Jimmy Shanley

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Azmy@Jimmy Shanley Norjahan Saleh atau lebih dikenali sebagai Jimmy Shanley merupakan berdarah kacukan Melayu-Australia. Dilahirkan pada 13 Julai 1980 di Ipoh, Perak.

Beliau mendapat pendidikan Chartered Institute of Transport United Kingdom (Business Administration), merupakan penyanyi, pengacara dan akauntan.

Pernah menganggotai kumpulan Trez sebelum dipanggil untuk ujibakat pengacara, tiga hari sebelum menduduki peperiksaan. Diberi tanggungjawab mengendalikan rancangan Trek Selebiriti sehingga 53 episod, dan juga bertugas sebagai akauntan.

Perkahwinan dan rentetannya[sunting | sunting sumber]

Jimmy dan Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimy telah mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2010 di kediaman keluarga perempuan di Sunway Rahman Putera, Sungai Buloh. Mas kahwin sebanyak RM31,186 yang diambil bersempena tarikh lahir Nursuhaila pada 31 Januari 1986 . Kedua-dua mereka mula tinggal berasingan sejak 21 Oktober 2010, iaitu 20 hari selepas bernikah. Selepas berkahwin, mereka menetap sekejap di Putra Heights, Subang Jaya. Selepas berkahwin mereka berbulan madu di Koh Samui, Thailand. Hasil perkahwinan itum mereka mendapat anak perempuan bernama Zahrah Shanley.[1]

Jimmy memfailkan perintah kembali taat terhadap isterinya pada 3 Januari 2011 diikuti permohonan nusyuz pada 27 Januari 2011 di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam . Prosiding di hadapan Hakim Syarie, Saharudin Selamat. [2] Jimmy Shanley menafikan cuba menyindir ibu mertuanya, usahawan Datin Muniroh Kassim dalam episod terbaru drama bersiri Tanah Kubur yang ditayangkan di Astro Oasis. Watak gigolo dan 'Datin Iroh' itu mengikut skrip yang dihasilkan syarikat produksi Opera Klasik Sdn Bhd, Rashid Sibir.[3]


Pada Oktober 2012, akhirnya mereka berdua bercerai secara khuluk (tebus talak) sebanyak RM1 di Mahkamah Rendah Syariah Subang. Mereka berdua setuju bercerai talak satu bain sughro (talak yang tidak boleh rujuk kembali kepada perkahwinan asal melainkan dengan pernikahan yang baharu walaupun isterinya dalam idah) di hadapan Hakim Syarie Abd Halim Abu Samah. Nursuhaila selaku plaintif bersetuju menggugurkan hak tuntutan nafkah edah, mutaah, tertunggak serta hutang. Tuntutan hadanah iaitu hak jagaan anak yang difailkan Jimmy di Mahkamah Tinggi Syariah Shah alam akan diteruskan untuk perbicaraan.Anak perempuan pasangan itu, Zahrah Rania Shanley yang kini berusia setahun berada di bawah jagaan ibunya, namun Jimmy diberikan hak untuk melawat bila-bila masa.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]