Kamaruzaman Yusoff

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dr

Kamaruzaman Yusoff

Ph.D
Kelahiran
Kamaruzaman bin Yusoff

20 Julai 1961
Kuala Terengganu, Terengganu
Pendidikan
  • B.A Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • M.Litt, Universiti Edinburgh
  • Ph.D, Universiti Edinburgh
  • Diploma Lanjutan Bahasa Arab, Damsyik
Terkenal keranaulasan dan analisis berkaitan politik Timur Tengah moden.

Dr. Kamaruzaman bin Yusoff ialah seorang ahli akademik dan penganalisis politik di Malaysia. Beliau merupakan bekas profesor di Akademi Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)[1]. Bidang pengkhususan beliau ialah politik moden Timur Tengah dan pemikiran Islam[2]. Beliau sering tampil di kaca teleisyen Malaysia bagi mengulas isu-isu berkaitan politik Timur Tengah atau Asia Barat[3]. Beliau juga merupakan presiden Persatuan Anak Terengganu di Perantauan (PERANTAU)[4].

Kamaruzaman ialah bapa kepada aktivis kemanusiaan Malaysia, Nadir Al-Nuri[5].

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Kamaruzaman memperoleh sarjana muda pengajian Islam dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (1981-1985). Beliau menyambung pengajian sarjana persuratan (1986-1988) dan ijazah kedoktoran (1991-1995) di Jabatan Pengajian Islam dan Timur Tengah, Universiti Edinburgh, Scotland[2][6]. Pada tahun 2007, beliau mengambil pengajian diploma lanjutan bahasa arab di Institut Bahasa Arab, Damsyik, Syria.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "BIODATA PROF. DR. KAMARUZAMAN BIN YUSOFF". UTM Professor Council. 4 Julai 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Julai 2021. Dicapai pada 25 Julai 2021.
  2. ^ a b "Kamaruzaman bin Yusoff". Center for Global Islamic Studies. Dicapai pada 24 Julai 2021.
  3. ^ "Artikel Mengenai Topik Kamaruzaman Yusoff". Astro Awani. Dicapai pada 24 Julai 2021.
  4. ^ Wan Jailani Razak (25 Disember 2018). "PERANTAU terus melangkah". BHarian. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Ogos 2020. Dicapai pada 25 Julai 2021.
  5. ^ Mohd Nasaruddin Parzi (2 Jun 2021). "Lebih 60,000 rumah penduduk Gaza belum dibaiki". HMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Jun 2021. Dicapai pada 25 Julai 2021.
  6. ^ "LATAR DIRI KAMARUZAMAN YUSOFF". DocPlayer. Dicapai pada 25 Julai 2021.