Kerajaan Beraja Yugoslavia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kerajaan Beraja Serb, Croat dan Slovene (1918–1929)
Kerajaan Beraja Yugoslavia (1929–1945)
Kraljevina Srba, Hrvata i Slovenaca
Kraljevina Jugoslavija

 

 

1918–1945
Flag Jata
Moto
"Jedan narod, jedan kralj, jedna država"  (Latin)
Један народ, један краљ, једна држава  (Cyrillic)
"One nation, one king, one country"
Lagu kebangsaan
Lagu kebangsaan Kerajaan Beraja Yugoslavia
Lokasi dan kekuasaan Kerajaan Beraja Yugoslavia di Eropah semasa tahun 1930-an
Ibu negara Belgrade
Bahasa Bahasa rasmi:
Bahasa Slovene -Serbo-Croat[1]a
Kerajaan Raja berperlembagaan (1918–1929, 1934–1945)
Raja mutlak (1929–1934)
Raja
 •  1918–1921 Peter I
 •  1921–1934 Alexander I
 •  1934–1945 Peter IIb
Raja Muda
 •  1918–1921 Putera Alexander
 •  1934–1941 Putera Paul
Perdana Menteri
 •  1918–1919 (pertama) Stojan Protić
 •  1945 (terakhir) Josip Broz Tito
Perundangan Perhimpunan Negara
 •  Upper house Senat
 •  Lower house Dewan Timbalan
Era sejarah Zaman antara perang · Perang Dunia II
 •  Penubuhan 1 Disember 1918
 •  Perlembagaan Vidovdan 28 Jun 1921
 •  Kediktatoran 6 Januari 1929
 •  Serangan Pihak Paksi 6 April 1941
 •  Persekutuan Demokratik Yugoslavia 4 Disember 1943
 •  Perjanjian Vis 2 November 1945
 •  Pembubaran monarki 29 November 1945
Luas
 •  1918 247,542 km² (95,577 batu²)
Populasi
 •  1918 (anggr.) 12,017,323 
     Ketumpatan 48.5 /km²  (125.7 /batu²)
 •  1931 (anggr.) 13,934,038 
     Ketumpatan 56.3 /km²  (145.8 /batu²)
Mata wang Krone Yugoslavia (1918–1920)
Dinar Diraja Yugoslavia (1920–1945)
Hari ini sebahagian daripada  Bosnia and Herzegovina
 Croatia
 Kosovoc
 Macedonia
 Montenegro
 Serbia
 Slovenia
a. Diistiharkan dalam kedua-dua perlembagaan negara (1921 dan 1931), srpsko-hrvatsko-slovenački juga diterjemah sebagai Serbo-Croato-Slovene atau Serbocroatoslovenian, meskipun Serbo-Croat dan Slovene adalah dua bahasa yang berbeza.[2][3]
b. Peter II, yang masih di bawah umur, telah diistiharkan seorang dewasa oleh sebuah coup tentera. Tidak lama selepas beliau menaiki takhta diraja, Yugoslavia telah diduduki oleh Pihak Paksi dan Raja yang masih muda ini melarikan diri. Pada tahun 1944, beliau menerima penubuhan Persekutuan Demokratik Yugoslavia, dan menyandang kuasa sementara sebagai ketua negara. Beliau dilucutkan jawatan oleh parlimen Yugoslavia secara rasmi pada tahun 1945.
c. Kosovo merupakan sebuah subjek yang menjadi pertikaian antara Republik Kosovo dan Republik Serbia. Republik Kosovo mengistiharkan kemerdekaan secara unilateral pada 17 Februari 2008, tetapi Serbia berterusan mendakwa ia adalah sebahagian daripada wilayah berdaulatnya. Dua buah kerajaan ini mula menormalkan hubungan pada tahun 2013, sebagai sebahagian daripada Persetujuan Brussels. Kosovo menerima pengakuan rasmi sebagai sebuah negara merdeka daripada 111 daripada 193 Negara anggota Pertubuhan Bangsa Bersatu Pertubuhan Bangsa Bersatu.
Warning: Value specified for "continent" does not comply

Kerajaan Beraja Yugoslavia (Bahasa Serbo-Croatia:Kraljevina Jugoslavija, Bahasa Serbia Cyrillic:Краљевина Југославија, "Kerajaan Beraja Slavia Selatan")[4] adalah sebuah negara yang terletak di Eropah Tenggara dan Eropah Tengah, yang wujud pada zaman antara perang (1918–1939) dan separuh pertama Perang Dunia II (1939–1943).

Ia telah ditubuhkan pada tahun 1918 dengan menggabungkan kerajaan sementara negara Croat, Serb dan Slovene (di mana diasaskan daripada wilayah-wilayah daripada bekas empayar Austria-Hungary) dengan bekas kerajaan bebas, Kerajaan Beraja Serbia. Kerajaan Beraja Montenegro telah bergabung dengan Serbia lima hari sebelumnya, sementara wilayah-wilayah di Kosovo, Vojvodina dan Vardar Macedonia merupakan sebahagian daripada Serbia sebelum penyatuan.

Untuk sebelas tahun pertama kewujudannya, kerajaan ini secara rasminya dikenali sebagai Kerajaan Beraja Serb, Croat dan Slovene, tetapi istilah "Yugoslavia" merupakan nama seharian yang berakar umbi dari asal.[5] Nama rasmi negara ditukar kepada "Kerajaan Beraja Yugoslavia" oleh Raja Alexander I pada 3 Oktober 1929.[5]

Negara ini telah diperintah oleh dinasti Karađorđević Serbia, yang mana dahulunya memerintah Kerajaan Beraja Serbia di bawah Peter I bermula pada tahun 1903 (selepas Penggulingan Mei) dan selepasnya. Peter I menjadi raja pertama Yugoslavia sehingga kematian beliau pada tahun 1921. Beliau telah digantikan oleh anak lelaki beliau Alexander I, yang mana merupakan raja muda. Beliau dikenali sebagai "Alexander si Penyatu" dan kemudian menamakan semula kerajaan ini "Yugoslavia" pada tahun 1929. Beliau telah dibunuh di Marseille oleh Vlado Chernozemski, seorang anggota Pertubuhan Revolusi Macedonia Dalaman (IMRO), semasa lawatan beliau ke Perancis pada tahun 1934. Takhta kemudian diberikan kepada anak lelaki beliau (yang masih di bawah umur) Peter. Sepupu beliau Paul memerintah sebagai pemangku raja sehingga tahun 1941, apabila Peter II menaiki takhta.[6] Keluarga diraja melarikan diri ke London pada tahun sama, sebelum negara diceroboh oleh kuasa-kuasa Paksi.

Pada April 1941, negara ini telah diduduki dan dipecahkan oleh kuasa-kuasa Paksi. Sebuah kerajaan buangan diraja yang diakui oleh United Kingdom dan, kemudian oleh kesemua kuasa-kuasa Berikat, telah ditubuhkan di London. Pada tahun 1944, selepas ditekan oleh Perdana Menteri Britain Winston Churchill, Raja mengiktiraf kerajaan Persekutuan Demokratik Yugoslavia sebagai sebuah kerajaan yang sah. Ia diwujudkan pada 2 November berikutan tandatangan dalam Persetujuan Vis oleh Ivan Šubašić (bagi pihak Kerajaan Beraja) dan Josip Broz Tito (bagi pihak Partisan Yugoslavia).[7]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Busch, Birgitta; Kelly-Holmes, Helen (2004). Language, Discourse and Borders in the Yugoslav Successor States. Multilingual Matters. m/s. 26. ISBN 978-1-85359-732-9. 
  2. ^ Alexander, Ronelle (2013). "Language and Identity: The Fate of Serbo-Croatian". Dalam Daskalov, Rumen; Marinov, Tchavdar. Entangled Histories of the Balkans: Volume One: National Ideologies and Language Policies. Koninklijke Brill NV. m/s. 371. ISBN 978-90-04-25076-5. Now, however, the official language of the new state, the Kingdom of Serbs, Croats, and Slovenes, bore the unwieldy name Serbo-Croato-Slovene (srpsko-hrvatsko-slovenački). 
  3. ^ Wojciechowski, Sebastian; Burszta, Wojciech J.; Kamusella, Tomasz (2006). Nationalisms across the globe: an overview of nationalisms in state-endowed and stateless nations. 2. School of Humanities and Journalism. m/s. 79. ISBN 978-83-87653-46-0. Similarly, the 1921 Constitution declared Serbocroatoslovenian as the official and national language of the Kingdom of Serbs, Croats, and Slovenians. 
  4. ^ Kamusella, Tomasz (2009). The politics of language and nationalism in modern Central Europe. Palgrave Macmillan. m/s. 228, 297. ISBN 978-0-230-55070-4. 
  5. ^ a b "Kraljevina Jugoslavija! Novi naziv naše države. No, mi smo itak med seboj vedno dejali Jugoslavija, četudi je bilo na vseh uradnih listih Kraljevina Srbov, Hrvatov in Slovencev. In tudi drugi narodi, kakor Nemci in Francozi, so pisali že prej v svojih listih mnogo o Jugoslaviji. 3. oktobra, ko je kralj Aleksander podpisal “Zakon o nazivu in razdelitvi kraljevine na upravna območja", pa je bil naslov kraljevine Srbov, Hrvatov in Slovencev za vedno izbrisan." (Naš rod ("Our Generation", a monthly Slovenian language periodical), Ljubljana 1929/30, št. 1, str. 22, letnik I.)
  6. ^ J. B. Hoptner (1963). "Yugoslavia In Crisis 1934-1941". Columbia University Press. 
  7. ^ Walter R. Roberts (1973). Tito, Mihailović, and the Allies, 1941-1945. Rutgers University Press. m/s. 288. ISBN 978-0-8135-0740-8. 

Sumber[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Oblasts of the SCS Kingdom Templat:Banovine Templat:Former Monarchies Templat:Yugoslavia timeline Templat:Yugoslavia topics

Koordinat: 44°49′14″N 20°27′44″E / 44.82056°N 20.46222°E / 44.82056; 20.46222