Miera Leyana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Miera Leyana
KelahiranMiera Leyana binti Kasmi
(1993-08-28) 28 Ogos 1993 (umur 26)
Johor Bahru, Johor, Malaysia
KediamanKuala Lumpur
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2008–kini
Ketinggian5 ft 7 in (1.7 m)
PasanganRosland Othman (k. 2020)
Ibu bapa
  • Dato' Seri Kasmi Mat Arsat (bapa)
  • Datin Sri Aishah Abdullah (ibu)
SaudaraMiera Leydia (adik)

Miera Leyana binti Dato' Seri Kasmi (Jawi: ميايرا ليانا; lahir 28 Ogos 1993) ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau terkenal dengan watak sebagai Luna drama bersiri dalam talian (d.b.t.) Luna Fantasiku yang juga merupakan kemunculan sulung beliau dalam kerjaya lakonan. Bakat beliau telah ditampilkan oleh agensi pencarian bakat Maverick+Co.[1] Kredit filem Miera termasuk Apokalips X (2014) dan Lebuhraya Ke Neraka (2017). Antara drama lakonan beliau ialah Kamelia Katrina, Putera Rayyan, Memori Cinta Suraya dan Biar Aku Jadi Penunggu.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Miera memulakan kerjaya lakonan beliau dengan membintangi drama web siri iaitu Luna Fantasiku yang bersiaran di Gua.com.my pada tahun 2008. Ketika itu, beliau hanya berusia 15 tahun dan masih bersekolah. Pada tahun 2010, beliau menjadi sebahagian daripada barisan pelakon drama komedi muzikal 26 episod Hotel Mania arahan Nizam Zakaria yang terdiri daripada Anding Indrawani Zaini, Dafi, Marsha Londoh dan Adeline Tsen.

Kerjaya filem Miera bermula pada 2012 menerusi watak pembantu dalam filem Jangan Pandang-Pandang arahan Ahmad Idham.

Pada tahun yang sama, beliau terlibat dengan pementasan semula teater Tun Siti Hasmah sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012. Beliau menggantikan Lisa Surihani yang menjayakan watak Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ketika muda. Bagi pementasan semula itu, Miera hanya melakonkan watak Dr Siti Hasmah ketika muda selama tiga hari, manakala selebihnya digalas oleh Lisa.[2]

Pada tahun 2017, Miera telah membintangi dalam sebuah drama berjudul Biar Aku Jadi Penunggu yang disiarkan di TV3. Beliau memegang watak sebagai Damia Hani.

Seterusnya, Miera membintangi filem bertajuk Lebuhraya Ke Neraka arahan Mamat Khalid yang mula dityangkan pada 4 Mei 2017. Ia merupakan filem kedua beliau bersama Mamat selepas Apokalips X (2014).[3]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Miera Leyana berkahwin dengan usahawan, Rosland Othman pada 25 Julai 2020.[4] Beliau ialah kakak kepada Miera Leydia.[5]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Pengarah Catatan
2012 Jangan Pandang-Pandang Marsha Ahmad Idham Filem pertama
2013 Pecah Asrul Hisham Ahmad
Balada Pencinta Ayu Khir Rahman
2014 Apokalips X QiQi Mamat Khalid
Dendam Orang Mati Min Jason Chong
2015 Kastil Tua Model Chiska Doppert Filem Indonesia
2017 Lebuhraya Ke Neraka Dina Mamat Khalid

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2008 Luna Fantasiku Luna TV9
2009 Kamelia Katrina[6] Kamelia Astro Ria
Bio-Nik TV3
Ceria-Ceria Cikgu Rubina
2010 Hotel Mania Hani
2011 Nana Narita TV9
Nora Elena Maria Tan TV3
2012 Friday I'm In Love Bella TV9
Mulanya Di Sini Alya TV1
Psikik[7] Sukma
Putera Rayyan Anisa TV3
2013 Asmara Luna
Hujan Azura
2014 Kusinero Cinta Astro Mustika HD
2015 Memori Cinta Suraya Irina Astro Prima
Nasuha Marina TV9
2016 Mr. Boss Miss Stalker Ria Alisya TV3
Biar Aku Jadi Penunggu Damia Hani
2018 Aku Cinta Dia Anis TV3
2019 Detak Cinta Stetoskop Dr Farah TV Okey
Hola Hermosa Sheerin TV1
KL Meroyan TV2

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2013 Ku Kejar Cintaku Sehingga Ke Malaysia Sarah RTV
2016 Mama Sado Andra Raina TV9
Mat Chia Chia Fatimah
Lari Lagi Dhia TV2
2017 Peah Singa[8] Peah TV9
Kismet TV3
2018 Genesis

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2013 Anugerah Skrin 2013 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) Rembat Menang
2015 Anugerah Skrin 2015 Dendam Orang Mati Tercalon
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pelakon Filem Wanita Popular N/A Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Miss Ayu (12 Ogos 2008). "Mira dan Sakhee taruhan Luna Fantasiku". gua.com.my. Dicapai pada 13 Ogos 2018.
  2. ^ Zaidi Mohamad (25 Ogos 2015). "Miera Leyana nak jadi CEO". Berita Harian. Dicapai pada 27 Julai 2016.
  3. ^ Angelin Yeoh (May 6, 2017). "Review: Lebuhraya Ke Neraka". Star2. Dicapai pada 12 Julai 2017.
  4. ^ Raja Nurfatimah Mawar Mohamed (26 Julai 2020). "Miera sah jadi isteri Rosland". Berita Harian. Dicapai pada 27 Julai 2020.
  5. ^ Zulaikha Yusof (9 September 2018). ""Beauty with Brain" - Netizen puji adik Miera Leyana". Gempak. Dicapai pada 27 Julai 2019.
  6. ^ Budiey (3 November 2009). "Elyana, Syed Ali, Nabil Dalam Drama Kamelia Katrina". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 27 Julai 2010.
  7. ^ Budiey (24 Julai 2012). "Drama Psikik Temukan Miera Liyana & Lash Mokhtar". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 27 Julai 2012.
  8. ^ Aqmar Mustaza (1 Februari 2017). "Peah Singa bukan sekadar hiburan". Sinar Harian. Diarkib daripada yang asal pada 9 Mei 2018. Dicapai pada 27 Julai 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]