Mahdzir Khalid: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 72: Baris 72:
==Menteri Besar Kedah==
==Menteri Besar Kedah==
Apabila [[Syed Razak Bin Syed Zain Barakhbah|Y.A.B Dato' Seri Haji Syed Razak Bin Syed Zain Barakhbah]] cuti sakit, Dato'Mahdzir bin Khalid telah diberi kepercayaan untulk memangku jawatan Menteri Besar Kedah selama tiga bulan mulai [[17 Julai]] [[2005]] hingga [[16 Oktober]] [[2005]]. Tempoh pemangkuan tersebut dilanjutkan lagi selama tiga bulan sehingga [[16 Januari]] [[2006]] dan atas kepercayaan YAB Perdana Menteri serta perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku [[Sultan Kedah]] Darul Aman, Dato' Seri Diraja Mahdzir bin Khalid dilantik sebagai [[Menteri Besar Kedah]] Darul Aman yang ke ‑ 8 pada 26 Zulkaedah 1426 Hijrah bersamaan [[28 Disember]] [[2005]].
Apabila [[Syed Razak Bin Syed Zain Barakhbah|Y.A.B Dato' Seri Haji Syed Razak Bin Syed Zain Barakhbah]] cuti sakit, Dato'Mahdzir bin Khalid telah diberi kepercayaan untulk memangku jawatan Menteri Besar Kedah selama tiga bulan mulai [[17 Julai]] [[2005]] hingga [[16 Oktober]] [[2005]]. Tempoh pemangkuan tersebut dilanjutkan lagi selama tiga bulan sehingga [[16 Januari]] [[2006]] dan atas kepercayaan YAB Perdana Menteri serta perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku [[Sultan Kedah]] Darul Aman, Dato' Seri Diraja Mahdzir bin Khalid dilantik sebagai [[Menteri Besar Kedah]] Darul Aman yang ke ‑ 8 pada 26 Zulkaedah 1426 Hijrah bersamaan [[28 Disember]] [[2005]].

Bolehlah dikatakan beliaulah merupakan Menteri Besar Kedah yang paling teruk prestasinya berbanding dengan Menteri Besar yang lain sebelumnya kerana semasa bawah jagaannya, Barisan Nasional tewas di Kedah walaupun ia tidak mempunyai alasan untuk tewas kerana negeri tersebut merupakan negeri bekas Perdana Menteri yang pertama dan yang keempat.


==Anugerah==
==Anugerah==

Semakan pada 08:43, 1 Julai 2010



Dato' Seri Diraja Mahdzir Khalid
Fail:Mahdzir.jpg
Menteri Besar Kedah ke-9
Dalam jawatan
28 Disember 2005 – 8 Mac 2008
Didahului olehDato' Seri Syed Razak Bin Syed Zain Barakhbah
Digantikan olehDato' Seri Azizan Abdul Razak
Butiran peribadi
Parti politik BN-UMNO

Dato’ Seri Diraja Mahdzir Bin Khalid (Lahir 15 Disember 1960), merupakan Menteri Besar Kedah ke-8.

Kehidupan Awal

Beliau adalah anak sulong dari empat orang anak pasangan petani, Allahyarham Encik Khalid bin Yaakob dan Puan Che Dah binti Yaakob. Dilahirkan pada hari Khamis 25 Jamadil Akhir 1380 bersamaan 15 Disember 1960 di Kg. Jabi, Pokok Sena, Kedah Darul Aman.

Keluarga

Hasil dari perkongsian hidup dengan isteri yang tercinta, Datin Seri Diraja Noraini binti Abdullah, yang juga seorang guru, mereka telah dikurniakan Allah dengan empat orang anak. Anak sulongnya, Sift Hajar (19 tahun) sedang menuntut di Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun. Anak‑anak yang lain adalah Mohd. Saddam (17 tahun),yang menuntut di SMT Jalan Stadium, Mahd. Sallehuddin (15 tahun) dan Mahani (13 tahun).

Pendidikan

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jabi, Pokok Sena dan meneruskan pengajian menengah di SMK Pokok Sena dan SMK Dato' Syed Omar, Alor Star, Kedah. Beliau membuktikan keupayaan sebagai pelajar yang cemerlang apabila terpilih melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia mulai tahun 1979 hingga 1983 dan bedaya mendapat ljazah B.A (Hons). Semasa di kampus USM, bakat kepimpinan beliau mula terserlah apabila terpilih sebagai Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM (19811982).

Kerjaya

Setelah menamatkan pengajian, beliau terus berbakti kepada rakyat sebagai pegawai pendidikan di Negeri Sabah sehinggalah beliau dilantik sebagai Pengetua SMK Gadong, Beaufort, Sabah. Komitmen yang jitu dan berprestasi tinggi beliau dalam perkhidmatan pendidikan itu dikesani oleh kepimpinan negeri. Ini membawa beliau untuk berkhidmat dengan Menteri Besar Kedah Darul Aman ketika itu Dato' Seri Amar DiRaja Tan Sri Dato' Seri Osman Bin Haji Aroff sebagai Pegawai Khas ( Pembangunan ) mulai tahun 1993 hingga 1996. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Seranta, Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi mulai tahun 1998 hingga tahun 2000. Sepanjang tempoh bertugas di koridor kepimpinan Kerajaan Negeri dan Agensi Persekutuan ini, beliau dapat menyelami kehidupan rakyat dan masa depan negeri Kedah Darul Aman. Kewibawaan beliau terus menyerlah apabilla dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia mulai tahun 2000 hingga Mac 2004.


Politik

Sekalipun sibuk dengan tugas rasmi dan tanggungjawab terhadap keluarga, Dato' Mahdzir bin Khalid terus membuktikan kecemedangan beliau apabila berjaya memiliki ijazah Sarjana Pendidikan dari Universiti Sains Malaysia di samping aktif dalam pelbagai peringkat kepimpinan parti den pertubuhan sukarela. Dari segi politik, beliau merupakan bekas Setiausaha Biro Penerangan UMNO Negeri Kedah dan pemah menjadi Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pokok Sena. Sekarang, beliau adalah ahli UMNO cawangan Kampung Padang Kerasak, Padang Terap dan Naib Ketua UMNO Bahagian Padang Terap. Dato'Mahdzir bin Khalid juga merupakan Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Darul Aman.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, Dato' Mahdzir bin Khalid melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Politik YAB Dato'Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia apabila dipilih bertanding mewakili Barisan Nasional bagi kerusi DUN Pedu. Selepas memenangi kerusi DUN berkenaan, beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman (EXCO) mulai 28 Mac 2004 dan diamanahkan Portfolio Pertanian, Pembangunan Luar Bandar dan Pembangunan Koperasi Negeri.

Menteri Besar Kedah

Apabila Y.A.B Dato' Seri Haji Syed Razak Bin Syed Zain Barakhbah cuti sakit, Dato'Mahdzir bin Khalid telah diberi kepercayaan untulk memangku jawatan Menteri Besar Kedah selama tiga bulan mulai 17 Julai 2005 hingga 16 Oktober 2005. Tempoh pemangkuan tersebut dilanjutkan lagi selama tiga bulan sehingga 16 Januari 2006 dan atas kepercayaan YAB Perdana Menteri serta perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman, Dato' Seri Diraja Mahdzir bin Khalid dilantik sebagai Menteri Besar Kedah Darul Aman yang ke ‑ 8 pada 26 Zulkaedah 1426 Hijrah bersamaan 28 Disember 2005.

Bolehlah dikatakan beliaulah merupakan Menteri Besar Kedah yang paling teruk prestasinya berbanding dengan Menteri Besar yang lain sebelumnya kerana semasa bawah jagaannya, Barisan Nasional tewas di Kedah walaupun ia tidak mempunyai alasan untuk tewas kerana negeri tersebut merupakan negeri bekas Perdana Menteri yang pertama dan yang keempat.

Anugerah

Kerana jasa dan pengorbanannya, beliau dianugerahkan darjah den pingat kebesaran iaitu Darjah Dato' Paduka Mahkota Perak (DPMP) pada tahun 2003 dan Bakti Khidmat Masyarakat (BKM) pada tahun 1996.


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Kedah
28 Disember 20058 Mac 2008
Penyandang Kemudian
Y.A.B Dato' Seri Haji Syed Razak Bin Syed Zain Barakhbah Azizan Abdul Razak