompaun di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 dan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 terlalu ringan berbanding dengan di Singapura. .[1]
Pasukan petugas khas Jabatan Alam Sekitar (DOE) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia mendapati perairan Pengerang terdedah kepada jenayah maritim seperti :
- Penyeludupan barangan seperti rokok
- Tumpahan minyak
- Pembersihan kapal tidak berlesen.
- Membuang sisal pepejal
- Memindahkan minyak secara haram oleh kapal asing
- Laluan penting sindiket penyeludupan manusia dari Malaysia ke Indonesia dan terus ke Australia.Terdapat 15 "lorong tikus" di pesisiran pantai Pengerang digunakan sindiket penyeludupan manusia untuk membawa masuk pendatang asing tanpa izin itu ke negara ini atau keluar.
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) mendapati perairan Pengerang menjadi lokasi pemindahan minyak haram dari kapal ke kapal. Pengarah Operasi APMM Wilayah Selatan Kapten Mohd Zubil Mohd Som menyatakan Unit Udara APMM ditubuhkan bagi mengesan jenayah maritim ini.
Kronologi jenayah maritim
[sunting | sunting sumber]- 28 April 2009 enam warga Pakistan mati lemas selepas bot yang dinaiki mereka tenggelam di perairan Pengerang. Mereka dalam perjalanan ke Pulau Batam untuk mendapatkan suaka di Australia.
- 12 Mei 2009, lapan pendatang asing tanpa izin warga Indonesia, termasuk kanak-kanak terkorban selepas bot yang mereka naiki untuk ke Pulau Batam karam di perairan Pengerang.
- Pada 28 Jun 2009, bot tunda (ponton) Cathay 15 berdaftar di Singapura ditahan APMM kerana membawa 3,000 tan pasir sungai bernilai kira-kira RM20,000 di perairan Tanjung Surat, Kota Tinggi. Ketua Penguat Kuasa APMM Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Che Hassan Jusoh menyatakan pasir sungai itu hendak dieksport ke Singapura. Maklumat orang ramai memberitahu bahawa kapal itu dari hulu Sungai Johor berdekatan ladang Nam Heng, Kota Tinggi. Bot Penggalang 2 APMM berjaya menahan bot tunda itu. Kanun Tanah Negara 1965 menetapkan kapal itu mesti mempunyai permit sah. Jika sabit kesalahan akan didenda RM50,000 atau penjara sehingga lima tahun.[2]
- 9 November 2009, kapal yang ditahan ialah M.T Suwito (Jakarta), M.T Antago 5 (San Lorenzo, Honduras), Her Chang ([La Paz]], Bolivia) dan Antago Power (San Lorenzo, Honduras) kerana berhimpit-himpit bagi pemindahan minyak di di kedudukan 3.8 batu nautika di tenggara Tanjung Stapa. Kapal Eastern Hill tidak memiliki sebarang dokumen. 16 beg minyak kotor dalam kapal M.T Suwito disyaki melakukan aktiviti pembersihan tangki secara haram. Kesalahan lain ialah gagal memaklumkan ketibaan di perairan itu dan gagal membayar dius api. Ada 20 kelasi warga Indonesia dan dua warga India . Sebuah lagi kapal yang ditahan iaitu Eastern Hill
- 29 Disember 2009, kapten bot tunda Marina Valor, 1.5 batu nautika selatan Tanjung Bulat di Pengerang ditahan kerana memberi rasuah kepada APMM. SGD$200 dirasuah kepada Leftenan Mahmad Faizal Ahmad sebagai habuan bagi melepaskan beliau daripada ditahan. Kapten warga Indonesia itu diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut.[3]
- 2 Januari 2010, kapal M.T Royal Salute (Honduras) dan M.T Ai Maru melakukan pemindahan minyak jenis Marine Fuel Oil (MFO) melebihi 700,000 liter di sekitar di perairan Tanjung Stapa, Pengerang, Kota Tinggi dan Tanjung Piai, Pontian. [4]
- 4 Januari 2010, MT Atago Power (Honduras) dan kapal MV Thigayu (Thailand) telah ditahan oleh APMM.
- 12 Januari 2010, kapal MV Marine Force (Tarawa, Kiribati) dan MV Ayu Permata (Indonesia) ditahan kerana pemindahan minyak di perairan Pengerang.
- 17 Januari 2010, kapal MT Rimba (Korea) dan MT Sea Goddess (Tarawa) ditahan kerana kerana pemindahan minyak secara haram di tenggara Tanjung Kapal, Pengerang.
- 18 Januari, 2010, dua buah kapal dengan 10 anak kapal ditahan APMM kerana memindahkan 280 kampit sisa pepejal dan 80 ton cecair kumbahan di perairan Pengerang.[5]
- Pada 26 Januari 2010, helikopter Dauphin APMM mendapati kapal MT Eastern Star dan MT Marida Marguerite. Krew kapal terbabit kelihatan tergesa-gesa mencabut hos minyak yang telah disambung. Kapal MT Eastern Star yang berdaftar di Tarawa, Kiribati dan kapal MT Marida Marguerite yang berdaftar di Majuro, Republik Marshall tidak mempunyai dokumen untuk melakukan pemindahan minyak, walaupun telah membayar cukai rumah api. Jenayah ini dilakukan pada 2.5 batu nautika selatan Tanjung Kapal, Pengerang. Kapten dan jurutera kapal dibawa ke ibu pejabat APMM Wilayah Selatan di Johor Baharu untuk menjawab siasatan.[6]
- Pada 21 Februari 2010, jam 2.55 pagi, APMM sekali lagi menahan kapal MT Eastern Star dan kapal penerima minyak MT Gas Eurasia di kedudukan 3 batu nautika selatan Tanjung Stapa, Kota Tinggi. MT Eastern Star berdaftar di di Tarawa, Kiribati pernah ditahan pada 25 Januari 2010 dan 12 Februari 2010. MT Gas Eurasia berdaftar di Bangkok, Thailand. Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim Tanjung Sedili Komander Maritim Abd Hadib Abdul Wahab yang mengetuai operasi itu menyatakan kedua-dua kapal itu tiada dokumen kebenaran dari Pengarah Jabatan Laut untuk melakukan aktiviti pemindahan minyak dari kapal ke kapal.[7]
- Pada 16 Mac 2010, jam 11.40 pagi, Unit Udara APMM telah mengesan dua kapal tangki, MT Sakthi dan MT Napa 1 disyaki sedang memindahkan minyak apabila hos minyak kapal berkenaan didapati bersambung antara satu sama lain semasa dihampiri kira-kira 2.5 batu nautika Tenggara Tanjung Stapa. Unit Udara APMM menghubungi bot kilat APMM yang berhampiran dengan lokasi untuk pemeriksaan. Selepas pemeriksaan lanjut, didapati MT Sakthi sedang memindahkan 30,000 liter minyak jenis Marine Fuel Oil (MFO) ke MT Napa 1 tanpa kebenaran pihak berkuasa. Kedua-dua kapal tangki tersebut didaftarkan di Singapura.[8]
- Pada 26 Mac 2010, jam 10.50 malam, Kapal APMM KM Mulia telah mengesan dua kapal tangki, MT Maple dan MT Sea Hawk dalam kedudukan berhimpit antara satu sama lain, disyaki sedang melakukan pemudahan minyak secara haram dari kapal ke kapal kira-kira 2.5 batu nautika Selatan Tanjung Stapa. Hasil pemeriksaan lanjut, kedua-dua kapten kapal gagal mempamerkan dokumen atau kebenaran untuk melakukan aktiviti tersebut. Dianggarkan kira-kira 50,000 liter minyak jenis Marine Fuel oil (MFO) telah dipindahkan dari MT Maple ke MT Sea Hawk. MT Maple didaftarkan di Basseterre Saint & Kitts and Nevis dan MT Sea Hawk didaftarkan di Singapura. Kedua-dua kapal dimiliki oleh syarikat yang sama berpangkalan di Singapura.[9]
- Pada 24 Mei 2010, jam 3.30 pagi, Kapal APMM KM Manjung telah mengesan dua buah kapal dalam keadaan mencurigakan berhimpit anatara satu sama lain, disyaki sedang melakukan pemindahan minyak secara haram kira-kira 2.1 batu nautika dari Tanjung Ayam. Hasil pemeriksaan mendapati kapal MT Atami Maru dan MT petrolemix 09 gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran atau permit untuk melaksanakan aktiviti pemindahan minyak jenis Marine Fuel Oil tersebut. MT Atami Maru didaftarkan di San Lorenzo, Honduras dan MT Petrolemix 09 didaftarkan di Vietnam.[10]
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melancarkan "Ops Merpati" untuk menangani kemasukan pendatang asing tanpa izin di daratan Pengerang.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Kawasan perairan Pengerang perlu kawalan ketat: APMM
- ^ [1][pautan mati kekal]
- ^ Kapten Bot Asing Ditahan Cuba Rasuah Anggota APMM
- ^ Perairan Pengerang, Tanjung Piai 'lubuk' pesalah maritim
- ^ DOE Tingkatkan Operasi Bersama APMM Di Perairan Pengerang
- ^ APMM Kerah Unit Udara Pantau Perairan Pengerang APMM Kerah Unit Udara Pantau Perairan Pengerang
- ^ Kapal Asing Ditahan Kerana Pindah Minyak Ke Kapal Lain
- ^ Unit Udara APMM Gagalkan Aktiviti Pindah Minyak Di Pengerang
- ^ Singaporeans Ship Seized
- ^ Dua Kapal Asing Ditahan Pindah Minyak Secara Haram[pautan mati kekal]