Kancah (peperangan)
Dalam peperangan, Kancah atau Medan (theater (Bahasa AS) dan theatre (Bahasa British) ialah sebuah kawasan atau tempat dimana peristiwa penting tentera berlaku atau sedang berjalan. Kancah boleh meliputi keseluruhan kawasan udara, angkasa, darat dan laut yang berpotensi terlibat dalam operasi perang.
Kancah perang
[sunting | sunting sumber]Dalam bukunya On War, Carl von Clausewitz mentakrifkan istilah Kriegstheater (yang menterjemahkan istilah Latin abad ke-17 yang lebih lama, theatrum belli) sebagai:
Menunjukkan dengan tepat suatu bahagian ruang di mana perang berlaku dan yang mempunyai sempadan yang dilindungi, lalu memiliki sejenis bentuk kebebasan tersendiri. Perlindungan ini boleh terdiri daripada kubu-kubu pertahanan, atau halangan semula jadi penting yang disediakan oleh bentuk muka bumi, atau bahkan melalui pemisahan dari kawasan perang yang lain oleh jarak yang ketara. Bahagian seperti ini bukan sekadar sebahagian daripada keseluruhan, tetapi merupakan suatu keseluruhan kecil yang lengkap dengan sendirinya; dan oleh itu, ia berada dalam keadaan yang mana perubahan yang berlaku di tempat lain dalam medan perang hanya mempunyai pengaruh tidak langsung dan bukan pengaruh langsung terhadapnya. Untuk memberikan gambaran yang mencukupi tentang ini, kita boleh andaikan bahawa di bahagian ini satu serangan dilancarkan, manakala di sudut lain pula berlaku pengunduran, atau bahawa di satu pihak tentera bertindak secara bertahan, manakala di pihak lain pula sedang melaksanakan penyerangan. Idea yang jelas terperinci seperti ini tidak boleh diterapkan secara sejagat; ia digunakan di sini semata-mata untuk menunjukkan garis pembezaan.[1]
Kancah operasi
[sunting | sunting sumber]Kancah operasi (TO singkatan Theater of operations) ialah sub-kawasan dalam sebuah kancah perang. Sempadan TO ditentukan oleh panglima yang menyelaraskan atau memberikan sokongan kepada operasi tempur tertentu dalam TO tersebut.
Kancah operasi dibahagikan kepada pengarahan strategik atau wilayah ketenteraan bergantung kepada sama ada ia dalam waktu perang atau aman. Markas Medan Bersepadu di bawah Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat bertanggungjawab ke atas aktiviti ketenteraan (tempur dan bukan tempur) dalam kawasan tanggungjawab mereka.
Angkatan Tentera Soviet dan Rusia
[sunting | sunting sumber]Angkatan Tentera Soviet dan Rusia mengklasifikasikan pembahagian geografi yang luas—seperti wilayah benua yang merangkumi kawasan maritim bersempadan dengannya, pulau-pulau, pesisir pantai berdekatan[2] dan ruang udara—sebagai sebuah kancah. Istilah dalam bahasa Rusia bagi "kancah" ketenteraan ialah театр военных действий, teatr voennykh deistvii (secara harfiah: "kancah operasi ketenteraan"), disingkatkan sebagai ТВД, TVD.
Pembahagian geografi ini membantu perancangan strategik dan operasi, membolehkan pelaksanaan operasi ketenteraan oleh formasi barisan. Formasi Barisan pada asalnya dinamakan mengikut kancah operasinya; contohnya Barisan Barat Daya (Empayar Rusia) (1914–1918), Barisan Pertama Ukraine (1943–1945, yang berperang di Ukraine, Poland, Jerman, dan Czechoslovakia), dan Barisan Utara (Kesatuan Soviet) (Jun hingga Ogos 1941). Pada masa aman, apabila tidak terdapat keperluan mendesak arah strategik, barisan ditransformasikan menjadi wilayah tentera (kawasan) yang bertanggungjawab ke atas bahagian operasi yang diperuntukkan.
Pada tahun 1986, laporan Soviet Military Power terbitan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat mengenal pasti sepuluh TVD benua dan empat TVD lautan, namun kebanyakannya hanyalah kawasan geografi tanpa pasukan atau markas tetap: Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika, Australia, Antartika, Lautan Artik, Atlantik, Hindi, dan Pasifik.[3] Empat yang lain—Timur Jauh, Barat, Barat Daya, dan Selatan—mempunyai markas yang diwujudkan antara tahun 1979 dan 1984. Terdapat rancangan untuk membentuk markas TVD Barat Laut berasaskan Staf Wilayah Tentera Leningrad.[4]
Dalam bentuk paling moden, Markas Tinggi bagi TVD mula diwujudkan semula pada Februari 1979 bagi kawasan Timur Jauh.[5] Harrison menulis pada tahun 2020-an bahawa pemerintahan baharu ini merangkumi Wilayah Tentera Timur Jauh dan Wilayah Tentera Transbaikal.[6] Sebuah ensiklopedia ketenteraan rasmi yang diterbitkan selepas Kejatuhan Kesatuan Soviet menyatakan, menurut Harrison, bahawa Armada Pasifik Soviet, sebuah ketumbukan udara, dan sebuah kor pertahanan udara juga diletakkan di bawah perintah operasi formasi baharu ini; dan bahawa markas tinggi ini turut "menyelaras" dengan tentera Vietnam, Laos, Kemboja, dan Mongolia.[7] Ibu pejabat ini ditubuhkan di Ulan-Ude, berhampiran Tasik Baikal. RAND Corporation menyatakan pada tahun 1984 bahawa angkatan tentera udara dan darat Soviet di Mongolia [di bawah Wilayah Tentera Transbaikal] serta elemen Tentera Darat Mongolia dan Tentera Udara Mongolia juga berada di bawah kekuasaannya.[8] Pada September 1984, tiga lagi Markas Tinggi telah diwujudkan: Barat (HQ di Legnica), Barat Daya (HQ di Kishinev), dan Selatan (HQ di Baku).[5][9]
Amerika Syarikat
[sunting | sunting sumber]

Istilah kancah operasi ditakrifkan dalam manual lapangan tentera Amerika sebagai kawasan darat dan laut yang akan diserang atau dipertahankan, termasuk kawasan yang diperlukan bagi aktiviti pentadbiran berkaitan operasi ketenteraan (rujuk carta 12). Berdasarkan pengalaman Perang Dunia Pertama, kancah operasi biasanya dianggap sebagai kawasan daratan yang luas di mana operasi berterusan akan berlaku dan dibahagikan kepada dua kawasan utama—zon tempur, iaitu kawasan pertempuran aktif, dan zon komunikasi, iaitu kawasan yang diperlukan untuk urusan pentadbiran kancah. Apabila tentera mara ke hadapan, kedua-dua zon ini dan kawasan yang dibahagikan di dalamnya akan bergerak ke hadapan ke kawasan geografi kawalan yang baharu.[10]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Pertempuran angkasa
- Kancah China Burma India
- Kancah Operasi Eropah
- Perang Dunia II Kancah Eropah
- Operasi ketenteraan
- Markas Medan Bersepadu
- Kancah Barat Perang Saudara Amerika
- Formasi Tentera Darat Soviet
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Carl von Clausewitz (1956). On War. Jazzybee Verlag. m/s. 162. ISBN 9783849676056. Dicapai pada 2020-05-16.
- ^ Lihat: Voennyj entsiklopedicheskij slovarj (BES) Военный энциклопедический словарь (ВЭС) [Kamus ensiklopedia ketenteraan] (dalam bahasa Rusia). Moscow: Военное издательство (ВИ). 1984. m/s. 732.
- ^ Department of Defense (United States) (Mac 1986). Soviet Military Power (PDF). m/s. 12–14.
- ^ Warner, Bonan & Packman 1984, m/s. 15.
- ^ a b Holm 2015.
- ^ Harrison 2022, m/s. 374.
- ^ Nota sumber Harrison ialah VE, 2: 418, yang mungkin merujuk kepada Военная энциклопедия в 8 томах. Т. 2: Вавилония — Гюйс / Ketua penyunting P. S. Grachyov. — M.: Воениздат, 1994. — 544 hlm. — ISBN 5-203-00299-1.
- ^ Warner, Bonan & Packman 1984, m/s. 17.
- ^ Odom 1998.
- ^ "Chapter VII: Prewar Army Doctrine for Theater". History.amedd.army.mil. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-03. Dicapai pada 2011-08-31.
Sumber
[sunting | sunting sumber]- Harrison, Richard W. (July 2022). The Soviet Army's High Commands in War and Peace, 1941–1992. Casemate Academic. ISBN 9781952715112.
- Holm, Michael (2015). "High Commands (Theatre Commands)".
- Odom, William E. (1998). The Collapse of the Soviet Military. New Haven and London: Yale University Press.
- Warner, Edward; Bonan; Packman (April 1984). Key Personnel and Organisations of the Soviet Military High Command (PDF). RAND Notes. RAND Corporation. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2014-05-31. Dicapai pada 8 October 2022.