Norman Hakim
Norman Hakim | |
---|---|
Kelahiran | Mohamed Nurhakim bin Zaidon 8 Januari 1976 |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1993–kini |
Ketinggian | 1.8 m (5 ka 11 in) |
Pasangan | Abby Abadi (k. 2002; c. 2009) Memey Suhaiza (k. 2011) |
Anak | 6 |
Mohamed Nurhakim Zaidon atau lebih dikenali sebagai Norman Hakim (lahir 8 Januari 1976) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia, berasal dari Kuantan, Pahang. Beliau merupakan bekas juara Hero Remaja 1993/94 dan terkenal dengan watak sebagai Inspektor Harris dalam Gerak Khas (sejak 2003).[1]
Kerjaya[sunting | sunting sumber]
Kerjaya Norman bermula apabila beliau menjadi salah seorang peserta Hero Remaja 1993/94. Hasilnya, beliau dinobatkan sebagai juara. Beliau memulakan kerjaya lakonan pada 1996 dan hanya pada 1999, beliau berlakon dalam drama Idaman, memegang watak sebagai Ikmal.
Beiiau bersama rakan pelakon Eizlan Yusof dan Sani Salehuddin (kini ahli perniagaan) menubuhkan kumpulan Impression yang mana mereka menerbitkan album pertama, Jatuh Hati pada 1999.[2]
Kerjaya filem Norman bermula dengan menjayakan watak utama bersama Erra Fazira dalam filem Pasrah yang ditayangkan pada 8 Januari 2000, sekaligus menandakan kolaborasi sulungnya bersama Yusof Haslam, orang kuat Skop Productions.[3] Beliau kemudian memegang watak sebagai Rafayel dalam filem Gerak Khas The Movie, juga arahan Yusof. Filem inilah yang menemukan beliau dengan bakal isterinya ketika itu, Abby Abadi yang turut berlakon dalam filem ini.[4]
Beliau juga pernah muncul dalam telefilem Neon (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusup dan Erik Fuzi bersama ramai pelakon termasuk Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Saiful Apek, Rashidi Ishak, Sofi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.[5]
Pada 2012. Norman memegang watak Joe, orang kanan Dino lakonan Aaron Aziz dalam siri drama aksi, Evolusi KL Drift: The Series arahan Syafiq Yusof dan Rizal Ashreff yang diadaptasi dari filem Evolusi KL Drift (2008) arahan Syamsul Yusof.[6]
Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]
Beliau pernah berumah tangga dengan pelakon Arbaiyah Abdul Manan (Abby Abadi) dan mempunyai tiga orang anak iaitu Mohd Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim. Kedua-dua pasangan ini pernah bercerai pada April 2006 akibat tekanan dalam rumah tangga namun demi kebahagiaan anak-anak, mereka berdua bertaut kembali. Penceraian Norman dan Abby ini pernah dikaitkan dengan penyanyi Farahdhiya, namun kepastiannya tidak dapat disahihkan.[7][8]
Pada tahun 2009, Norman telah dilanda kemurungan. Beliau beribadat hampir setiap hari di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan Dalam. Pada suatu ketika, beliau didatangi seorang lelaki. Lelaki tersebut yang menyedari tangisan beliau menanyakan sebabnya. Selepas memberi pengakuan mengenai kekecewaan beliau terhadap kehidupannya, lelaki tersebut memberikannya sepotong ayat al-Quran untuk dijadikan amalan. Peristiwa tersebut telah menyebabkan beliau lebih dekat dengan agama Islam.[9] Norman dan Abby bersanding kali kedua pada 25 September 2017.[10][11]
Pernikahan dengan Memey[sunting | sunting sumber]
Sekali lafaz sahaja, Memey Suhaiza (lahir Suhaiza Suhaimi) sah menjadi isteri kepada Norman. Mereka dinikahkan di rumah Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1 Kota Tinggi Johor pada pukul 5.10 petang Sabtu 24 September 2011.[12][sumber tak boleh dipercayai?]
Filemografi[sunting | sunting sumber]
Filem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1998 | Nafas Cinta | Norman | Filem pertama |
2000 | Pasrah | Hafsham | |
2001 | Gerak Khas The Movie | Rafael | |
2002 | Idola | Mukhriz | |
2003 | Gila-Gila Pengantin | Dr. Johari | |
2004 | Tangkai Jering | ||
2005 | GK3 The Movie | Inspektor Harris | |
Gila-Gila Pengantin Popular | Herman | ||
2007 | Kayangan | Ali | |
2009 | Skrip 7707 | ||
2010 | Magika | Lembing Awang Pulang Ke Dayang | |
2011 | Nur Kasih The Movie | Ilyas Dewasa (40an) | Pelakon undangan |
2012 | Jidin Sengal | Dirinya sendiri | Penampilan kameo |
2013 | Tanda Putera | Tun Hanif Omar | |
2015 | Suami Aku Ustaz | Inspektor Polis | Pelakon undangan |
2016 | Kabali | Orang Kanan | Filem Tamil |
2018 | Badang | Prof. De Brono | Pelakon undangan |
3: AM | Azman | ||
TBA | J2: J Retribusi | DSP Risham Aziz | Pos-produksi |
Drama[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1999–2001 | Idaman | Ikmal | Astro Ria | |
2000 | Maria Mariana The Series | Sazali | TV3 | |
2002 | Insurgensi | Ketua Platun 2, Kompeni 'B', Batalion ke-8
Rejimen Renjer Malaysia sebagai Leftenan Kassim |
TV1 | |
2003–2009 2014, 2017–2020 |
Gerak Khas | ACP Haris | TV1, TV2 | |
2004 | Rumah Itu Dunia Aku | Mohsein | ||
2007 | Airmata Maria | Farid | TV3 | |
Kerana Karina | Taufik | extra Tonton | ||
2007–2008 | Kisah Kaisara | Hasnor | TV3 | |
2008–2009 | Jelma | Rosli | extra Tonton | |
2009 | Embun Mutiara | Hadi | TV3 | |
Kamelia Katrina | Jehan | Astro Ria | ||
10 | Astro Citra | |||
Senja Permai | Rahman | Astro Prima | ||
2010 | Gelora Di Hati Sara (Musim 2) | Iskandar | TV1 | |
2011 | Dia Bukan Maryam | Anuar | TV9 | |
Mantera Anjasmoro | Irfan | TV3 | ||
Iparku Diva | Hussein | Astro Warna | ||
Keranamu Laila | Razif | TV3 | ||
Terowong | Ayai | Episod: "Diari" | ||
2012 | Adam & Hawa | Kapten Zul | Astro Mustika HD | |
Tanah Kubur (Musim 3) | Astro Oasis | Episod: "Ilmu Tak Berguru" | ||
Esah Pajero | Sahak | TV3 | ||
2012–2013 | Evolusi KL Drift: The Series | Joe | TV2 | |
2013 | Cinta Adam & Hawa | Adam Hanzalah | TV1 | |
Mencari Luqmanul Hakim | Herman | |||
2014 | Kifarah | TV3 | Episod: "Di Angin Lalu" | |
Janji Jaslina | Johan | |||
Bila Chacha Masuk Asrama | Encik Meor | |||
Ana Aku Aiman | Dr. Kamal | TV2 | ||
Senafas Cinta | TV1 | |||
2015 | Kifarah Mistik | TV3 | Episod: "Mandi Bunga" | |
2017 | Dia Bidadariku | Rizal | Astro Ria | |
2018 | Cinta Fatamorgana | Tuan Deraman | TV3 | |
2019 | KL Meroyan | Razif | TV2 | |
Demi Rindumu | Nasrul | Astro Ria | ||
2020 | Chandelier | Dato' Emran | ||
Janda Kosmopolitan | Kamil | Awesome TV | ||
2020–2021 | Gerak Khas: The Finale | ACP Haris | TV3 | |
2021 | The Maid | Jayden | Astro Ria |
Telefilem[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2003 | Neon | Fido | VCD |
2007 | Wali | Faizal | Astro Ria |
2009 | Donut | Zulkifli | |
Tunjang Saadah | Tajuddin | TV3 | |
2010 | Sabar | Iman | |
Tetamu Malam | Bob | TV1 | |
2012 | Kau Untukku | Azhar | Astro Box Office |
Calon Suamiku | Hafiz | Astro Prima | |
Aku Belum Mati | Suma | ||
2013 | 7 Dulang Asam Pedas | JJ | TV1 |
2014 | Pilihan Rozana | Salleh | |
Menantu Cantik | Johan | Astro Maya HD | |
2014 | Anak Mejar Azlan | Mejar Azlan | TV AlHijrah |
Istidraj | Amri | ||
2015 | Bidadari Walid | Danial | |
2016 | Mimi Amah Diva | Taufik | Astro Ria |
Aku Bukan Orang Gaji | TVi | ||
2018 | Datin Glam | Datuk Kamal | TV3 |
Ayah Bohong Lagi | Hakim | TV1 | |
Pengantin Lari Culik Artis | Pak Abu | Astro Citra | |
2020 | Mak... Nak Peluk Boleh | Fikry | TV3 |
Dia Kembarku | Datuk Jamal |
Televisyen[sunting | sunting sumber]
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2018 | Profesion Ekstrem | Pengacara | TV1 |
Dapur Panas | Artis jemputan | TV3 | |
2019 | Mingguan Wanita (Musim 2) | Pengacara | Astro Prima |
Diskografi[sunting | sunting sumber]
- Jatuh Hati (album bersama Impression; 1999)
Aktivisme[sunting | sunting sumber]
Pada 3 Jun 2018, Norman bersama-sama pelakon Rosyam Nor, menyertai bersama 1,200 penunggang motosikal bagi menjayakan konvoi Ride for World #QuranHour yang bermula di Masjid Negara, Kuala Lumpur sebelum berakhir di Shah Alam, Selangor. Ia merupakan acara simbolik bagi membina momentum ke kemuncak program World #QuranHour yang diraikan pada 7 Jun.[13][14]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "Norman Hakim kembali dalam Gerak Khas". Utusan Malaysia. 5 November 2013. Dicapai pada 26 April 2014.
- ^ Rozi Abdul Razak (2 Mac 1999). "Impression... tidak kecewa sekiranya gagal". Utusan Malaysia. Dicapai pada 26 April 2014.
- ^ "Pasrah gabungan formula dua filem". Utusan Malaysia. 22 Disember 1999. Dicapai pada 22 Disember 2011.
- ^ "Gerak Khas The Movie - tampilkan lapan pelakon ternama". Utusan Malaysia. 25 Februari 2001. Dicapai pada 22 Disember 2011.
- ^ "Neon - tampilkan 66 pelakon popular". Utusan Malaysia. 22 Disember 2003. Dicapai pada 31 Julai 2017.
- ^ Wartawan Sinar Harian (22 September 2012). 2 pengarah muda arah drama bersiri Skop Productions Sinar Harian. Dicapai pada 23 September 2012.
- ^ Niezam Abdullah (28 Februari 2018). "Kontroversi Norman, Abby dan Memey". Utusan Malaysia. Dicapai pada 28 Februari 2018.
- ^ Budiey (18 Disember 2008). "Norman Hakim Cerai Abby Abadi Dengan Talak Satu". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 28 Februari 2018.
- ^ Muhammad Shamsul Abd Ghani (28 Februari 2018). "'Ada hamba ALLAH tepuk belakang saya'". Sinar Online. Diarkib daripada yang asal pada 28 Februari 2018. Dicapai pada 28 Februari 2018.
- ^ Nur Asyikin Mayudin (25 September 2017). "Norman Hakim, Abby Abadi Bersanding Lagi". mStar Online. Dicapai pada 28 Februari 2018.
- ^ Nadia Azam (30 Ogos 2017). "Norman idam naik pelamin dengan Abby". Malaysiakini. Dicapai pada 28 Februari 2018.
- ^ Nuriz Ibrahim (24 September 2011). "Gambar Perkahwinan & Akad Nikah Memey dan Norman Hakim". nurizspace.com. Diarkib daripada yang asal pada 20 Mac 2017. Dicapai pada 20 Mac 2017.
- ^ "Rosyam Nor, Norman Hakim sertai konvoi World #Quran Hour". Berita Harian. 3 Jun 2018. Dicapai pada 21 Jun 2018.
- ^ "Rosyam Nor, Norman Hakim join 1,200 motorcyclists in World #QuranHour convoy [NSTTV]". New Straits Times. 3 Jun 2018. Dicapai pada 12 Julai 2018.