Kamelia Katrina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kamelia Katrina
GenreKeluarga
Konflik
Cinta
Dendam
PengarahSamby Dinesh
Jamiludin Jabar
Dibintangi oleh
Miera Leyana
Elyana
Nabil Zamanhuri
Syed Ali
Norman Hakim
Lagu pembukaan"Sebuah Janji" (Fasetigabelas)
Lagu penutup"Sebuah Janji" (Fasetigabelas)
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod26
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria

Kamelia Katrina merupakan sebuah drama yang menemui para penonton pada setiap hari Khamis bermula 5 November 2009, jam 9.05 malam menerusi Astro RIA (saluran 104).

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Drama ini mengisahkan pertelagahan di antara dua orang adik beradik jelita yang mempunyai personaliti berbeza. Katrina ialah seorang kakak yang sombong, pemarah dan pendengki. Manakala Kamelia pula ialah seorang adik yang lembut, pemurah dan baik hati. Kamelia dan Katrina telah kehilangan ibu sejak kecil dan mereka dibesarkan oleh nenek mereka, Nek Mun.

Kenakalan Katrina terserlah dari kecil lagi. Kamelia sering dibuli oleh Katrina menyebabkan bapanya, Jehan, selalu menyebelahi Kamelia. Sejak dari itulah perasaan iri hati terbit di hati Katrina dan menjadi pemangkin semangatnya untuk mendahului Kamelia dalam apa jua cabaran yang dilalui.

Perasan benci Nek Mun terhadap menantunya pula terbawa-bawa hingga kini kerana wajah Kamelia mirip wajah menantunya. Kerana itu, Kamelia sering dilayan dengan buruk sekali. Segala kasih sayangnya dicurahkan kepada cucu kesayangannya, Katrina.

Konflik dan drama menjadi-jadi apabila Katrina ingin mencuri hati Ari yang telah diberikan ke Kamelia. Motif Katrina hanyalah untuk mewarisi segala hartanya. Tidak ada apa yang akan menghalang Katrina daripada memiliki hati Ari walaupun dengan membunuh!

Apakah yang bakal berlaku seterusnya? Berjayakah Katrina memiliki hati Ari? Adakah Kamelia terus dibenci keluarganya?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]