Nabil Zamanhuri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nabil Zamanhuri
Kelahiran (1987-09-13) 13 September 1987 (umur 35)
Kuala Lumpur, Malaysia
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara
Tahun aktif2005–kini
Pengkarya berkait
Dato' Nora
Pija Yasin
Ayu Damit
Shila Amzah
PasanganAdelia Citra Hapsari (k. 2014)
Anak-anak1

Nabil bin Zamanhuri (lahir 13 September 1987) merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara Malaysia. Beliau memulakan langkahnya dalam dunia hiburan tempatan dengan menyertai Mentor musim pertama dimana beliau merupakan pemenang naib juara didalam program realiti tersebut.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau adalah pelajar cemerlang, pernah bersekolah di Sekolah Aminuddin Baki, antara sekolah harian cemerlang di Kuala Lumpur.

Nabil mendirikan mahligai cinta bersama Adelia Citra Hapsari, wanita warga Indonesia pada 2014.

Mereka berkenalan semasa bersama-sama menuntut di MMU dalam jurusan Perfileman dan Animasi. [1]

Meskipun anak jati Ibu Kota Kuala Lumpur, Nabil turut mempunyai saudara mara di Kelantan.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Nabil pada 2006 sempat tampil dengan album solo dan meriliskan lagu-lagu seperti Hey Emma ! dan Hati Ini, Hati Ini mendapat putaran yang kerap di stesen radio tempatan diwaktu carta muzik tempatan didominasi lagu-lagu artis dari seberang.

Dia kemudian menjadi pengacara rancangan mingguan Remaja yang ke udara setiap Sabtu di tv3. Rancangan yang mengetengahkan apa yang sedang trend dan rancak di kalangan belia tempatan.

Dalam pada masa sama, dia mula membintangi drama tv tempatan. Sekaligus mempelbagaikan portfolio nya dalam industri hiburan disamping menuntut di Univerisiti Multimedia Malaysia (MMU) dalam bidang Filem dan Animasi. Minat itu diteruskan apabila dia kemudian menyumbang suara untuk watak animasi Kapten Kaizo menggantikan Haris Aliff dalam siri Animasi Boboiboy dan Boboiboy Galaxy. [2]

Pada 2009 dia membintangi drama tv astro ria, Kamelia Katrina bersama Elyana Emrizal dan Mira Liyana Kasmi,[3] cerita seorang lelaki yang beristeri dua yang terperangkap diantara 2 isterinya yang tidak sependapat.

Untuk Festival Filem Malaysia ke 27, Filem Terbaik dari Langit yang mana dia turut bertindak sebagai krew pasca produksi telah tercalon untuk Anugerah Kesan Khas Terbaik sekaligus menaikkan semangat Nabil untuk berkarya dalam bidang CGI (Computer Graphic Image).[4]

Meskipun tidak aktif menyanyi di pentas, Nabil masih ligat disebalik tabir dengan komuniti RnB Malaya. Komuniti yang meneruskan perjuangan muzik RnB tempatan.

Terbaharu, Nabil Zamanhuri menyuarakan watak Aladdin untuk Disney’s Live Action Aladdin versi Bahasa Melayu. Nabil juga menyanyikan semua runut muzik filem Aladdin, termasuk ‘One Jump Ahead’ dan lagu tema ‘A Whole New World’ bersama Shila Amzah.

Mentor[sunting | sunting sumber]

Konsert Lagu (penyanyi asal) Ked.
Intro "Like I Love You" (Justin Timberlake) N/A
Battle 1 "Bukan Untukku" (Rio Febrian) / "Ai No Corrida" (Quincy Jones)
Battle 2 "Belaian Jiwa" (Innuendo)
"Tentang Dia" (Melly Goeslaw & Evan Sanders)
Battle 3 "Hati Ini" (Nabil) / "Kenangan Lalu" (Flybaits)
Semifinal 2 "Di Persimpangan Kenangan" (Casey) / "Wo!" (Zahid AF2)
"Tak Mengapa" (Dato' A. Rahman Hassan)
"Menari Dengaku" (Siti Sarah & Zahid AF2)
Semifinal 3 "Semusim" (Marcell) / "Dendangan Laguku" (Carefree)
Grand Finale "Broken Vow" (Lara Fabian) Naib Juara
"Kau Pergi Jua" (Adam Ahmad) / "Si Gadis Ayu" (Black Dog Bone)
"Kerna Sayang" (VE)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

CD Single[sunting | sunting sumber]

Judul Album Butiran Album
Dari Jauh Dikeluarkan pada: 2006
Label: Johan Nawawi Sdn. Bhd
Penerbit: Johan Nawawi
Format: CD Single, muat turun digital

Single[sunting | sunting sumber]

Solo

Tahun Judul Lagu Album
2007 "Hati Ini" Dari Jauh
2008 "Hey Emma"
2009 "Dari Jauh"
2015 "Beku" Single
2019 "Selangkah" OST Aladdin
2022 "Kenangan Lama" OST Ijab Kabut

Duet

Tahun Judul Lagu Bersama Album
2009 "Janji Kita" Ayu Damit Inspirasi
2019 "Dunia Baru" Shila Amzah OST Aladdin

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2007 Seribu Erti Saiful Drama pertama
2008 Kerana Karina 2 gua.com.my Drama online
2009 Kamelia Katrina Ari Astro Ria
2022 Ijab Kabut Andi Viu

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2005 Mentor Peserta TV3 Naib juara
2007 Remaja Pengacara TV3

Rujukan[sunting | sunting sumber]