Zulkifli Zain

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Zulkifli Zain

DSDK (Ked)
Kelahiran
Zulkifli bin Haji Md Zain

(1944-04-07)7 April 1944
Meninggal dunia5 September 2020(2020-09-05) (umur 76)
Sebab kematianKomplikasi pelbagai penyakit
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1970—2013
PasanganDatin Normala Omar (k. 1975)
Anak5 (termasuk Dr. Norzizi Zulkifli)

Dato' Zulkifli Zain (7 April 1944 – 5 September 2020) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia yang kerjayanya telah melangkaui 4 dekad.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjaya awal sebagai penari, kemudian menceburi bidang lakonan pada 1975 menerusi filem Jiwa Remaja, dan sejak itu beliau terus aktif berlakon sehingga kematiannya.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 7 April 1944 di Kampung Titi Gajah, Alor Setar, Kedah. Beliau telah berkahwin dengan Normala Omar pada tahun 1975 dan dikurniakan lima orang anak, salah seorang anaknya ialah Norzizi.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia pada 5 September 2020 sekitar jam 8.30 malam di kediamannya di Ukay Perdana, Ampang Jaya, Selangor akibat komplikasi pelbagai penyakit.[2][3] Jenazahnya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana, Ampang Jaya, Selangor.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
1975 Jiwa Remaja Joey Filem pertama
1976 Sayang Anakku Sayang Rahman
1979 Tiada Esok Bagimu Peguam Khalid
1980 Potret Maria
1981 Sesejuk Air Mata Ibu
1982 Penentuan Khalid
Anak Sulung Tujuh Keturunan Hamzah
1984 Matinya Seorang Patriot Safuan
1992 Kelisa
1995 Kecil-Kecil Cili Api Pak Anuar
1996 Scoop Tuan Rashid
2000 Senario Lagi Pelakon sampingan
2005 Cinta Fotokopi Ayah Man
Anak Mami Kembali Zulkifli
2006 Cicak-Man Menteri 5
2008 Selamat Pagi Cinta Bapa Suci
2010 Janin Pak Long Mohid
2012 Sofazr The Movie - Jiwa Kacau Doktor Zul
2013 Pecah Filem terakhir

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1979 Boneka TV1
1988–1993 Rumah Kedai Pak Imam TV3
1996 Cinta Korporat
Negeri Perak Kota Setia (1874-1875) Tok Andak TV2
2004 Sephia TV3
2010 Adnan Sempit The Series Dato Isnin Astro Prima
Kau & Aku 2 Astro Ria
2011 Gerak Khas (Musim 13) Daud TV2 Episod: "Buru"
Terowong Bomoh TV3 Episod: "Ayu"
2013 Tanah Kubur (Musim 8) Astro Oasis Episod: "Dosa Baran"

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
1990 Tackle Suami TV3
2013 Cinta Sambal Belacan Chef Jalil Astro Citra

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Arina Che Azlan (9 September 2020). Belasungkawa Zulkifli Zain Kosmo!. Dicapai pada 14 September 2020.
  2. ^ Pelakon veteran Zulkifli Zain meninggal dunia Astro Awani. 5 September 2020. Dicapai pada 5 September 2020.
  3. ^ Pelakon Zulkifli Zain hembuskan nafas terakhir Malaysiakini. 5 September 2020. Dicapai pada 7 September 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]