Kasih Suci

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Kasih Suci adalah merupakan sebuah drama arahan pengarah Kabir Bhatia dan Hazrin Husni yang diterbitkan oleh Filmscape yang disiarkan di TV3 pada tahun 2007 bagi menggantikan drama Emil Emilda. Dibintangi oleh Nur Fazura, Azean Irdawaty, Fahrin Ahmad, Ady Putra, Khaeryl Benjamin dan turut memperkenalkan seorang pelakon baharu dari Indonesia, Anisa Sulandana. Drama ini ditayangkan setiap hari Selasa hingga Khamis, pada jam 10 malam di Slot Samarinda, TV3 bermula pada 28 Jun 2007.

Kasih Suci
GenreKeluarga
Konflik
Dendam
Ditulis olehMira Mustaffa
PengarahKabir Bhatia
Hazrin Husni
Dibintangi oleh
Nur Fazura
Anisa Sulandana
Azean Irdawaty
Fahrin Ahmad
Ady Putra
Khaeryl Benjamin
Negara asal Malaysia
BahasaMelayu
Indonesia
Bilangan episod25
Penerbitan
Penerbit eksekutifFrank Lewis
PenerbitFrancis Foo
Kabir Bhatia
Mira Mustaffa
Tempoh siaran20-22 minit
(per episod)
Syarikat penerbitan
Filmscape
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Samarinda)
Siaran asal28 Jun 2007 – 04 September 2007
Kronologi
MengikutiEmil Emilda
Diikuti olehKerana Cintaku Saerah

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Puan Zain hampir mati apabila seseorang mencuba untuk membunuhnya dengan meletakkan seekor labah-labah berbahaya didalam biliknya. Namun Puan Zain terselamat apabila bisa labah-labah tersebut dirawat dengan cepat. Disebabkan hal itu, Puan Zain membuat keputusan untuk menukarkan wasiatnya dan mewariskan seluruh hartanya kelak kepada cucu kesayangannya, Kasih. Puan Zain juga telah mengamanahkan Kasih untuk menguruskan Al Hussain Holdings, iaitu syarikat milik keluarga mereka. Namun, keputusan Puan Zain tersebut mendapat tentangan daripada semua ahli keluarga yang lain terutamanya sepupu Kasih, Kahar. Kahar berasa marah dan tidak berpuas hati dengan keputusan neneknya itu dan mulai merancang untuk merampas syarikat dan harta warisan neneknya itu daripada Kasih. Ketika konflik perebutan harta dalam keluarga tersebut menjadi semakin rumit, ketika itu munculnya seorang gadis misteri yang bernama Suci. Kehadiran Suci amat ditakuti dan dibenci oleh Puan Zain, kerana tanpa sesiapa mengetahui rahsia yang tersimpan kemas selama ini, Suci sebenarnya adalah adik tiri kepada Kasih. Puan Zain berasa bimbang Suci bakal menuntut haknya, lalu dia kemudian mencuba menghalang Suci daripada menuntut harta keluarga mereka dengan mengusir Suci sama seperti mana dia pernah mengusir ibu kandung kepada Suci, Widya suatu ketika dahulu. Berjayakah Puan Zain menghalang niat Suci? Apakah tujuan sebenar kemunculan Suci dirumah tersebut? Siapakah dalang disebalik cubaan membunuh Puan Zain?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Pelakon undangan[sunting | sunting sumber]

Pelakon kanak-kanak[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]