Polis EVO 3

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Polis EVO 3
PengarahSyafiq Yusof
Penulis
  • Joel Soh
  • Kyle Goonting
  • Anwari Ashraf
  • Abhilash Chandra
Dihasilkan olehJoel Soh
Dibintangi
SinematografiJordan Chiam
Disunting olehNazim Shah
Muzik oleh
  • Ken Hor
  • Lo Shi Seng
Syarikat
penerbitan
Tarikh tayangan
Mei 2023
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Polis EVO 3 merupakan filem aksi Malaysia yang akan datang arahan Syafiq Yusof terbitan bersama Astro Shaw dan Skop Productions. Kesinambungan daripada Polis EVO 2 (2018) dan filem ketiga dalam trilogi Polis EVO, filem ini dibintangi oleh Shaheizy Sam dan Zizan Razak. Filem ini dijadualkan akan ditayangkan pada 2023.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Selepas kejayaan dua filem terdahulu, siri ketiga filem ini telah diumumkan pada September 2019 dengan Syafiq Yusof menggalas tanggungjawabnya sebagai pengarah, sekaligus mengambil alih tugas daripada Ghaz Abu Bakar yang mengarahkan filem pertama dan Joel Soh dan Andre Chiew yang mengarahkan filem kedua, sekaligus kembali mengangkat genre asal filem ini iaitu aksi komedi.[4]

Zizan Razak dan Shaheizy Sam telah bersetuju untuk menjayakan semula watak mereka, turut kembali berlakon dalam siri ketiga filem ini ialah Nora Danish dan Eyka Farhana.[5] Syafiq Kyle yang terkenal dengan drama TV termasuk Mencintaimu Mr. Photographer dan Nur,[6] memegang watak sebagai Inspektor Danny. Turut menjayakan filem ini ialah Michael Ang,[7] Fauzi Nawawi, Ben Amir dan Sharnaaz Ahmad.

Penerbitan filem ini ditangguhkan sementara berikutan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia, mengakibatkan penangguhan sementara aktiviti penggambaran filem dan drama.[8]

Keluaran[sunting | sunting sumber]

Berikutan penularan pandemik COVID-19 di Malaysia yang mengakibatkan penutupan panggung wayang dan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dijalankan di seluruh negara, Yusof Haslam mengumumkan bahawa filem ini bersama-sama dengan Abang Long Fadil 3, juga arahan Syafiq dijangka akan ditayangkan pada awal 2022.[9][10]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Najiy Jefri (4 Februari 2020). Tak mahu main redah Harian Metro. Dicapai pada 20 Jun 2020.
  2. ^ Azwa Rahman (2 Disember 2019). “Siapa Berani Main Gila?” – Kongsi Foto Polis Evo 3, Zizan Razak Minta Peminat Sabar & Bawa Mengucap Astro Gempak. Dicapai pada 20 Jun 2020.
  3. ^ Zaidi Mohamad (23 Januari 2020). Tunggu pengumuman saya - Sharnaaz Berita Harian. Dicapai pada 20 Jun 2020.
  4. ^ Ashraff Nasser (1 Mac 2020). Shaheizy Sam: "Polis Evo 3" lebih santai dan banyak elemen hiburan Cinema Online. Dicapai pada 27 Jun 2020.
  5. ^ Amri Hassan (25 September 2019). "Polis EVO 3 bakal shoot tidak lama lagi" - Peminat teruja tunggu kemunculan Zizan dan Sam Astro Gempak. Dicapai pada 3 Disember 2019.
  6. ^ Ramlah Zainal (23 Disember 2019). Bervariasi dalam lakonan Harian Metro. Dicapai pada 20 Jun 2018.
  7. ^ Michael Ang Pun Berlakon, Hebat Barisan Pelakon Filem Polis Evo 3 Kali Ni Era.je. Dicapai pada 20 Jun 2020.
  8. ^ Ridzuan Abdul Rahman (8 April 2020). Penerbit sokong pawagam ditutup Harian Metro. Dicapai pada 22 April 2020.
  9. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (3 Julai 2020). "Polis Evo 3, Abang Long Fadil 3 ditayang 2021". Berita Harian. Dicapai pada 11 Julai 2020.
  10. ^ "#Showbiz: Polis Evo 3, Abang Long Fadil 3 only to hit cinemas next year". New Straits Times. 3 Julai 2020. Dicapai pada 11 Julai 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]