Abdul Zamin bin Abdul Kadir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Joe Wings)
Lompat ke: pandu arah, cari
Abdul Zamin bin Abdul Kadir
Nama lahir Abdul Zamin Abdul Kadir
Juga dikenali sebagai Joe Wings
Berasal dari Muar, Johor Malaysia Malaysia
Genre Rock & Blues
Pekerjaan Pemuzik, Komposer, Penerbit Album, Pelakon, Penyanyi
Instrumen Gitar
Tahun aktif 1986 hingga kini.
Label Fly Wings sdn.bhd


Abdul Zamin bin Abdul Kadir atau lebih dikenali sebagai Joe Wings @ Jo Branko merupakan seorang pemain gitar utama Kumpulan Wings, penerbit album, pemuzik undangan, pencipta lagu, penulis lirik, pengarah muzik, juri, pelakon dan penyanyi di Malaysia. Beliau pernah menyertai kumpulan Scandals dan kini bersama dengan Kumpulan Wings, Malaysia dan Kumpulan Prime Domistic.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Joe Wings telah dilahirkan pada 8hb Oktober 1969 di Muar, Johor Darul Takzim. Beliau sudah mendirikan rumahtangga bersama Rozalinda Gulam Rasul dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Tara, Aish dan Yafa.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan pemuzik sepenuh masa dan pernah juga terjun ke bidang lakonan serta pernah menjadi pelakon utama dalam filem "Putera", filem "Amelia" dan filem "Superstar". Selain itu beliau juga merupakan seorang penerbit album rock yang telah menaikkan nama kumpulan Slash, Def Gab-C, Kristal, Double line serta beberapa nama lain. Beliau juga pernah mencuba sebagai seorang penyanyi dan lagu pertama nyanyian beliau ialah dalam album Wings- Orang Asing iaitu lagu yang berjudul "Lupakanlah". Lagu kedua nyanyian beliau ialah Asmara - album Biru Mata Hitamku, lagu ketiga ialah Puisi Aidilfitri duet bersama Mus, lagu ke empat Amelia Mawar Berduri dan lagu kelima Joe menyanyikan semula lagu ranjang mawar lagu ini tiada dalam mana-mana album Wings. Lagu ini Joe nyanyi dalam filem Amelia. Beliau juga merupakan penyanyi latar untuk kumpulan Wings.

Axology[sunting | sunting sumber]

  • Hamer Custom Reverse Headstock
  • Killer KG Prime Original
  • Schecter Hellraiser Lefty
  • Gibson Les Paul Custom
  • Fender Telecaster Lefty USA
  • Taylor Accoustic
  • Maestro Ej-1, Ed 12-1 Accoustic
  • Boss PS2 Digital Pitch Shifter / Delay
  • Boss CE2B Bass Chorus
  • Moen MO-PD Pretty Dolly
  • Rocktron MIDI Mate
  • Roktron Pre-Amp
  • Shure Wireless
  • Dunlop CryBaby
  • Jim Dunlop Custom Picks
  • Marshall JCM 800
  • Marshall Mode Four UK
  • Marshall JCM 2000 DSL (Dual Super Lead)


guitar solo @ Sentuhan Joe Wings[sunting | sunting sumber]

  • Watari
  • Jerangkung
  • Paus Menangis
  • PTM
  • Highland
  • Intro
  • Gua Henjut Je
  • Difficult to cure - Rainbow (cover)
  • Gelap Nan Terang
  • Ilusi Itonasi
  • Joe Wings guitar solo

Album bersama Kumpulan Wings[sunting | sunting sumber]

  • Hukum Karma (1988)
  • Teori Domino (1990)
  • Jerangkung Dalam Almari (1991)
  • Best Of Wings (1992)
  • Double Trouble (1992)
  • Bazooka Penaka (1993)
  • Opera Dalam Kenangan Part 1 (1994)
  • Opera Dalam Kenangan Part 2 (1994)
  • Orang Asing (1995)
  • Biru Mata Hitamku (1996)
  • Puisi Aidilfitri (1996)
  • Masterpiece (1997)
  • Double Trouble 2 (1998)
  • Mencari Asal Usul (1998)
  • Best Of Wings 2 (1999)
  • Mr. Barbarik (2000)
  • Naga Kramat (2002)
  • Terunggul (2004)
  • Wings A live 2006 (2007)
  • Wings live @ Planet Hollywood (2007)
  • Double Trouble live in consert (2010)
  • Teori Domino Revisited - (Jamming Session}
  • Menakluk Kosmos - (2014)
  • Wings Rokestra @ Istana Budaya 2013 (2015)

Pemuzik undangan[sunting | sunting sumber]

  • Pemain gitar undangan untuk Album IKLIM 'Bukan Niatku' (1995)
  • Pemuzik undangan untuk album SLASH 'SLASH'(1995)
  • Pemuzik undangan untuk album SLASH 'RINDU PADA YANG TAK SUDI' (1996)
  • Pemuzik undangan Untuk album DOUBLELINE 'NOTA KEKITAAN' (1996)
  • Pemuzik undangan untuk Album DEF GAB C 'CITARASA' (1996),
  • Pemuzik undangan untuk album DEF GAB C 'SKALA' (1999)
  • Pemuzik undangan untuk album TROPIKA @ JINBARA 'KITA BICARA LAGI' (1999)
  • Pemuzik undangan untuk album DEF GAB C 'REMIFASOLATIDO' (2001)
  • Pemuzik undangan untuk album NRG 'CENDERAJIWA'(2003)
  • Pemuzik undangan untuk album HANDY BLACK 'REALITI'(2003)
  • Pemuzik undangan untuk album KRISTAL 'NT VIRUS' (2004)
  • Kemunculan istimewa bersama Blues Gang untuk Anugerah Industri Muzik (2004]
  • Pemain gitar undangan untuk lagu "Gadis Melayu" dan "Terharu" - Jamal Abdillah (2006)
  • Kemunculan Istemewa bersama Jamal Abdillah dalam konsert istemewa bersama Jamal Abdillah (2006)
  • Pemain gitar undangan untuk konsert Search "Selepas Banjir" di Johor Bahru (2007)
  • Pemain gitar undangan untuk kumpulan Search - Live At Planet Hollywood(2007).
  • Pemain gitar undangan untuk lagu "Zakiah" album "Hattan - Masterpiece" (2007)
  • kemuculan istemewa bersama Ella dalam Konsert Astro Gempak (2010)
  • Pemain gitar undangan untuk konsert Lefthanded (2010)
  • kemunculan istemewa dalam konsert Ella Live @ Istana Budaya (2011)
  • Pemain gitar undangan untuk konsert Ella Live in Hard Rock Cafe (2011)
  • Kemunculan istimewa bersama Estranged untuk konsert Versus (2013)
  • kemunculan istemewa bersama Dato M.Nasir dalam AJL29 (2015)
  • pemain gitar undangan untuk konsert Ella 2016 at stadium Melawati
  • pemain gitar undangan untuk konsert Sunday Nite Live N' The Boy at Hard Rock Cafe K.L

Konsert-Konsert Besar[sunting | sunting sumber]

  1. Konsert Juara- juara Rock
  2. Konsert Kotaraya
  3. saleem in konsert
  4. Wings Live @stadium Negara
  5. Opening Band Konsert Europe Live In Malaysia
  6. Jerangkung dalam Almari tour
  7. Double Trouble 1992 tour
  8. Wings & Superfriend tour
  9. Biru Mata Hitamku tour
  10. Wings vs G-Shock tour
  11. Wings Live in Brunei
  12. Wings Alive @ Orange Club
  13. Search Live @ Planet Hollywood
  14. Search Live In JB
  15. Ella Live in Konsert
  16. Wings Live @ Planet Hollywood
  17. Wings Opera Hidup Live @ Istana Budaya
  18. Double Trouble 2010 tour
  19. Stompin Sabah 2010 bersama Man Keedal
  20. Red On Black konsert
  21. Wings Live in Singapore
  22. Double Trouble Live In Singapore
  23. Konsert G4
  24. Wings Rockestra @ Istana Budaya
  25. Konsert wings 30 tahun
  26. Wings Versi Tanpa Distortion @ PICC Putrajaya
  27. Konsert Menakluk Kosmos tour
  28. konsert wings & Temasek superfriends (singapura)
  29. An Evening With Joe Wings (akustika) in Dublin
  30. konsert Wings Bongkar Ta'kan Melayu Hilang Di Dunia Bersama Orkestra Tradisional Kebangsaan (OTM) @ Istana Budaya
  31. Konsert Wings 30 tahun
  32. Konsert Wings Back To 80s' in JB
  33. Konsert Sungai Golok Bike Week

Penerbit album[sunting | sunting sumber]

  1. Bazooka Penaka (1993) ***** Album Rock Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) 1993, Album paling banyak tercalon dalam AIM 1993 (pelbagai katagori)
  2. Opera Dalam Kenangan Part 1 (1994)
  3. Opera Dalam Kenangan Part 2 (1994)
  4. Orang Asing (1995)***** Tercalon dalam katagori album rock terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) 1995
  5. Biru Mata Hitamku (1996) ***** Kulit Album Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) 2001
  6. Puisi Aidilfitri (1996)
  7. Masterpiece (1997)
  8. Mencari Asal Usul (1997)***** Tercalon dalam katagori album rock terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) 1997
  9. Double Trouble 2 [bersama Search] (1998)***** Tercalon dalam katagori album rock terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) 1998
  10. Best Of Wings 2 (1999)
  11. Mr. Barbarik (2000)
  12. Naga Kramat (2002)***** Tercalon dalam katagori album hard rock terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) 2002
  13. Puisi Aidilfitri 'Raya Bersama Mus' (2005)
  14. Terunggul (2005)
  15. Wings A live (2006)
  16. Wings live @ Planet Hollywood (2006)
  17. Teori Domino Revisited (2007)
  18. Menakluk Kosmos (2014) ***** Tercalon dalam katagori album terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) 2014
  19. Wings Rockestra @ Istana Budaya (2015)
  1. Album Citarasa (1997)
  2. Album Skala (1999)
  3. Album Remifasolatido (2001) ***** Album rock Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) 2001
  1. Slash (1995)***** Tercalon dalam katagori album rock terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) 1995
  2. Rindu Pada Yang Tak Sudi (1996)
  • Kumpulan Handy Black - Realiti (2003)
  • Album Hibah Untuk Kekasih - Tribute to Samad Lefthanded
  • Ziana Zain - Ziana Learns To Rock (1999) **Tak dapat diedar atas sebab yg tidak dpt dielakkan**
  • One Lipan Bara
  • Mas AF2
  • Kumpulan Prime Domistic
  • Lagenda Rock *** artis pelbagai*** lagu hits "Hidup Selagi Hidup" (nyanyian Awie,Mus,Moq dan Ziana Zain)

Filem/Telemovie[sunting | sunting sumber]

Anugerah/ Pencapaian[sunting | sunting sumber]

1) Berkumpulan (Bersama Kumpulan Wings)

  *Kesemua Album Wings berjaya mencapai jualan ketahap Platinum (melebihi 50,000 unit), Double
   Platinum (Melebihi 100,000 unit), Tripple Platinum (Melebihi 150,000 unit)dan sehingga ke
   Quadraple Platinum (Melebihi 200,000 unit).
  *Tempat kedua dan ketiga dalam Anugerah Juara Lagu dan johan kategori "Persembahan
   Terbaik" pada Anugerah Juara Lagu 1989
   (Lagu Taman Rashidah Utama dan Misteri Mimpi Syakila)
  *Tempat ketiga lagu terbaik dan Johan kategori "Persembahan Terbaik" pada Anugerah Juara
   Lagu 1990 (Lagu Sejati)
  *Anugerah "Rakaman Album Terbaik" pada Anugerah Industri Muzik (AIM) 1993 untuk album 
   Bazooka Penaka.
  *Anugerah "Kulit Album Terbaik" pada Anugerah Industri Muzik (AIM) 1996 untuk album Biru
   Mata Hitam KU.
  *Dilantik sebagai Duta kepada jenama pakaian "Convers" pada tahun 1996
  *Dilantik Sebagai Duta kepada jenama Jam "G-Shok" sempena konsert G-Shok vs Wings pada 
   tahun 1999
  *Anugerah Khas - Anugerah Planet Muzik 2014 (Singapura)
  *Anugerah Duo/Kumpulan Popular - Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2016.
  *Menjadi Kumpulan Rock pertama yang berjaya menembusi Istana Budaya dengan mengadakan 
   "konsert Opera Hidup Wings bersama Orkestra Simfoni Kebangsaan" di panggung sari pada 
   29 April- 2 Mei 2011.

2) Individu/Perseorangan

  *Tempat ke-2 pemain gitar paling Popular anjuran majalah Konsert tahun 2000
  *Anugerah Album Rock Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) 1993 (sebagai Penerbit Album)
  *Anugerah Kulit Album Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) 1996 (sebagai Penerbit Album)
  *Anugerah Album Rock Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) 2001 yang dimenangi oleh Kumpulan
   DEF GAB C(Sebagai Penerbit Album) 
  *Dilantik sebagai Duta kepada jenama peralatan muzik Samson melalui syarikat pembekalalatan
   muzik JS Music Sdn. Bhd.
  *Dilantik sebagia Duta kepada syarikat pembekal peralatan selam scuba ED- Scuba semenjak
   tahun 2008 dan menjadi duta kepada acara tahunan "Merdeka Conservation Dive"

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]