Kegiatan anti Tony Blair di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Anti Tony Blair di Malaysia timbul apabila mantan Perdana Menteri Britain Tony Blair dijemput menyampaikan ucapan di Pusat Konvensyen Sunway, bandar Sunway, Petaling Jaya, Selangor pada 24 April 2010.

Jemputan beri ceramah[sunting | sunting sumber]

Tony Blair menjadi tetamu dan penceramah kongres perniagaan di Pusat Konvensyen Sunway yang dianjurkan oleh Success Resources Company dari Singapura.

Bantahan[sunting | sunting sumber]

Pada 24 April 2010 , seramai 100 rakyat Malaysia termasuk rakyat Iraq yang tinggal di Malaysia mengadakan bantahan secara aman di hadapan Sunway Pyramid. Mereka membawa kain rentang bertulis "War Criminal, Tony Blair, No Entry" dan melaung kata-kata seperti: "Blair adalah seorang penjenayah perang dan "Dakwa Blair di Mahkamah Antarabangsa".

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali turut membaling selipar dan kasut pada potret wajah Blair. Mereka juga memijak dan membakar potret Tony Blair. Ibrahim , peguam Zainur Zakaria dan serta empat wakil NGO cuba menyerahkan pendakwaan yang dikeluarkan oleh Tibunal Jenayah Perang Kuala Lumpur kepada Blair. Tony Blair bersekongkol dengan bekas Presiden Amerika Syarikat George W. Bush hendaklah didakwa di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) kerana telah melakukan jenayah perang dengan menyerang Iraq pada 2003.

Pengerusi Yayasan Kepimpinan Perdana Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini menggerakkan massa supaya membantah kehadiran Tony Blair di Malaysia. Blair hendak didakawa sebagai penjenayah perang ke ICJ kerana kezaliman membunuh manusia yang tidak berdosa.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]