Joel Soh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Joel Soh
Kelahiran (1987-08-16) 16 Ogos 1987 (umur 36)
Pusat pendidikanTaylor's University Emerson College
PekerjaanPenerbit filem, pengarah filem, penulis skrip
Tahun aktif2009–kini
MajikanBlackflag Malaysia
Karya terkenal
Polis EVO

Joel Soh (lahir 16 Ogos 1987) merupakan seorang penerbit filem, pengarah filem dan penulis skrip Malaysia.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Joel dilahirkan di Kuala Terengganu, Terengganu dan dibesarkan Puchong, Selangor. Beliau berpindah ke Selangor pada 2005, berumur 18 tahun untuk melanjutkan pelajaran di Akademi Seni dan Warisan Kebudayaan Kebangsaan, di mana dia pelajar perfileman dalam tempoh yang singkat. Dia kemudian berpindah ke Universiti Taylor untuk belajar Cambridge A-Level. Selepas menerima biasiswa daripada Astro, beliau berpindah ke Boston, Massachusetts untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam penerbitan filem dan video di Emerson College selama tiga tahun.

Selepas tamat pengajian, beliau kembali ke Malaysia dan menyertai Astro Shaw dan Tayangan Unggul sebagai penerbit bersekutu dan eksekutif produksi sebagai sebahagian daripada program biasiswa itu.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Kunci
Filem yang belum dikeluarkan Menunjukkan filem yang belum dikeluarkan

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Catatan
Penerbit Penulis Pengarah
2009 Room 1821 Ya Tidak Ya Filem pendek; juga sebagai penyunting, dan penyunting seni
2011 Angela Ya Ya Ya Filem pendek
2014 The Journey Bersekutu Tidak Tidak
2015 Cemetery of Splendour Bersekutu Tidak Tidak
Polis EVO Ya Ya Tidak
2016 Ola Bola Bersekutu Tidak Tidak
2018 Polis EVO 2 Ya Ya Ya Arahan bersama Andre Chiew
2023 Polis EVO 3 Ya Ya Tidak
2024 The Experts Filem yang belum dikeluarkan Ya Ya Tidak Pos-produksi
TBA Baran Filem yang belum dikeluarkan Ya Ya Ya Pos-produksi
Geran 2 Filem yang belum dikeluarkan Ya Ya Ya Arahan bersama Areel Abu Bakar; Dalam perancangan

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Dicalonkan Keputusan Rujukan
2016 Festival Filem Malaysia Filem Terbaik Polis EVO Tercalon
Skrip Terbaik Tercalon
Anugerah Juri Khas Menang
Anugerah Pecah Panggung Menang
2018 Pengarah Harapan Polis EVO 2 Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]