Kemalangan helikopter Pakistan 2015

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kemalangan helikopter tentera Pakistan 2015
Helikopter Tentera Mi-17 Pakistan terlibat dalam kemalangan
Kemalangan
Tarikh8 Mei 2015
Tapak kejadianLembah Naltar, Gilgit-Baltistan, Pakistan
Pesawat
Jenis pesawatMil Mi-17
PengendaliTentera Udara Pakistan
Asal penerbanganLapangan Terbang Gilgit
DestinasiLembah Naltar
Penumpang17
Anak kapal3
Kematian8
Terselamat12

Kemalangan helikopter Pakistan 2015 berlaku pada hari Jumaat, 8 Mei 2015 di Gilgit-Baltistan,Lembah Naltar utara Pakistan. Helikopter MI-17 itu terhempas di atas sebuah bangunan sekolah di Lembah Naltar. Bumbung sekolah itu terbakar tetapi tiada kanak-kanak yang terkorban kerana mereka masih bercuti. Lokasinya kira-kir 300 km di utara ibu negara Islamabad.

Helikopter jenis MI-11 itu dipandu oleh dua juruterbang tentera dikenali sebagai Mejar Altamash dan Mejar Faisal.Dua buah helikopter lain mendarat dengan selamat manakala pesawat ketiga mengalami masalah teknikal ketika melakukan pendaratan.

13 penumpang selamat namun mengalami pelbagai kecederaan. Media asing dan tempatan melaporkan bahawa konvoi tiga helikopter itu membawa delegasi diplomat asing dari 37 buah negara, selain enam lagi warga Pakistan. Terdapat 7 warga asing dan 6 warga Pakistan dalam helikopter MI-17 itu .

Helikopter yang membawa Perdana Menteri Pakistan Nawaz Sharif yang turut ke Gilgit berpatah balik ke Pangkalan Tentera Nur Khan, Islamabad apabila mendapat tahu tentang kemalangan itu. Nawaz Sharif sepatutnya merasmikan kawasan pelancongan pergunungan tinggi. 180 kerusi kereta kabel disumbangkan oleh kerajaan Switzerland di kawasan pelancongan Naltar. Ia dipasang oleh Tentera Udara Pakistan untuk menarik pelancong dan sepatutnya siap pada Ogos 2014. Resort ski kedua itu bagi menggantikan resort ski pertama yang dimusnahkan oleh Taliban. Resort ski pertama terletak di Malam Jabba, Lembah Swat.

Gilgit-Baltistan merupakan kawasan yang terkenal dengan pemandangan semula jadi yang indah . Gilgit terletak di Banjaran Himalaya , Karakoram dan Hindu Kush.Terdapat lebih 100 puncak gunung yang melebihi 7,000 meter. Ia juga merupakan wilayah rebutan antara India dan Pakistan iaitu Kashmir. [1]

Mangsa[sunting | sunting sumber]

Helikopter itu membawa diplomat asing dan isteri masing-masing. Mereka dalam rangka program rasmi kerajaan Pakistan di Gilgit .Isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Datin Habibah Mahmud adalah antara enam orang yang terbunuh. apabila helikopter itu terhempas. Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan Datuk Dr Hasrul Sani Mujtabar cedera dan kini dirawat di Hospital Gilgit. Jenazah Habibah diterbangkan ke Islamabad . Kemudian akan dibawa balik ke Nilai Impian, Malaysia. Seterusnya dikebumikan di Batu Pahat.

Penumpang lain yang terkorban ialah Duta Norway, Leif H. Larsen; Duta Filipina, Domingo D. Lucenario Jr; isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan, Habibah Mahmud, isteri Duta Indonesia, Heri Listyawati Burhan Muhammad dan dua juruterbang.[2]

Duta Poland, Andrzej Ananiczo- lish dan Duta Belanda, Marcel de Vink turut cedera.[3] Berita AFP menyatakan Duta Indonesia (Burhan Muhammad), Lebanon, Belanda (Marcel de Vink), Romania (Emilian Ion), Norway, Afrika Selatan (Mpendulo Jele) , Filipina, Poland (Andrzej Ananicz) dan Hasrul Sani dijadual menaiki helikopter tersebut. Rombongan diplomatik asing dari 37 buah negara sepatutnya pergi ke sana.

Juruterbang tentera , Mejar Altamash dan Mejar Faisal turut terbunuh. Begitu juga dengan kru penerbangan (Naib Subedar Zakir).

Punca kejadian[sunting | sunting sumber]

Punca kejadian masih disiasat dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad sedang berusaha mendapatkan laporan penuh berhubung nahas itu.Tentera Pakistan Mejar Jeneral Asim Bajwa mengesahkan nahas itu dalam laman Twitter beliau. Siasatan awal mendapati kemalangan itu akibat kesalahan teknikal atau kerosakan enjin.Lima minit sebelum sampai di Lapangan Terbang Gilgit tiba-tiba helikopter itu berpusing-pusing. Sepatutnya 4 buah helikopter tetapi 3 sahaja digunakan. Kotak hitam telah ditemui dan punca nahas akan dapat disahkan.

Kawasan Naltar bukanlah kubu kuat pihak Taliban Pakistan. Namun Tehreek-e-Taliban mengaku mensasarkan helikopter yang dinaiki oleh Nawaz Sharif. Mereka menggunakan misil anti pesawat RPG yang disandang di bahu. Namun maklumat itu belum disahkan. Ketua Menteri Gilgit-Baltistan ,Shah Jehan Mir terkejut dengan nahas itu.

Sejarah kemalangan udara di Pakistan[sunting | sunting sumber]

  • Pada 1988 kemalangan udara berlaku apabila C130 terhempas apabila pemerintahan tentera / Presiden Pakistan,Jeneral Zia Ul Haq Duta Besar Amerika Syarikat, Arnold Raphel dan beberapa pemimpin tertinggi lain terbunuh .

Rujukan[sunting | sunting sumber]