Padang Terap
Padang Terap | |
---|---|
Daerah | |
![]() Daerah Padang Terap di Kedah. | |
Moto: "Bersekutu Bertambah Mutu"[1] | |
Lagu: Negaraku | |
Country | ![]() |
Wilayah/Provinsi | ![]() |
Daerah | Padang Terap |
Kerajaan | |
• Jenis | Raja berperlembagaan elektif dan demokrasi berparlimen |
Luas | |
• Jumlah | 524 batu persegi (1,357 km2) |
Penduduk ((2010)) | |
• Jumlah | 82,692 |
• Celik huruf | ( lelaki perempuan) |
• Pecahan menurut jantina | % lelaki dan % perempuan |
Zon waktu | GMT |
• Musim panas (DST) | GMT |
![]() Daerah Kedah Darul Aman | |
Daerah Padang Terap | |
Pejabat daerah | Kuala Nerang |
---|---|
Pegawai daerah | Mohd. Fisol Md. Noh |
Kawasan | |
- Jumlah | 1,357 km² |
Populasi | |
- Anggaran 2010 | 82,692 |
- Kepadatan | N/A/km² |
Padang Terap merupakan daerah dan kawasan parlimen yang terletak di Kedah, Malaysia. Majlis Daerah Padang Terap ditubuhkan pada tahun 1976 adalah susulan daripada penyusunan semula Kerajaan Tempatan Lembaga Bandaran Padang Terap. Kawasan Majlis Daerah Padang Terap merupakan daerah yang ketiga terbesar di Negeri Kedah yang meliputi kawasan seluas 135684.41 hektar bersamaan 330799 ekar atau 1356.84 km persegi. Lokasinya terletak bersempadanan dengan negara Thailand di utara, sebelah barat bersempadanan dengan daerah Sik dan Pendang.
Pusat pentadbiran daerah ini dikenali sebagai Kuala Nerang. Antara kawasan yang termasuk di dalam daerah ini ialah Naka dan Pedu.
Asal Usul[sunting | sunting sumber]
"Terap" bermaksud Simpan @ "Perap". Pada tahun 1821 masihi, negara Kedah telah dijajah oleh tentera Sukhothai. Maka sebahagian besar wilayah Kedah jatuh ke tangan tentera Sukhothai seperti Bendanglong, Satoi, Chaiya, Chana, Songkhla dan lain lain lagi. Semasa penyerangan balas tentera Kedah di bawah pimpinan Panglima Bukit Gantang Raja Alang Alauddin ke atas tentera Sukhothai, kawasan ini dijadikan tempat tentera kedah berkumpul. Istilah lain pada masa itu ialah memerap tentera iaitu "padang terap". Jadi tidak hairanlah jika di padang terap mempunyai tempat yang bernama Padang Gelanggang, Pong Kha, Kubu, Kurong Hitam, Padang Balai, Koya Fai (Kuala Pai), Koya Lang (Kuala Nerang), Pedu, Chang Lon (gajah duduk), Batu Pengasah dan lain lain lagi. Manakala di sebelah Thailand nama nama tempat seperti Ban Nai Lang, Bekok, Nathawi (Nai Ta),Setoi yang mempunyai hubungan dengan negara Kedah waktu itu. Pada pertengahan tahun1900an nama Padang Terap dikaitkan dengan sejenis pokok terap(Artocarpus elasticus) yang banyak terdapat di suatu kawasan padang atau di tepi-tepi padang. Oleh itu nama nama Padang Terap berasal dari pokok ini.i Kedah dan Perlis kita dapati banyak kawasan yang di namankan dengan "Padang" seperti Padang Besar,Padang Lalang,Padang Perahu,Padang Hang ,Padang Mat Sirat. Padang mengambar kawasan rata yang gersang tidak mempunyai pohon besar atau hanya di tumbuhi belukar yang jarang ini adalah di sebabkan samada tanah nya yang tandus serta juga kesan musim kemarau yang berlaku empat bulan setiap tahun di kawasan ini di mana curahan hujan kurang dari 50mm hujan sebulan.
Profil tanah kawasan ini juga cetek terbentuk dari batuan mendap shyl di kelaskan oleh pakar sains tanah sebagi Siri Terap.
Kawasan Penting[sunting | sunting sumber]
Mukim[sunting | sunting sumber]
- Mukim Batang Tunggang Kanan
- Mukim Batang Tunggang Kiri
- Mukim Belimbing Kanan
- Mukim Belimbing Kiri
- Mukim Kurong Hitam
- Mukim Padang Temak
- Mukim Padang Terap Kanan
- Mukim Padang Terap Kiri
- Mukim Pedu
- Mukim Tekai Kanan
- Mukim Tekai Kiri
- Mukim Tualak
Ekonomi[sunting | sunting sumber]
Perkembangan pembangunan di Daerah Padang Terap adalah dipengaruhi oleh hubungan ekonomi dengan negeri yang berhampirannya iaitu Perlis yang berfungsi sebagai Pusat Wilayah Negara bagi negeri-negeri di Utara Semenanjung Malaysia.
Komoditi utama Padang Terap adalah gula yang di keluarkan oleh Syarikat Gula Padang Terap. Di sini terdapat kilang memproses gula dan juga ladang tebu yang luas.Kilang gula ini di samping memproses gula dari landang ia jua memproses gula yang diimpot kerana keluaran landang tidak mencukupi untuk memenuhi kapasiti kilang.Lagi pun industri memproses gula juga menguntungkan kerana gula mentah yang di importt dari pasaran dunia agak murah berbading dengan keluaran tempatan. Oleh itu ladang tebu telah memperbagai tanaman nya meliputi tanaman pisang dan nenas.[2]
Tarikan pelancongan[sunting | sunting sumber]
Kawasan-kawasan tarikan pelancongan juga akan memberikan kelebihan kepada Daerah Padang Terap misalnya Tasik Pedu yang terletak di timur laut merupakan kawasan pelancongan bertaraf antarabangsa yang sering dikunjumgi pelancong antarabangsa. Selain itu terdapat juga Jeram Tok Din, Charok Batang Padi, Pangkalan Tok Mas, Puncak janing, Mini Muzium Padi dan Dusun Minda Resort. Satu lagi laluan masuk keluar ke Thailand sedang di bangunkan di Durian Burung.
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Malaysian Flag and Crest from www.malaysia.gov.my.
- ^ Padang Terap