Kementerian Kesihatan Awam Thailand

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Menteri Kesihatan Awam
กระทรวงสาธารณสุข
Mohor kaduseus oleh Pangeran Narisara Nuwattiwong
Intisari agensi
Dibentuk1918; 106 tahun yang lalu (1918)
JenisKementerian
Bidang kuasa
Pemerintah Thailand
Ibu pejabatMueang Nonthaburi, Nonthaburi
Kakitangan~400,000[1]
Belanjawan tahunan135,389 juta baht (setakat 2019)
Menteri bertanggungjawab
Timbalan menteri bertanggungjawab
Eksekutif Kementerian
  • Jedsada Chokdamrongsuk, MD, Setiausaha Tetap
Laman sesawang
www.moph.go.th

Kementerian Kesihatan Awam (MOPH ; Bahasa Thai: กระทรวงสาธารณสุข, RTGSKrasuang Satharanasuk) ialah sebuah organisasi di bawah kerajaan Thailand yang mempunyai tanggung jawab mengawasi kesihatan semua kelas masyarakat Thailand.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Di Kerajaan Thailand sebelum pembaharuan negara oleh Chulalongkorn pada tahun 1888, belum ada hospital awam moden yang berkhidmat bagi rakyat biasa, hanya bangsawan kerajaan yang biasanya ketika sakit disembuhkan oleh tabib. Terkadang Raja dan Gabenor suatu mueang akan membina satu hospital sekejap bagi awam ketika wabak bermerajalela, selepas wabak telah berakhir maka tabib-tabib itu akan bersurai dari perkhidmatan awam. Atas titah daripada Raja Rama V (Chulalongkorn), mula ditubuhkan sebuah hospital moden tepat pada saat masa pembaharuan 1888 dan diberi nama "Hospital Siriraj". Nama itu dirujuk bagi mengenangkan anaknya, Pangeran Siriraj Kakudhabhand, yang meninggal akibat penyakit berak berdarah.[2] Raja Vajiravudh, pewaris daripada Raja Chulalongkorn, menubuhkan timbalan kementerian yang pertama, Jabatan Keafiatan pada 27 November 1918.

Pada masa Raja Rama VIII, penubuhan Kementerian Kesihatan Awam digalakkan pada tarikh 10 Mac 1942, sebagai bahagian daripada Akta Penyusunan Semula Kuasa Menteri-menteri dan Jabatan (Pindaan Nom. 3) daripada B.E. 2485. Kemudian pada tahun 1966, kalendar 27 November terpilih sebagai hari mengenang awal penubuhan kebijaksanaan dalam kesihatan.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Bunyamanee, Soonruth (10 January 2018). "War against corruption must begin at home". Bangkok Post. Dicapai pada 10 January 2018.
  2. ^ a b "History of Public Health". Ministry of Public Health. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 February 2016. Dicapai pada 5 February 2016.