Kor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Simbol standard NATO bagi sebuah kor. Huruf X bukan menunjukkan nombor kor; tetapi tiga huruf X mewakili sebuah kor (dua X mewakili sebuah divisyen dan 1 X mewakili sebuah briged).

Kor (Corps) (/ˈkɔər/ "core"; bentuk jamak dieja sama seperti singular tetapi disebut /ˈkɔərz/ "cores"; dari Bahasa Perancis, dari bahasa Latin corpus "pasukan") ialah sebuah formasi tentera yang besar terdiri daripada dua atau lebih divisyen, atau sebuah perkumpulan pentadbiran tentera didalam angkatan tentera dengan fungsi yang sama, seperti Artileri atau Semboyan. Kor juga boleh merujuk kepada unit tertentu atau cabang perkhidmatan tertentu, seperti Kor Marin Amerika Syarikat, Kor Marin Diraja, Kor Kehormat Bersenjata, atau Kor Komisioner.

Istilah tentera kemudiannya diterima pakai bagi organisasi perkhidmatan awam dengan struktur pemerintahan separa tentera, organisasi perkhidmatan sukarelawan awam, seperti Kor Keamanan, pelbagai kor ambulans, beberapa NGO (Pertubuhan bukan kerajaan), dan organisasi sukarelawan sivik yang lain. Oleh kerana penggunaan istilah ini, ia juga telah berkembang ke beberapa organisasi sivik atau sukarelawan lain yang kekurangan struktur separa tentera.

Formasi tentera[sunting | sunting sumber]

Dalam kebanyakkan tentera darat medan, kor ialah sebuah formasi tempur yang mengandungi dua atau lebih divisyen, dan biasanya diperintah oleh seorang Leftenan Jeneral. Semasa Perang Dunia I dan Perang Dunia II, disebabkan skala pertempuran yang besar, kor pelbagai telah digabungkan kedalam tentera darat yang kemudian dibentuk kedalam Kumpulan tentera darat. Dalam tentera Barat yang mempunyai kor bernombor, nombor sering ditunjukkan dalam Angka Rumi (sebagai contoh, Kor VII).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]