Pergi ke kandungan

Rashid Sibir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Abdul Rashid Sibir (lahir 1967) merupakan seorang pengarah televisyen dan filem Malaysia.

Rashid Sibir
Kelahiran
Abdul Rashid bin Sibir

1967 (umur 58–59)
Sungai Nibong, Semerah, Batu Pahat, Johor, Malaysia
PekerjaanPengarah, penerbit, pelakon, penulis lirik
Tahun aktif1992–kini
PasanganNurulhuda Azizi (k. 2007)
Anak-anak4
SaudaraEnot (anak saudara)

Beliau digelar Pengarah Air Mata kerana Rashid cukup dikenali sebagai pengarah yang berjaya menyentuh hati penonton dengan kisah-kisah sedih dalam dramanya.

Beliau dilahirkan di Sungai Nibong, Semerah, Batu Pahat, Johor pada tahun 1967. Beliau mula mendapat perhatian ramai sewaktu menghasilkan drama bersiri Mat Despatch. Drama yang diterbitkan oleh Berjaya Filem itu telah disiarkan oleh RTM dari 1998 hingga 2002.

Pengarah yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Penyiaran) dari UiTM ini, merupakan anak ke-11 daripada 13 beradik.

Filem pertama arahan Rashid ialah Sutera Putih. Filem itu telah mengangkatnya sebagai Pengarah Harapan pada Festival Filem Malaysia pada 1997. Persinggahan Abadi lakonan Susan Lankester dan Shaharuddin Thamby merupakan drama pertama arahan Rashid pada 1993.

Pada 31 Mac 2007, beliau semasa berumur 40 tahun menamatkan zaman bujang dengan berkahwin dengan Nurulhuda Azizi, 26 di USJ, Subang Jaya, Selangor. Mereka sekarang ada empat anak iaitu Ainul Mardhia Rashid, Aliff Firdaus Rashid, Iskandar Zulkarnaen Rashid dan Adam Muhammad Rashid.[1]

Tema dan gaya

[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan drama yang diarahnya lebih cenderung kepada tema kemasyarakatan yang mencukupi tema kemiskinan, kasih sayang dan kematian yang dapat membuat penonton berfikir.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Catatan
Pengarah Penulis skrip
1992 Wanita Bertudung Hitam Ya Tidak Juga sebagai penolong pengarah
1996 Sutera Putih Ya Tidak Filem arahan pertama
2001 Putih Ya Tidak
2003 Laila Isabella Ya Ya
2004 Cinta Luar Biasa Ya Ya
2013 Awan Dania The Movie Ya Ya
2022 Tilam Perca Ya Ya

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
1994 Ratu Jamu TV3 Telefilem arahan pertama
Pengantin Popular
1996 Putih Gaun Pengantin
2000 Pondok Buruk Astro Ria
2002 Nur Fitri TV3
Cik Mala Janda Berhias
Rumah Di Tengah Sawah
2003 Sekeras Kerikil
Pondok Buruk 2 Astro Ria
2004 Titik-titik Noda
Quran Buruk
Tanah Kubur
2005 Bahulu Hangus
2006 Ustaz Sufi TV1
Bertaut Di Jabal Rahmah
Takbir Suci Astro Ria
Ketupat Daun Kering TV2
2007 Wali Astro Ria
Liang Lahad
Tikar Buruk
Selimut Putih TV3
Cahaya Hati
Pelita Buluh
2008 Al-Kausar Astro Ria
Takbir Suci 2
Ombak Laut China Selatan
2009 Titian Siratulmustaqim TV3
Sebuah Keranda Kayu Astro Prima
Takbir Terakhir
Jantung Ini Bukan Milikku TV3
Sepat Ronggeng
D'Debab Raya Astro Ria
Hantu Raya
Pulangkan...
2010 Mak Pengantin Tak Popular
Madu Sorok TV3
Serapuh Arang
Pintu Taubat
Bukan Ini Pintaku Astro Ria
Takbir Suci 3
2011 Hati Seorang Ibu Astro Prima
Mak Andam Semah
Nur Iman TV3
2015 Seteguh Hati Rabiatul Adawiah Astro Prima
Jalil
Hujan Pagi
Harus Terpisah
Jalan Singkat Ke Syurga Astro Oasis
2016 Mati Tunggu Sekejap
Songket Pak Andam TV9
2017 Balasan Dosa Astro Citra
The Berlian Job
2018 3 Bahadol Astro Warna
Datin Glam TV3
Pendosa Ingin Ke Syurga
Abang Kandung
2019 Malam Tahlil Suhaila Balik Astro Citra
Syawal Untuk Semah TV3
2020 Mak...Nak Peluk Boleh
Tanah Kubur Astro Citra
2021 Ayat Dari Langit
Tanah Kubur Peneman
Tanah Kubur Hati Hitam
2022 Tanah Kubur Fitnah Akhir Zaman
Terbuka Pintu Syurga Astro Ria
Menantu Atau Isteri Untuk Abah
2023 Mistik Bilik Mayat TV AlHijrah
Quran Pondok Buruk Astro Ria Sudin; sebagai pelakon
2025 Pimpinku Ke Jannah TV AlHijrah
Tanda Kiriman Tuhan
2026 Dia Bukan Syurga Raya Astro Ria
Tahun Tajuk Saluran TV Catatan
1993 Persinggahan Abadi TV1 Drama arahan pertama
1996 Nadia TV3
1998–2002 Mat Despatch TV1
2002 Maya Mira TV3
2003 Kutub Utara Kutub Selatan TV1
Kutub Utara Kutub Selatan 2
2004 Salina TV3
Dalam Hati Ada Cinta Astro Ria
2005 Dalam Hati Ada Cinta 2
Salina 2 TV3
Inspirion
2006–2007 Mitosastras
2007 Datin Diaries
2008 Di Alam Lain Astro Prima
2009 Kasih Tercipta
Aliff Firdaus TV3
Keliwon
Keliwon 2
2010 Ulek Mayang
2010–2011 Mistik Alam Hitam Astro Ria & Astro Prima
2011 Terowong TV3
Deru Ombak Astro Prima
2011–2023 Tanah Kubur Astro Oasis
2013 Surat Dari Langit Biru TV3
2014 Masihkah Ada Cinta
2015 Dhia Sofea
Sayap Jibril Astro Oasis
2018 Tok Adi
Gerak Khas (Musim 19) TV2 Episod: "Kilau Kota"
Mencari Qiblat TV3
Misteri Jenazah Astro Prima
Cerita Dalam Kain
Lelaki Kiriman Tuhan Astro Oasis
2019 Rindu Yang Terlarang Astro Ria
2020 Jujurlah Nikahi Aku
Bidadari Kiriman Tuhan Astro Oasis
2021 Diva Popular Awesome TV
Diva Popular 2
Bila Syaitan Berbisik Astro Ria
2022 Sepi Tanpa Cinta Sooka
2025 Dia Bukan Syurga Astro Ria
2025–2026 Setiaku Berdiri Astro Prima

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]