Ini adalah rencana baik. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Polis EVO

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Bagi kesinambungannya, lihat Polis EVO 2.
Polis EVO
Poster Polis EVO.jpg
Poster keluaran tayangan
PengarahGhaz Abu Bakar
PenerbitJoel Soh
Lakon layar oleh
  • Joel Soh
  • Kyle Goonting
  • Anwari Ashraf
  • Adib Zaini
Dibintangi oleh
Muzik olehLuka Kuncevic
SinematografiHaris Hue Abdullah
Disunting olehNazim Shah
Syarikat
penerbitan
PengedarTayangan Unggul
Mula ditayangkan
17 September 2015 (Malaysia)
Tempoh tayangan
124 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
PerbelanjaanRM 2.4 juta[1]
Pecah panggungRM 17.8 juta[2]

Polis EVO merupakan sebuah filem aksi komedi Malaysia 2015 arahan Ghaz Abu Bakar dan lakon layar oleh Joel Soh, Kyle Goonting, Anwari Ashraf dan Adib Zaini. Ia dibintangi oleh Shaheizy Sam, Zizan Razak, Nora Danish, Hushairi Husain, Mimi Ernida, Harun Salim Bachik, Wan Hanafi Su, Pablo Amirul, Azliyuszaini dan Amerul Affendi. Filem ini mengisahkan dua anggota polis, Inspektor Khai (Shaheizy Sam) dan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang mempunyai perwatakan yang sangat berlainan tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah.[3] Filem ini telah ditayangkan di pawagam pada 17 September 2015.

Polis EVO telah memenangi tiga daripada sepuluh pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-28. Sehingga tahun 2018, filem berada di tempat ke-2 dalam senarai filem tempatan dengan kutipan tertinggi di belakang Abang Long Fadil 2 arahan Syafiq Yusof juga lakonan Zizan.[4] Kesinambungan filem ini, Polis EVO 2 ditayangkan pada 22 November 2018.[5] Joel Soh dan Andre Chiew berkhidmat sebagai pengarah, menggantikan Ghaz. Zizan dan Sam masing-masing kekal sebagai teraju utama dengan penambahan pelakon baru termasuk Erra Fazira, Hairul Azreen dan pelakon Indonesia, Raline Shah.[6]

Plot[sunting | sunting sumber]

Inspektor Khai (Shaheizy Sam), Inspektor narkotik terbaik di Kuala Lumpur telah ditugaskan untuk menyiasat dan menyelesaikan kes Syabu Naga yang melibatkan operasi pengedaran dadah di Terengganu. Meskipun kes ini mempunyai kaitan dengan kes yang dikendalikan oleh Inspektor Khai sebelum ini, namun dia harus bekerjasama dengan Inspektor Sani (Zizan Razak) yang bertugas di Terengganu. Ini kerana Inspektor Sani lebih arif akan selok-belok negeri kelahirannya itu. Walau bagaimanapun, mereka berdua mempunyai personaliti yang berbeza. Inspektor Khai seorang yang tegas dan sering bertindak tangkas dan perwatakan ini berbeza sekali dengan Inspektor Sani, yang lebih mengikuti prosedur dan protokol. Ketidakserasian itu membuatkan misi mereka hampir gagal. Segalanya berubah apabila ketua penjenayah, Izrail, mula melibatkan keluarga Inspektor Sani dalam kes ini. Inspektor Khai dan Inspektor Sani kini sedar mereka perlu belajar bekerjasama bagi menyelesaikan misi mereka.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Pelakon undangan[sunting | sunting sumber]

  • Wan Hanafi Su sebagai Adli Hashim
  • Yank Kassim sebagai Kuncu Izrail
  • A. Galak sebagai Penyelia Inspektor Khai
  • Tisha Shamsir sebagai Sarjan Rosalinda
  • Amily Iswadi Amidin sebagai Penterjemah Bahasa
  • Nazim Shah sebagai Sudin Skodeng
  • T.S. Jeffry sebagai Boss Siam
  • Adnan Dzulkafli sebagai Inspektor Ayob
  • Sol Azmie sebagai Inspektor Harun

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Keempat-empat penulis skrip bagi filem ini, Joel So, Kyle Goonting, Anwari Ashraf Hashim dan Adib Zaini menyatakan pemilihan perkataan EVO di dalam tajuk filem ini bermaksud "evolusi imej polis untuk dibawa ke layar perak."[7] Tiga daripada empat penulis skrip filem ini juga merupakan bekas pelajar Biasiswa Astro, syarikat yang menghasilkan filem ini.[8] Skrip bagi filem ini setebal 180 muka surat, hampir sama dengan jumlah muka surat bagi senaskah novel.[9] Untuk mendapatkan susuk tubuh Inspektor Khai, Shaheizy Sam telah melakukan senaman dalam tempoh lima bulan dari April hingga September 2014.[10][11][12] Zizan Razak pula mengakui filem ini merupakan filem pertamanya yang menggunakan bahasa Melayu Terengganu sepenuhnya. Beliau juga telah mengurangkan aspek komedi dalam pembawaan watak Inspektor Sani atas hasil nasihat pihak Polis.[13] Amerul Affendi pula mendedahkan ini merupakan kali pertama dirinya diberi watak lelaki lembut.[14][15]

Filem ini telah menjalani penggambaraan di Terengganu pada bulan September 2014.[16]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Ulasan kritis[sunting | sunting sumber]

Filem ini menjadi mahsyur kerana promosi "mulut-ke-mulut" dan di media sosial[17] dek ulasan yang menarik dan positif.[18]Filem ini berjaya menjadi antara 10 carian terbanyak[19] serta filem dengan carian terbanyak di Google Malaysia untuk bulan September 2015.[20][21]

Rata rata ulasan mengenai filem ini adalah positif. Kenneth Chaw daripada The Star memberi ulasan "Polis EVO mempunyai cita-cita tinggi dan berjaya mencapai cita-cita tersebut."[22]Akhmaliah Razak dari Sinar Harian pula mengulas filem ini sebagai "...setanding filem antarabangsa."[23] Nasir Jani dari akhbar yang sama pula beranggapan "... berjaya menghiburkan penonton dengan ramuan-ramuan perlu ada pada sebuah filem aksi dengan garapan ala Malaysia."[24]Aidil Rusli dari The Malay Mail pula mengulas "...calon yang kuat untuk dinobatkan sebagai filem Terbaik Malaysia tahun 2015".[25] Portal hiburan Rotikaya.com memberikan filem ini "4 Biji Rotikaya".[26]

Pecah panggung[sunting | sunting sumber]

Majlis pelancaran filem ini telah diadakan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2015.Trailer filem ini telah dimuat naik ke YouTube pada hari yang sama.Tayangan perdana bagi filem ini telah dilakukan di GSC Pavilion Kuala Lumpur pada 3 September 2015. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 17 September 2015 di 98 buah pawagam di seluruh Malaysia juga Brunei.[27] Selepas empat hari tayangan, filem ini telah mengumpul kutipan sebanyak RM2.5 juta dengan jumlah pawagam yang menayangkan filem ini meningkat kepada 101 buah pawagam.[28][29]Kutipan bagi filem ini meningkat kepada RM8 juta selepas sebelas hari tayangan.[30]Selepas tiga minggu ditayangkan, jumlah kutipan terus meningkat kepada RM13 juta dengan jumlah panggung sebanyak 102 buah.Kutipan meningkat lagi sebanyak RM2 juta memasuki sebulan tempoh tayangan, menjadikan jumlah keseluruhan RM15 juta.[31]Memasuki minggu ke-enam tayangan, kutipan filem ini terus bertambah menjadi RM16 juta.[32]

Selepas 60 hari ditayangkan di pawagam, kutipan filem ini ialah sebanyak RM17.8 juta, memecahkan rekod yang sebelum ini dipegang oleh filem 2014 The Journey (RM16.87 juta).[33]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

"EVO"
Single oleh Joe Flizzow feat. SonaOne
Dikeluarkan pada2015
Dirakam pada2015
GenreHip hop
Panjang4:17 minit
SyarikatMeasat Broadcasting, Astro Shaw dan Tayangan Unggul
PenulisAudi Mok, Joe Flizzow, SonaOne dan Shazee Ishak
PenerbitMeasat Broadcasting, Astro Shaw dan Tayangan Unggul

Lagu OST untuk filem ini ialah EVO oleh Joe Flizzow dan SonaOne. Lagu ini telah dilancarkan pada 3 Ogos 2015 di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.[34]

Kesinambungan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Polis EVO 2

Penerbitan untuk kesinambungan filem Polis EVO mengambil masa yang lama untuk bermula disebabkan oleh masalah pemilihan lokasi. Rancangan asal penggambaran sepatutnya bermula sebelum Ramadhan (sekitar bulan Mei) 2017. Filem Polis EVO 2 bakal menyaksikan Joel Soh mengambil tugas Ghaz Abu Bakar selaku pengarah untuk filem tersebut dan menyaksikan primadona Melayu, Erra Fazira sebagai pelakon pembantu.[35]

Pelakon Indonesia, Raline Shah pula bakal membawa teraju wanita menggantikan Nora Danish untuk filem terbaru. Beliau telah memuat naik beberapa rakaman video di media sosial yang menunjukkan dia sedang menjalani latihan fizikal di gimnasium bersama-sama Shaheizy Sam sebagai persediaan sebelum penggambaran.[36]

Penggambaran Polis EVO 2 bermula sekitar penghujung Oktober 2017 membabitkan lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Kuantan. Ia dijangka akan selesai pada Januari 2018 dan akan menyaksikan Zizan Razak dan Shaheizy Sam kembali menghidupkan watak asal mereka iaitu sebagai Inspektor Polis, selain turut menampilkan pelakon lain seperti Erra Fazira, Hairul Azreen dan pelakon Indonesia, Raline Shah.[37]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2016 Anugerah MeleTOP Era 2016
Filem MeleTOP Polis EVO Menang
Bintang Filem MeleTOP Zizan Razak Menang
Shaheizy Sam Dicalonkan
Festival Filem Malaysia ke-28 Filem Terbaik Joel Soh Dicalonkan
Anugerah Khas Juri Menang
Pengarah Terbaik Ghaz Abu Bakar Dicalonkan
Pelakon Lelaki Terbaik Zizan Razak Dicalonkan
Shaheizy Sam Dicalonkan
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Hushairi Hussain Menang
Sinematografi Terbaik Haris Hue Abdullah Menang
Suntingan Terbaik Nazim Shah Dicalonkan
Lakon Layar Terbaik Joel Soh, Kyle Goonting, Anwari Ashraf Hashim & Adib Zaini Dicalonkan
Penataan Bunyi Terbaik Imaginex Studio Dicalonkan
Busana Terbaik Nasirah Ramlan Dicalonkan
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2016 Pengarah Terbaik Ghaz Abu Bakar Dicalonkan
Lakon Layar Terbaik Joel Soh, Kyle Goonting, Anwari Ashraf Hashim & Adib Zaini Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mohd. Haikal Isa (23 September 2015). "Aksi lasak Polis Evo". Kosmo! Online. Kosmo! Online. Dicapai 24 July 2016. 
  2. ^ "MALAYSIAN BOX OFFICE 2015". Finas. 
  3. ^ "Misi Shaheizy Sam & Zizan Gegarkan Polis Evo Sudah Bermula". Astrogempak.com.my. Dicapai 2015-09-24. 
  4. ^ Rozdan Mazalan (1 Oktober 2017). "Abang Long Fadil 2 benam rekod Polis Evo". Berita Harian. Dicapai 23 Mei 2018. 
  5. ^ Mohd. Haikal Isa (22 November 2018). "Polis Evo 2 cemerlang gulung kalendar 2018". Kosmo!. Dicapai 23 November 2018. 
  6. ^ "Zizan Razak janji "Polis Evo 2" lebih hebat". 29 November 2017. 
  7. ^ "Polis Evo cetusan idea luar biasa 4 pemuda generasi baru". Astro Awani. 23 September 2015. 
  8. ^ "Biasiswa Astro realisasikan impian 'budak kampung' ke layar perak". Astro Awani. 25 September 2015. 
  9. ^ Dawum, Garret (29 September 2015). "Penuhi cita rasa orang muda". Utusan Malaysia. 
  10. ^ "Shaheizy Sam berdepan dua cabaran dalam 'Polis Evo'". Astro Awani. 28 April 2015. Dicapai 24 September 2015. 
  11. ^ "Shaheizy Sam Nafi Sudah Buat Persiapan Kahwin". Peraktoday.com.my. 4 Ogos 2015. Dicapai 24 September 2015. 
  12. ^ Mohamad, Zaidi (1 Ogos 2015). "Komen Shaheizy Sam tayang badan sasa, pelaris filem Polis EVO". Berita Harian. 
  13. ^ Zaa, Zaini (28 September 2015). "Zizan cerita kisah di sebalik watak Sani dalam filem polis Evo". Agenda Daily. 
  14. ^ "Pelakon Amerul Affendi Pertama Kali Jadi Lelaki Lembut Dalam Polis Evo". astrogempak.com.my. 24 Jun 2015. 
  15. ^ "Amerul Affendi Jadi Lembut Untuk Polis Evo". Murai.com.my. Dicapai 2015-09-24. 
  16. ^ "Bila Nora Danish Cakap Terengganu, Pelik Benor Bunyinye [Video]". Socialhiburan.com. Dicapai 2015-09-24. 
  17. ^ "Penonton puji filem Polis Evo, media sosial dibanjiri #PolisEvo". Astro Awani. 22 September 2015. 
  18. ^ Sahabuddin, Marina (30 September 2015). "Polis Evo tampil lakonan mantap Zizan & Shahiezy". Sinar Harian. 
  19. ^ "Impak Polis Evo sehingga tersenarai di carian Google Malaysia". Astro Awani. 30 September 2015. 
  20. ^ "Senarai 5 Filem Paling Trending Di Malaysia Untuk Bulan September". Astrogempak.com.my. 8 Oktober 2015. Dicapai 2015-10-09. 
  21. ^ "Polis Evo kutip RM13 juta dalam tempoh 3 minggu tayangan". Astro Awani. 9 Oktober 2015. 
  22. ^ (Inggeris)Chaw, Kenneth (14 September 2015). "Review: Polis Evo". The Star. Dicapai 24 September 2015. 
  23. ^ Razak, Akhmaliah (19 September 2015). "Polis Evo setanding filem antarabangsa". Sinar Harian. Dicapai 24 September 2015. 
  24. ^ Jani, Nasir (4 Oktober 2015). "Hebatkah Polis Evo?". Sinar Harian. 
  25. ^ (Inggeris)Rusli, Aidil (19 September 2015). "Three new Malaysian films examined". The Malay Mail. 
  26. ^ Yusof, Amri. "Polis Evo Letak Standard Baru Dalam Dunia Perfileman Malaysia". Rotikaya.com. Dicapai 2015-09-24. 
  27. ^ (Inggeris)Chua, Dennis (22 September 2015). "Polis Evo hits it big at the box-office (with video)". New Straits Times. Dicapai 24 September 2015. 
  28. ^ (Inggeris)"Three local films dominate Top 10 Malaysian box office chart this week". Astro Awani. 29 September 2015. 
  29. ^ Karim, Haryati (22 September 2015). "Filem Polis Evo kutip 2.5 juta dalam tempoh empat hari". KOSMO!. Dicapai 24 September 2015. 
  30. ^ "Polis Evo kutip RM8 juta dalam tempoh 11 hari". Astro Awani. 28 September 2015. 
  31. ^ "28 Hari Tayangan, Kutipan Terkini Polis Evo RM15 Juta". Astrogempak.com.my. Dicapai 2015-10-15. 
  32. ^ AR, Zurairi (24 Oktober 2015). "Apa istimewanya 'Polis Evo'? Pengkritik dedah ramuan kaut RM16j". The Malay Mail. 
  33. ^ "MALAYSIAN BOX OFFICE 2015". Finas. 
  34. ^ (Inggeris)Chua, Dennis (4 Ogos 2015). "Joe Flizzow to duet with Taiwanese Dominique Tsai". New Straits Times. Dicapai 24 September 2015. 
  35. ^ "Zizan Razak shapes up for Polis Evo 2". 29 June 2017. 
  36. ^ "Raline Shah heroin filem Polis Evo 2?date= 20 July 2017". 
  37. ^ "Zizan Razak janji "Polis Evo 2" lebih hebat". 29 November 2017. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]