Kamov Ka-50
| Ka-50 "Black Shark" Ka-52 "Alligator" | |
|---|---|
Kamov Ka-50 dari Tentera Udara Rusia | |
| Maklumat am | |
| Jenis | Helikopter penyerang,[1] Helikopter peninjau[2] |
| Negara asal | Soviet Union / Rusia |
| Pengeluar | Kamov |
| Status | Aktif[3] |
| Pengguna utama | Pasukan Aeroangkasa Rusia |
| Jumlah dibina | Ka-50: 18–19[4] Ka-52: >196[5] |
| Sejarah | |
| Dikilangkan | 1990–kini |
| Tarikh diperkenalkan | 28 Ogos 1995 |
| Penerbangan sulung | Ka-50: 17 Jun 1982[6] Ka-52: 25 Jun 1997[7] Ka-52M: 9 Januari 2023[8][9] |
| Dibangunkan dari | Kamov V-80 |
Kamov Ka-50 Black Shark (nama pengenalan NATO: "Hokum A") merupakan sebuah helikopter penyerang Rusia yang memiliki satu tempat duduk dan memiliki sistem rotor sepaksi yang berbeza. Ia telah direka oleh biro rekabentuk Kamov pada tahun 1980-an dan akan digunakan oleh Tentera Darat Rusia pada 1995. Pada masa sekarang, helikopter ini dikeluarkan oleh syarikat Progress, sebuah anak syarikat Arseniev.
Pada lewat 1990-an, Kamov dan Industri Udara Israel telah membangunkan versi dua tempat duduk dalam susunan kokpit sebaris yang dikenali sebagai Kamov Ka-50-2 Erdogan (Bahasa Turki untuk "Born Warrior"), untuk bersaing dalam kontrak perolehan helikopter penyerang untuk Turki. Kamov kemudian telah mereka sebuah versi dua tempat duduk yang lain yang didesignasikan sebagai Kamov Ka-52 Alligator (nama pengenalan NATO: "Hokum B")[10].
Rekabentuk dan pembangunan
[sunting | sunting sumber]Ka-50 direka sebagai sebuah helikopter kecil, laju dan lincah bagi mempertingkatkan kebolehan ikhtiar hidup dan berbahaya. Untuk berat dan saiz yang kecil (maka kelajuan dan kelincahan tinggi) yang mana merupakan satu ciri yang unik dibandingkan dengan pesawat-pesawat bersenjata yang lain – hanya akan dioperasikan oleh seorang juruterbang sahaja. Kamov menyimpulkan selepas melakukan penyelidikan terperinci pertempuran helikopter di Afghanistan dan zon-zon peperangan yang lain, yang mana fasa misi serangan biasanya adalah mengdekati pada aras rendah, perolehan sasaran timbul, dan pelepasan senjata bukan secara serentak memerlukan navigasi, mengawal pergerakan pesawat, dan operasi persenjataan oleh juruterbang; dan oleh itu sekiranya automasi sokongan direka dengan baik, seorang juruterbang mampu melaksanakan keseluruhan operasi secara bersendirian. Bagaimanapun, terdapat soalan yang masih belum dijawab yang mana sekiranya berada dalam keadaan sebenar, bolehkah juruterbang Black Shark mampu bertahan dari kelesuan kesan dari tambahan beban gabungan ini.
Sepertimana helikopter Kamov yang lain, ia memiliki ciri sistem rotor sepaksi yang berputar dalam arah berlawanan, yang mana menghapuskan keperluan bagi himpunan rotor ekor, ia juga akan memperbaiki kualiti aerobatik pesawat – semasa membuat pusingan, olengan, dan “the funnel” (circle-strafing) di mana bidikan helikopter tetap terkunci pada sasaran semasa membuat penerbangan bulatan pada aras, kedudukan dan kelajuan yang berlainan disekelilingnya. Dengan menggunakan dua rotor bermakna rotor lebih kecil dengan hujung rotor yang bergerak lebih perlahan boleh digunakan dibandingkan dengan rekabentuk rotor tunggal. Oleh kerana kelajuan putaran pada hujung rotor merupakan kekangan utama ke atas kelajuan maksimum sesebuah helikopter, ini membolehkan kelajuan maksimumnya lebih tinggi berbanding helikopter seperti AH-64. Menghapuskan keperluan rotor ekor merupakan suatu kelebihan yang bermakna kerana balasan-tork pada rotor ekor menggunakan sehingga 30% kuasa enjin. Tambahan lagi, ketidak-kebalan joran dan kotak giar belakang adalah penyebab biasa bagi kehilangan helikopter dalam pertempuran (seperti dibuktikan di Vietnam); keseluruhan trasmisi pada Black Shark secara perbandingan adalah merupakan sasaran kecil untuk ditembak dari darat. Kamov mengekalkan binaan himpuan pemacu sepaksi yang boleh bertahan daripada tembakan peluru berkaliber 23 mm sepertimana bahagian-bahagian penting lain pada helikopter.[perlu rujukan] Ketiadaan tork asli juga membenarkan helikopter agak kebal terhadap arah dan kekuatan angin, dan tidak melebihi kadar pusingan dalam semua lingkungan kelajuan jelajah.
Konfigurasi satu tempat duduk dianggap sebagai satu perubahan yang sangat untuk diterima pakai oleh NATO. Dua prototaip pertama helikopter Ka-50 mempunyai cermin-cermin palsu yang dicat padanya.[11] The "windows" evidently worked as the first western reports of the aircraft were wildly inaccurate. According to the Air Force Magazine Soviet Aerospace Almanac 1989, the "DoD states that this helicopter has not been observed carrying antitank guided weapons. Instead, it is thought to have a primary air-to-air role (an assessment that is not universally accepted)... Like other combat helicopters, 'hokum' has a crew of two, in tandem, with an elevated rear seat."
Untuk meningkatkan ikhtiar hidup juruterbang, Ka-50 telah dipasang dengan kerusi lenting NPP Zvezda K-37-800, yang mana merupakan suatu ciri yang amat jarang dipakai untuk helikopter. Diarkibkan 2001-08-28 di Wayback Machine. Sebelum roket di dalam kerusi lenting dihidupkan, bilah-bilah rotor akan dicabut keluar oleh alat letupan yang terletak di dalam cakera rotor dan juga pada kanopi.
Prototaip pertama Ka-50 diberi gelaran "Werewolf", bagaimanapun nama rasmi yang diberi oleh Kamov bagi helikopter jenis ini adalah "Black Shark". Selepas kejatuhan Kesatuan Soviet, belanjawan ketenteraan telah dikurangkan dengan mendadak sebelum Ka-50 memasuki fasa pengeluaran berskala penuh, di mana hanya sejumlah kecil helikopter ini telah dibina. Mengikut laporan, pembangunan Ka-50 telah mencatat rekod disebabkan pandangan jauh Kamov dengan meletakkan jurutera perhubungan di setiap pembekal komponen-komponen utama dan sub-kontraktor sistem.
Ka-50 dan pesawat-pesawat kelainannya telah dipilih sebagai helikopter sokongan bagi pasukan khas, sementara Mil Mi-28 menjadi helikopter bersenjata utama bagi Tentera Darat Rusia. Pengeluaran Ka-50 telah dimulakan semula pada 2006.
Ka-50-2 Erdogan
[sunting | sunting sumber]Pada 1997, Industri Aeroangkasa Israel (IAI) dengan kerjasama Kamov memasuki persaingan untuk membekalkan 145 buah (kemudian ditukar kepada 50 buah) helikopter penyerang kepada Turki dengan kontrak yang bernilai AS$ 4 bilion. Helikopter yang direka dalam persaingan ini diberi nama Ka-50-2 Erdogan, sebuah versi dua tempat duduk kokpit sebaris berdasarkan model Ka-50 yang mana memiliki ciri-ciri moden seperti avionik dan kokpit kaca buatan Israel, serta pemasangan turet meriam lipatan tepi (untuk kelegaan semasa mendarat) berkaliber 30 mm yang mana bertentangan dengan meriam tetap pada helikopter versi asal Ka-50 (turet buatan Itali juga ditawarkan sebagai pilihan ke atas Ka-52.) Erdogan telah berjaya mengalahkan helikopter Eurocopter Tiger dan AH-64 Apache, tetapi telah kalah kepada helikopter AH-1 Cobra yang ditingkat upaya. Akhirnya, kontrak telah dianugerahkan kepada helikopter Agusta A129 Mangusta buatan Itali. Diarkibkan 2008-07-04 di Wayback Machine Kamov masih lagi mencari pembeli, setelah tentera Rusia tidak mempunyai dana untuk membelinya bagi kegunaan mereka.
Ka-50N dan Ka-50Sh
[sunting | sunting sumber]Disebabkan keupayaan sistem bidikan dan penglihatan TV waktu malam yang terhad pada helikopter asal Ka-50 "Shkval", versi ubahsuai satu tempat duduk Ka-50 telah dibina. Helikopter ini dinamakan semula sebagai Ka-50N (Bahasa Rusia: "Nochnoy", "Malam") dan Ka-50Sh (Bahasa Rusia:"Shar", "Sfera" – oleh kerana turet pandang hadapan infra merah (FLIR) berbentuk sfera). Banyak kelainan telah dicuba, beberapa darinya menggunakan unit asal "Shkval" yang kemudian digantikan dengan sistem pengimejan haba, sementara unit-unit lain – keseluruhannya digantikan dengan sistem siang dan malam "Samshite" (juga digunakan pada Ka-52), termasuk pengimej baha buatan SAGEM dari Perancis atau Thomson. Tiada sebuahpun dikeluarkan secara meluas sehingga sekarang.
Ka-52
[sunting | sunting sumber]
Ka-52 adalah merupakan sebuah lagi pengubahsuaian ke atas rekabentuk asas helikopter Ka-50. Ia memaparkan kokpit dua tempat duduk sebelah-menyebelah dan direka untuk mengesan sasaran dan mengagihkan semula bagi menyokong Ka-50. Sebagai perbandingan terhadap helikopter asal Ka-50, Ka-52 memiliki profil hidung yang “lebih lembut” disebabkan kokpit yang lebih lebar, perisai kokpit dikurangkan, dan radome pemasangan hidung yang besar. Peralatan termasuk radar dengan dua antena – dipasangkan dalam bentuk berdiri tegak untuk sasaran-sasaran udara dan pemasangan hidung bagi sasaran-sasaran di darat, dan sistem bidikan haba/TV siang dan malam d "Samshite" di dalam dua turet sfera (unit pertama di atas kokpit dan unit kedua di bawah hidung). Ka-52 mengekalkan pemasangan meriam pada bahagian sisi dan enam tenggekan pada sayap sama seperti Ka-50 yang asal.[12]
Kejatuhan Kesatuan Soviet mengelakan Ka-52 daripada dikeluarkan pada skala penuh. Pada masa sekarang, hanya sejumlah kecil yang wujud. 30 buah "Ka-52" dirancang untuk dibeli pada 2012. [13]
Rekabentuk
[sunting | sunting sumber]Persenjataan
[sunting | sunting sumber]Helikopter ini membawa beban persenjataan yang besar dan banyak di empat tenggekan di bawah tunggul sayap dan dua di hujung sayap, menjadikan jumlah keseluruhannya seberat 2,300 kg bergantung pada gabungan senjata.
Persenjataan utama terdiri dari 12 peluru berpandu anti kereta kebal panduan laser Vikhr dengan jarak maksimum sehingga 8 km. Panduan laser dipercayai dari segi mayanya adalah kalis-sesak dan sistem ini memiliki ciri panduan automatik ke sasaran yang membolehkan pergerakan bersifat mengelak selepas dilancarkan. Sistem kawalan tembakan secara automatik akan berkongsi semua maklumat sasaran dengan empat buah helikopter Black Shark yang lain berkenaan penerbangan dalam masa sebenar. Ini membenarkan sesebuah helikopter untuk menyerang sasaran yang dikesan oleh helikopter yang lain. Sistem ini juga boleh memasukan maklumat sasaran yang didapati dari peninjau di darat dengan menggunakan alat penanda sasaran mudah alih yang dibawa oleh seorang anggota tentera. Meriam berkaliber 30 mm diintegrasikan adalah ditetapkan pada kedudukan separuh kaku di bahagian sisi helikopter, boleh digerakkan sedikit ketinggian berlainan dan azimut. Kelincahan helikopter ini membolehkan sistem kawalan senjata dipusingkan (keseluruhan helikopter dan) meriam ke arah sasaran yang diperoleh oleh bidikan pada paparan lekapan helmet juruterbang sepantas pusingan turet meriam pada helikopter Apache atau Mi-28. Pemasangan meriam dalam keadaan separuh kaku akan memperbaiki ketepatan meriam, memberi meriam berkaliber 30mm jarak praktikal lebih jauh dan kadar mengenai sasaran pada jarak sederahana yang lebih baik berbanding pemasangan turet pemusingan bebas.
Sejarah operasi
[sunting | sunting sumber]Pada Januari 2001, Ka-50 beraksi pertama kalinya dalam pertempuran apabila ia menembak kedudukan pejuang Chechen di Chechnya. Kemudian, ia mungkin ada melaksanakan beberapa misi di zon perang, meskipun tidak sebanyak Mil Mi-24 yang mana mungkin lebih sesuai dalam operasi anti gerila. Disebabkan kekurangan persediaan tempur, Ka-52 (yang mana bertujuan untuk mengesan sasaran dan mengkordinasi serangan oleh Ka-50), sebuah Ka-29 yang diubahsuai sebagai pos perintah udara telah digunakan, dengan memasang peralatan pengawasan dan bidikan. Ka-50 telah menunjukan keboleh-kendalian yang cemerlang dalam persekitaran pergunungan.
Varian
[sunting | sunting sumber]
- Kamov V-80
- Versi prototaip untuk Ka-50.[14]
- Kamov Ka-50
- Versi tempat duduk tunggal[14]
- Kamov Ka-50Sh
- Ka-50 dengan keupayaan serangan malam yang dipertingkatkan[15]
- Kamov Ka-50-2 "Erdogan"
- Versi dipasarkan ke Turkiye, dengan kokpit tandem dua tempat duduk.[16]
- Kamov Ka-52 "Alligator"
- Versi yang dinaik taraf dengan kokpit dua tempat duduk bersebelahan untuk Pasukan Aeroangkasa Rusia[17]
- Kamov Ka-52E
- Versi eksport, dijual ke Mesir.[18]
- Kamov Ka-52K "Katran"
- Versi tentera laut dengan bilah dilipat dan gear pendaratan yang diperkukuh, sayap dipendekkan untuk pangkalan di kapal dan keupayaan terancang untuk menggunakan peluru berpandu Kh-35 dan Kh-38.[19]
- Kamov Ka-52M
- Ka-52 yang dinaik taraf dengan turet sasaran yang dimodenkan dengan jarak tembak yang lebih jauh, roda bahagian bawah kenderaan yang lebih kuat, dan ergonomik kokpit yang lebih baik,[20] nama gelaran "Super Alligator".[perlu rujukan]
Pengguna
[sunting | sunting sumber]- Tentera Udara Mesir[21] – 46 Ka-52s as of 2022.[22]
- Sayap Udara 549
- Skuadron 39 (Wadi al Jandali)
- Skuadron 40 (Wadi al Jandali)
- Skuadron 41 (Wadi al Jandali)
- Sayap Udara 549
- Pasukan Aeroangkasa Rusia[21] – 133 buah helikopter Ka-52 setakat tahun 2022.[23][24] Sekurang-kurangnya 61 buah Ka-52 telah musnah atau rosak teruk sejak serangan Rusia ke atas Ukraine pada tahun 2022, data setakat bulan Januari 2025.[25]
- Rejimen Helikopter Bebas Pengawal ke-39 (Dzhankoi)
- Rejimen Helikopter Bebas Pengawal ke-55 (Korenovsk)
- Rejimen Helikopter Bebas Pengawal ke-319 (Chernigovka)
- Rejimen Helikopter Bebas Pengawal ke-440 (Vyazma/Dvoevka)
- Briged Penerbangan ke-15 (Ostrov)
- Briged Penerbangan Tentera Darat ke-18 (Khabarovsk/Bolshoy)
- Briged Penerbangan Tujuan Khas Syria
- Skuadron Helikopter (Pangkalan Udara Khmeimim)[26]
- Penerbangan Tentera Laut Rusia[27][28]
Spesifikasi
[sunting | sunting sumber]Data for Ka-50, perbezaan untuk Ka-52 dinyatakan.

Data dari Ka-50 page,[29] Ka-52 page,[12] Aerospaceweb [30]
Ciri umum
- Anak kapal: Satu (bagi Ka-52: Dua)
- Panjang: 13.50 m (44 kaki 3 in)
- Diameter rotor: 2x 14.50 m (2x 47 kaki 7 in)
- Tinggi: 5.4 m (17 kaki 9 in)
- Ceper luas: 330.3 m² (3,555 kaki²)
- Berat kosong: 7,800 kg (17,200 lb)
- Berat berisi: 9,800 kg (21,600 lb)
- Berat berlepas maksimum: 10,800 kg (23,810 lb)
- Loji kuasa: 2× Klimov TV3-117VK turbin aci, 1,660 kW (2,226 shp) setiap satu
- Untuk Ka-52:
- Berat muatan: 10,400 kg (22,930 lb)
Prestasi
- Kelajuan maksimum: 390 km/j (204 knot, 242 bsj) semasa menjunam
- Kelajuan sederhana: 270 km/j (146 knot, 168 bsj)
- Jarak: 1,160 km (720 miles)
- Jejari bertempur: 460 km ()
- Lelangit khidmat 5,500 m (18,000 kaki)
- Kadar kenaikan: 10 m/s (1,970 kaki/min)
- Beban ceper: 30 kg/m² (6 lb/kaki²)
- Kuasa/jisim: 0.33 kW/kg (0.20 hp/lb)
Persenjataan
- Meriam: 1 × meriam Shipunov 2A42 separa-rigid bergerak 30 mm (460 butir peluru, suapan berganda AP atau HE-Frag)
- Titik beban: 6 × tenggekan bawah sayap, tambahan 2 tenggekan pada hujung sayap untuk peluru berpandu udara ke udara atau langkah-langkah balas dengan 2,000 kg muatan,dengan peruntukan untuk membawa gabungan:
- Roket: 80 × 80 mm roket S-8 dan 20 × 122 mm roket S-13, 4 × peluru berpandu udara ke udara Igla[31]
- Peluru berpandu: 2 × rak peluru berpandu APU-6, boleh menempatkan sehingga 12 × peluru berpandu anti kereta kebal 9K121 Vikhr, 2 × LMUR[32]
- Bom: 4 × bom 250 kg (550 lb) atau 2 × bom 500 kg (1,100 lb),pod meriam 23 mm UPK-23-250 (240 butir setiap unit), tangki minyak luar 500 L (130 US gal).
- 2 x pod pada hujung sayap dengan dispenser suar dan sekam, 4 x dispenser UV-26 setiap satu (jumlah 32 x kelongsong suar/sekam pada setiap pod)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- Nota
- ↑ Donald and March 2004, pp. 304–05.
- ↑ Russian Scout Helicopters Get Stronger Diarkibkan 16 Disember 2012 di Wayback Machine. Strategypage.com, 29 January 2010.
- ↑ Вертолеты Ка-52 начали службу в Дальневосточном объединении ВВС и ПВО [Ka-52 helicopters began service in the Far Eastern Air Force and Air Defense Association]. aex.ru (dalam bahasa Rusia). Diarkibkan daripada yang asal pada 31 May 2011. Dicapai pada 24 May 2011.
- ↑ Butowski 2022
- ↑ Butowski 2022
- ↑ "Ка-50". narod.ru (dalam bahasa Rusia). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 September 2004. Dicapai pada 21 February 2014.
- ↑ "Ка-52". narod.ru (dalam bahasa Rusia). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 September 2013. Dicapai pada 23 March 2012.
- ↑ "Russian army receives 10 upgraded Ka-52M attack helicopters". airrecognition.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 October 2023. Dicapai pada 2023-11-16.
- ↑ "ЦАМТО / / Гособоронзказ на ААК «Прогресс» в Приморье в 2023 году вырос вдвое". armstrade.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 October 2023. Dicapai pada 2023-11-16.
- ↑ Hewson, R. 2001. The Vital Guide to Military Aircraft. England: Airlife Publishing Ltd. pp. 58
- ↑ Eden, Paul. Encyclopedia of Modern Military Aircraft. p. 223, Amber Books, 2006. ISBN 1-904687-84-9.
- 1 2 Kamov Ka-52 product page
- ↑ Article in Russian
- 1 2 Butowski 2022
- ↑ Butowski 2022
- ↑ Butowski 2022
- ↑ Butowski 2022
- ↑ Butowski 2022
- ↑ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "auto" - ↑ Butowski, Piotr (2023-07-21). "Enhanced Version Of Russia's Ka-52 Attack Helicopter Appears". The Drive (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 20 September 2023. Dicapai pada 2023-11-16.
- 1 2 "World Air Forces 2018". Flightglobal Insight. 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 February 2018. Dicapai pada 7 September 2018.
- ↑ "Moscow struggles to sell fighter jets in the Mideast". Al-Monitor (dalam bahasa Inggeris). 13 January 2022. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 May 2022. Dicapai pada 27 May 2022.
- ↑ The Military Balance 2022. m/s. 201.
- ↑ Scramble.nl Russian Aerospace Forces Diarkibkan 21 Mei 2022 di Wayback Machine, accessed November 2023.
- ↑ Oryx. "List Of Aircraft Losses During The Russian Invasion Of Ukraine". Oryx. Dicapai pada 2025-01-10.
- ↑ "Russia packing up military equipment at base in Syria, satellite images show". Reuters. 10 January 2025.
- ↑ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "Ka-52K_ref1" - ↑ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "Ka-52K_ref2" - ↑ Kamov Ka-50 product page
- ↑ Ka-50/52 page on Aerospaceweb.org
- ↑ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama "airforce-technology.com" - ↑ "ЦАМТО / / ВКС России в ходе СВО начали применять вертолеты Ка-52М с ракетами "Изделие 305"". armstrade.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 January 2023. Dicapai pada 2 February 2023.
- Bibliografi
- Donald, David and March, Daniel J, Modern Battlefield Warplanes. AIRtime Publishing, 2004. ISBN 1-880588-76-5.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pembangunan berkaitan
Pesawat setanding
- AH-1 SuperCobra/AH-1Z Viper
- AH-64 Apache
- Agusta A129 Mangusta
- Denel AH-2 Rooivalk
- Eurocopter Tiger
- Helikopter Tempur Ringan HAL
- Mil Mi-28
- CAIC WZ-10
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kamov page on the Ka-50
- Kamov page on the Ka-52
- Ka-50 page on FAS.org GlobalSecurity.org
- Kamov Ka-50 Flight Video at YouTube
- Ka-50 Black Shark attack helicopter. Video
- RIA Novosti: The history of the Ka-50 Black Shark (Part1), (Part2), and (Final Part)
- Ka-50 walkaround on www.airforce.ru Diarkibkan 2007-08-19 di Wayback Machine
- Ka-52 walkaround on ScaleModels.ru
- Ka-50Sh walkaround on ScaleModels.ru