The Silence of the Lambs (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
The Silence of the Lambs
The Silence of the Lambs poster.jpg
PengarahJonathan Demme
PenerbitEdward Saxon
Kenneth Utt
Ron Bozman
Lakon layar olehTed Tally
BerdasarkanThe Silence of the Lambs oleh
Thomas Harris
Dibintangi olehJodie Foster
Anthony Hopkins
Scott Glenn
Ted Levine
Anthony Heald
Muzik olehHoward Shore
SinematografiTak Fujimoto
Disunting olehCraig McKay
Syarikat
penerbitan
Strong Heart/Demme Productions
PengedarOrion Pictures
Mula ditayangkan
14 Februari 1991
Tempoh tayangan
118 minit[1]
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Perbelanjaan$19 juta[2]
Pecah panggung$272.7 juta[2]

The Silence of the Lambs ialah sebuah filem thriller dan psikologi seram Amerika Syarikat tahun 1991 diarahkan oleh Jonathan Demme. Filem ini dibintangi Jodie Foster, Anthony Hopkins dan Scott Glenn. Ia adalah berdasarkan novel tahun 1988 oleh Thomas Harris dengan nama yang sama. Di dalam filem ini, Clarice Starling, seorang pelatih muda FBI meminta nasihat daripada Dr. Lecter yang dipenjara untuk menangkap seorang lagi pembunuh bersiri yang dikenali sebagai "Buffalo Bill".

The Silence of the Lambs ditayangkan pada 14 Februari 1991 dan mengutip $272.7 juta di seluruh dunia berbanding bajet produksi sebanyak $19 juta. Ia merupakan filem ketiga selepas It Happened One Night dan One Flew Over the Cuckoo's Nest untuk memenangi Anugerah Akademi dalam kesemua lima kategori utama: Filem Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pengarah Terbaik dan Lakon Layar Adaptasi Terbaik. Ia juga merupakan pemenang Filem Terbaik pertama yang dianggap sebagai filem seram dan yang ketiga untuk dicalonkan dalam kategori itu selepas The Exorcist pada tahun 1973 dan Jaws pada tahun 1975.[3] Filem ini dianggap sebagai "budaya, sejarah atau estetika" yang penting oleh Perpustakaan Kongres dan dipilih untuk pemeliharaan dalam Daftar Filem Kebangsaan pada tahun 2011.[4]

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Produksi[sunting | sunting sumber]

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

The Silence of the Lambs adalah berdasarkan novel tahun 1988 dengan nama yang sama oleh Thomas Harris dan merupakan filem kedua untuk menampilkan karakter Hannibal Lecter selepas filem tahun 1986, Manhunter. Sebelum novel ini dikeluarkan, Orion Pictures bekerjasama dengan Gene Hackman untuk membawa novel ke skrin besar. Dengan Hackman dijadual mengarah dan kemungkinan membintangi sebagai Lecter, rundingan telah dibuat untuk membahagikan kos hak $500,000 diantara Hackman dan studio.[5] Selain mendapatkan hak untuk novel ini, penerbit juga perlu mendapatkan hak untuk nama "Hannibal Lecter" yang dimiliki oleh penerbit Manhunter, Dino De Laurentiis. Disebabkan kegagalan kewangan filem yang lebih sebelumnya, De Laurentiis meminjamkan hak karakter ini kepada Orion Pictures secara percuma.[6]

Pada bulan November 1987, Ted Tally dibawa masuk untuk menulis adaptasi;[7] Ketika Tally berada pada pertengahan draf pertama, Hackman menarik diri dari projek ini. Walau bagaimanapun, pengasas Orion Pictures, Mike Medavoy meyakinkan Tally untuk terus menulis manakala studio itu sendiri akan membiaya dan mencari pengganti pengarah.[8] Orion Pictures kemudiannya meminta Jonathan Demme untuk menerajui projek. Walaupun lakon layar belum selesai, Demme menyertai selepas membaca novel.[9]

Pemilihan pelakon[sunting | sunting sumber]

Jodie Foster berminat untuk melakonkan watak Clarice Starling selepas membaca novel. Walaupun Foster baru sahaja memenangi Anugerah Akademi untuk lakonannya dalam filem 1988, The Accused, Demme tidak berasa bahawa beliau sesuai untuk peranan tersebut.[10][11] Selepas sebelum ini bekerjasama dalam Married to the Mob, pilihan pertama Demme untuk watak Starling adalah Michelle Pfeiffer yang menolak tawaran ini.[12] Disebabkan itu, Foster diberi watak ini kerana minat beliau terhadap karakter tersebut.[13]

Untuk watak Dr. Hannibal Lecter, Demme pada asalnya mendekati Sean Connery. Selepas pelakon itu menolak tawaran, Anthony Hopkins ditawarkan peranan ini.[14] Pelakon-pelakon lain yang dipertimbangkan untuk watak ini termasuk Derek Jacobi dan Daniel Day-Lewis.[15] Scott Glenn dipilih untuk watak Jack Crawford, seorang ejen Unit Sains Tingkah Laku FBI di Quantico, Virginia.

Penggambaran[sunting | sunting sumber]

Fotografi utama untuk The Silence of the Lambs bermula pada 15 November 1989 dan selesai pada 1 Mac 1990.[16] Penggambaran mengambil tempat terutamanya di dan sekitar Pittsburgh, Pennsylvania dengan beberapa babak mengambil tempat di utara Virginia Barat.[17] Babak dalaman di rumah Buffalo Bill dirakam di Layton, Pennsylvania.[18] Bahagian dalam Western Center berdekatann Canonsburg, Pennsylvania berperanan sebagai latar untuk Hospital Negeri Baltimore.[19] FBI membenarkan babak untuk dirakam di Akademi FBI yang terletak di Quantico.[20][21]

Muzik[sunting | sunting sumber]

Skor muzik untuk The Silence of the Lambs dicipta oleh Howard Shore yang juga bekerjasama dengan Demme untuk Philadelphia. Direkodkan di Munich semasa musim panas tahun 1990, skor muzik ini dipersembahkan oleh Munich Symphony Orchestra.[22] Sebuah album runut bunyi dikeluarkan oleh MCA Records pada 5 Februari 1991.[23] Muzik daripada filem ini kemudiannya digunakan dalam trailer untuk filem sekuel, Hannibal.[24]

Tayangan[sunting | sunting sumber]

The Silence of the Lambs ditayangkan pada 14 Februari 1991 dan mengutip $13,766,814 semasa minggu pembukaan. Mengatasi bajetnya sendiri selepas satu minggu, filem ini terbukti merupakan satu kejayaan besar box office. Ketika ia ditutup pada 10 Oktober 1991, filem ini mengutip $130,742,922 di peringkat domestik dengan jumlah kutipan terkumpul seluruh dunia sebanyak $272,742,922.[25] Filem ini merupakan filem dengan kutipan keempat tertinggi pada tahun 1991.[26]

Penerimaan kritis[sunting | sunting sumber]

The Silence of the Lambs adalah sebuah filem yang mencapai kejayaan tidak dijangka. Ia menerima kejayaan meluas dan pujian kritis.[27] Hopkins, Foster dan Levine menerima pujian meluas untuk lakonan mereka. Laman web Rotten Tomatoes memberikan filem ini rating 95% berdasarkan ulasan daripada 73 pengkritik filem dengan purata rating 8.5 daripada 10.[28] Laman web Metacritic memberikan filem ini skor 84 daripada 100, berdasarkan 17 ulasan daripada pengkritik utama, menunjukkan "penerimaan universal".[29]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Filem ini memenangi lima kategori utama di Anugerah Akademi: Filem Terbaik, Pengarah Terbaik (Demme), Pelakon Lelaki Terbaik (Hopkins), Pelakon Wanita Terbaik (Foster) dan Lakon Layar Adaptasi Terbaik (Ted Tally).[30] Ia juga dicalonkan untuk Adunan Bunyi Terbaik (Tom Fleischman dan Christopher Newman) dan Suntingan Filem Terbaik tetapi tewas kepada Terminator 2: Judgment Day dan JFK.[31] Pada tahun 1998, filem ini disenaraikan sebagai salah satu daripada 100 filem terbaik dalam tempoh 100 tahun yang lepas oleh Institut Filem Amerika.[32]

Anugerah Kategori Penerima Keputusan
Anugerah Akademi ke-64 Pelakon Lelaki Terbaik Anthony Hopkins Menang
Pelakon Wanita Terbaik Jodie Foster Menang
Lakon Layar Adaptasi Terbaik Ted Tally Menang
Pengarah Terbaik Jonathan Demme Menang
Filem Terbaik Edward Saxon, Kenneth Utt, Ron Bozman Menang
Suntingan Filem Terbaik Craig McKay Dicalonkan
Adunan Bunyi Terbaik Tom Fleischman, Christopher Newman Dicalonkan
Anugerah Golden Globe ke-49 Pelakon Wanita Terbaik dalam Filem – Drama Jodie Foster Menang
Pelakon Lelaki Terbaik – Filem Drama Anthony Hopkins Dicalonkan
Pengarah Terbaik Jonathan Demme Dicalonkan
Filem Terbaik – Drama Kenneth Utt Dicalonkan
Lakon Layar Terbaik Ted Tally Dicalonkan
Anugerah BAFTA ke-45 Pelakon Lelaki Terbaik dalam Peranan Utama Anthony Hopkins Menang
Pelakon Wanita Terbaik dalam Peranan Utama Jodie Foster Menang
Lakon Layar Adaptasi Terbaik Ted Tally Dicalonkan
Sinematografi Terbaik Tak Fujimoto Dicalonkan
Arahan Terbaik Jonathan Demme Dicalonkan
Suntingan Terbaik Craig McKay Dicalonkan
Filem Terbaik Ron Bozman, Edward Saxon, Kenneth Utt Dicalonkan
Muzik Filem Terbaik Howard Shore Dicalonkan
Bunyi Terbaik Skip Lievsay, Christopher Newman, Tom Fleischman Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "The Silence of the Lambs". British Board of Film Classification. Dicapai September 20, 2013. 
  2. ^ a b "The Silence of the Lambs (1991)". Box Office Mojo. Dicapai November 30, 2014. 
  3. ^ "15 Facts About 'The Silence of the Lambs' You Didn't Know". Hollywood.com. Dicapai 12 September 2015. 
  4. ^ "Silence of the Lambs added to U.S. film archive". BBC. 28 Disember 2011. Dicapai 28 Disember 2011. 
  5. ^ Tiech, John (June 20, 2012). Pittsburgh Film History: On Set in the Steel City. Stroud, Gloucestershire: The History Press. m/s. 63. ISBN 1-60949-709-0. Dicapai March 13, 2014. 
  6. ^ Bernstein, Jill (Februari 8, 2001). "How Ridley Scott's Hannibal came to be made". The Guardian. Guardian Media Group. Dicapai Mac 13, 2014. 
  7. ^ Medavoy, Mike (June 25, 2013). You're Only as Good as Your Next One: 100 Great Films, 100 Good Films, and 100 for Which I Should Be Shot (edisi Reprint). New York City: Atria Books. m/s. 183. Dicapai Mac 13, 2014. 
  8. ^ Engel, Joel (Februari 12, 2013). Screenwriters on Screen-Writing: The Best in the Business Discuss Their Craft (edisi Kindle). New York City: Hyperion Books. Dicapai Mac 13, 2014. 
  9. ^ Kapsis, Robert E. (December 19, 2008). Jonathan Demme: Interviews (Conversations With Filmmakers Series). Jackson, Mississippi: University Press of Mississippi. m/s. 71–75. ISBN 1-60473-118-4. Dicapai Mac 13, 2014. 
  10. ^ "The Total Film Interview – Jodie Foster". Total Film. Future Publishing. Disember 1, 2005. Dicapai Mac 14, 2014. 
  11. ^ Davis, Cindy (Februari 27, 2012). "Mindhole Blowers: 20 Facts About The Silence of the Lambs That Might Make You Crave a Nice Chianti". Pajiba. Dicapai Mac 14, 2014. 
  12. ^ The Barbara Walters Special, American Broadcast Company, 1992
  13. ^ Maslin, Janet (Februari 19, 1991). "How to Film a Gory Story With Restraint". The New York Times. The New York Times Company. Dicapai Mac 14, 2014. 
  14. ^ Odam, Matthew (Oktober 26, 2013). "AFF panel wrap: Jonathan Demme in conversation with Paul Thomas Anderson". Austin American-Statesman. Cox Media Group. Dicapai Mac 15, 2014. 
  15. ^ Lang, Brent (September 11, 2013). "Derek Jacobi, Daniel Day-Lewis Almost Played Hannibal Lecter in 'Silence of the Lambs'". The Wrap. Dicapai April 8, 2014. 
  16. ^ "The Silence of the Lambs (1991) – Miscellaneous Notes". Leonard Maltin's Classic Movie Guide. Turner Classic Movies. Dicapai Mac 11, 2014. 
  17. ^ "City lands good share of movies". The Vindicator. 10 Disember 1995. Dicapai 30 Disember 2011. 
  18. ^ "'Silence of the Lambs' House Can't Find a Buyer". New York Times. Januari 12, 2016. Dicapai 2016-01-12. 
  19. ^ Kirsch, Tom. "Western Center – Abandoned Photography". Opacity. Dicapai Mac 11, 2014. 
  20. ^ Edwards, Carl N. (Januari 2, 2001). Responsibilities and Dispensations: Behavior, Science, & American Justice. Dover, Massachusetts: Four Oaks Press. m/s. 132. ISBN 0-9705128-8-0. Dicapai 15 Mac 2014. 
  21. ^ Lurie, Rod (Jun 1991). "Dr. Lecter Will See You Now". Empire Magazine. Dicapai 24 Julai 2014. 
  22. ^ "Howard Shore – The Silence Of The Lambs (The Original Motion Picture Score)". Discogs. Zink Media, Inc. Dicapai Mac 11, 2014. 
  23. ^ "Filmtracks: The Silence of the Lambs (Howard Shore)". Filmtracks.com. November 24, 2009. Dicapai Mac 11, 2014. 
  24. ^ "Trailer Music: Hannibal (2001)". Soundtrack.net. Autotelics, LLC. Dicapai Mac 11, 2014. 
  25. ^ "The Silence of the Lambs". Box Office Mojo. 
  26. ^ "1991 Yearly Box Office Results". Box Office Mojo. Dicapai September 21, 2012. 
  27. ^ Collins, Jim (1992). Film Theory Goes to the Movies. Routledge. m/s. 35. ISBN 0-415-90576-1. 
  28. ^ "The Silence of the Lambs – Rotten Tomatoes". Rotten Tomatoes. Flixster. Dicapai Disember 28, 2015. 
  29. ^ "The Silence of the Lambs Reviews". CBS Interactive]. Metacritic. Dicapai Mac 11, 2014. 
  30. ^ Pristin, Terry (Mac 31, 1992). "'Silence of the Lambs' Sweeps 5 Major Oscars". Los Angeles Times. Tribune Company. Dicapai Mac 15, 2014. 
  31. ^ "The 64th Academy Awards (1992) Nominees and Winners". oscars.org. Dicapai 2011-10-22. 
  32. ^ AFI's 100 Years... 100 Movies Accessed 14 March 2007. Diarkibkan Mac 5, 2007 di Wayback Machine

Pautan luar[sunting | sunting sumber]